Friday, June 8, 2012

Haish, budak PMR ni bukan reti nak update



Assalamualaikum?
Masih ada lagikah yang sudi menjawab salam ini? Masih adakah?


Suasana sepi..
Tarakucaca.. tarakucaca...


Dah 4 bulan aku tak semakkan dashboard korang. Wow, 4 bulan lama tu. Jadi, apa khabar blog? Blog nampaknya telah uzur, tenat, sakit, kurang kasih sayang... apakah?  Ish3 *geleng gaya P.Ramlee*



Memandangkan hari ini cuti sekolah, aku buatlah satu post. Tak adalah kesepian sangat blog ini. Walaupun lagi beberapa hari nak tamat cuti sekolah. Siap boleh kira dengan jari lagi. Cuti sekolah tahun ni aku rasa serba tak cukup sebab minggu pertama cuti sekolah ada kelas tambahan. Jadi, cuti sebenar aku tinggal seminggu sahaja. SAHAJA.



Cuti sekolah pun aku busy sebenarnya. Nampak tak pelajar Malaysia hari ini? Pelajar Malaysia hari ini semua mengaku sibuk tapi padahal... biarlah pelajar Malaysia sendiri yang tahu. Aku cuma.. cuma tak nak mengaibkan pelajar Malaysia. Tak gitu pelajar Malaysia?

Online pun dikatakan busy. Astaghfirullah~  *geleng gaya P.Ramlee*


Burung ni telah disumpah tak boleh terbang forever. heh, auta.


Cuti ni aku dengan satu keluarga jalan-jalan dekat Langkawi dan kawasan sekitar Ipoh jer. Melancong dalam negara. Awak semua kat mana? (saja kasi bold suruh jawab, haha) Mesti dekat Italy, England, Perancis, Jepun...

Apa? Mekah? Alhamadullilah. Aku pun teringin nak pergi Mekah tapi kena siap sedia dululah.

SubhanaAllah ;)



Akhir kata, mungkin aku akan tinggalkan blog ini sekali lagi, tskk tskk. Mungkin. Sebab aku dengar buka sekolah nanti pengetua baru sekolah aku akan buat jadual baru. Ya, jadual baru. Katanya, akan lebih diperkemaskan lagi. Diperkemaskan ke, menyesakkan?

Apapun, biarlah perkara baik itu kita ikuti. Eceh.


(sumber) usaha tangga kejayaan, yeay. eh?

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Tapi cukup-cukuplah dulu. Nanti dah macam karangan SPM pulak. Sedangkan karangan PMR pun aku belum lepas lagi, ouchh.


p/s : InsyaAllah, ada masa aku update lagi. Oh sedar tak sedar, blog aku dah 1 tahun lebih. Nak kena beli kek ni, ewah. Banyak pulak duit aku nak beli kek. 



*saja tulis panjang-panjang. rindu jer, boleh baca :P*