Saturday, January 11, 2014

Perlu ke niat?

"Niat kamu nak ke sekolah untuk apa? Untuk jumpa boyfriend girlfriend? Untuk dapat straight A's?"

"Niat ke sekolah mestilah kerana Allah sebab kita nak pelajari ilmuNya. Setiap hari kita kena perbaharui niat kita."

Yup, tajdid niat.

Kenapa kita kena jaga niat kita? Kenapa kena tiap-tiap hari perbaharui niat dan betulkan niat yang tak berapa nak betul itu? Dan aku.. ketika itu masih samar-samar akan jawapannya.



"Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai dipadang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah." (source)

***


"Niat itu urusan hati. jaga niat berarti jaga hati. jaga hati berarti jaga pikiran, perkataan, dan perbuatan. dan jaga pikiran, perkataan , dan perbuatan itu ga mudah. tapi ga mudah bukan berarti ga bisa." (source)

***


"Ibn Qayyim rahimahullah talks about this, in terms of tazkiyah, he says, you have to focus on WHY you are doing this, and for WHOM you are doing this for, instead of exactly WHAT you are doing. Because you see, exactly what you are doing is a means to an end."  - Shaykh Abdul Nasir Jangda (source)




"Ohh."
Jadi, niat ini dia berkait rapat dengan soal ikhlas. Contoh masa kita kecik-kecik, mak atau ayah kita mesti suruh kita puasa penuh dan kalau kita dapat puasa penuh nanti mak ayah akan kasi duit raya berapa banyak hari yang telah kita puasa.

Persoalannya, niat kita puasa itu sebab duit raya ke sebab Allah?

Jadi, fahamlah aku di sini yang niat itu penting. Tak guna buat amalan banyak tapi niat hanya nak menunjuk-nunjuk pada orang, bangga pada orang oh dan riak. Sia-sia buat amalan setinggi gunung, tapi niat nak menunjuk. Tak patut, tak patut *geleng kepala*

Dan kena ingat juga, niat yang baik tak menghalalkan cara yang salah.



Jadi, apa kata tahun ini kita jaga niat kita di awal, semasa dan di akhir proses, sama-sama?