Wednesday, July 9, 2014

Braces diary : Pakai braces


Salam Ramadan!

Assalamualaikum dan welkem ke blog gigi beshi.
Hehe.

Inilah warna braces aku yang pertama. 
Black.


            Kalau Orang Kaya Kaya (OKK) selalunya pergi pasang braces kat klinik swasta. Faedahnya, korang boleh buat braces dengan kadar terpantas asalkan korang hulur ching-ching! ($$$) Dan semuanya akan lebih pantas.



            Tapi aku adalah orang sederhana. Ibu dan ayah aku kerja kerajaan (Alhamdulillah untung masih ada kerja) jadi option aku adalah pergi klinik kerajaan. Tapi ingat, pelajar sekolah je boleh apply cara ini kalau rasa-rasa umur dah melebihi title pelajar sekolah, maaflah kena berbalik kepada cara pergi ke klinik swasta. Biasalah, kalau nak murah, mestilah lagi lama tunggu giliran pakai braces.



Appoinment pertama aku masa form 2. Bayangkan dah form 5 baru giliran aku pakai braces. Tapi masa proses menunggu itu, doktor bagi aku pakai retainer. Aneh bukan? Tapi eloklah buat something daripada tak buat apa-apa. Rujuk sini. 



Mula-mula pakai braces memang sakit. Korang hanya boleh makan soft foods like bubur, yogurt and whatnot. Tapi kalau korang jenis typical gagah perkasa macam seorang kawan sekolah aku ini, first day pakai braces boleh makan ayam goreng. Ayam goreng tu tau tak, kulit dahlah keras. Bagi first time pakai braces, even sayur pun dah dianggap keras. Gigi kami umpama bayi. *buat muka comel*



Dan, braces ada berus gigi khas. Nama dia, interdental brush. Nampak tak dia halus berusnya? Fungsinya untuk menyental dan menggelongsorkan segala kekotoran yuks yuks celah-celah antara  braces keluar. Awesome tak?


Actually, sesiapa yang tak pakai braces pun boleh guna Interdental Brush tau. 


Persoalan-persoalan famous tentang braces. Fakta atau Mitos?

1. Taknaklah, pakai braces nanti kena sambar petir.
MITOS. 

2. Magnet mesti melekat kat braces kan?
MITOS.

3. Eiii, braces nanti tak berkarat ke?
MITOS. 

4. Adakah braces akan dikesan oleh pengesan logam di airport?
MITOS. 

5. Adakah pemakai braces akan jadi pelat?
FAKTA.

Tapi tengok juga orang jugalah. Ada yang akan pelat bila sebut huruf-huruf S C X. Macam aku, Alhamdulillah aku tak pelat pun masa pakai braces. Bersyukur sangat sebab masa tu aku masuk bahas tau. Masa itu jugalah aku kena pakai braces. Kalau nak tunda, entah bila lagi aku boleh pakai braces.

For more and source, punch here. 


Akhir sekali,
selalunya kata orang,

6. Orang yang pakai braces ini nampak cute.

FAKTA ATAU MITOS?


Please cakap fakta. Please. Please. 


             

Kadang-kadang aku rasa, pemakai braces ini dah mengalahkan doktor gigi pulak. Kemain nauu, cerita pasal gigi. Macam aku, aku tak nak jadi doktor gigi. Nak jadi optometrist (mata). *gelak malu*
MITOS GIGI BESI, FAKTA GIGI BESI, BRACES, MITOS BRACES, ORTHODONTHICS, INTERDENTAL BRUSH, SWASTA KERAJAAN


*opps, trial dah dekat. Gulp.