Wednesday, December 17, 2014

Kereta khayalan zaman urbanisasi

Assalamualaikum 
Hola hola!



             Sejak SPM habis kemain aku macam membawa diri dari dunia blog. Sekarang ni buat comeback tetibe cerita pasal kereta. Dah mabuk ke apa. Selalunya lelaki minat cerita pasal kereta, perempuan tak sangat. Takpe, aku masih tipikal perempuan. Aku masih tak faham kereta dan aku masih tak faham kenapa lelaki suka sangat upgrade kereta, enjin baru, rim baru, sound system etc.


Tapi, biasalah lumrah manusia suka benda-benda cantik + exclusive. Aku dari dulu suka tengok tau kereta audi. Walaupun aku tahu, kereta audi tak mampu kalahkan buggati veyron takpun lamborghini (baca : lembugini - lawak hambar). So, perkenalkan my dream car!


*drum effects*



"wahh, so shexayyy"









AUDI R8
Harga dia nak mencecah RM 800,000 (bergantung pada harga semasa)




Mahal kan? 
Takpelah, aku bukan orang kaya. Dream car yang selayaknya untuk aku adalah kereta Perodua Axia. Itupun dah dikira mewah dah. 


Tapi, aku pernah baca kat blog somewhere. Serius dah lupa blog apa.  Kalau nak sesuatu macam dream house, car, cita-cita ke. Ada tips dia. (Believe-at-your-own-risk!) 


Tampal gambar benda yang kita nak kat bilik tidur. Takpun kat tempat-tempat yang kita selalu habiskan masa. 




Walaupun nampak macam kita ni over, obses dan terlampau bersungguh-sungguh. Tapi masuk akal jugak (baca : make sense). Sebab bila kita terpandang gambar itu, automatik dapat motivasikan diri untuk dapat apa yang kita nak. Maybe sekarang, rasa dapat kereta ni mustahil, tapi tak mustahil kalau kita usaha betul-betul dan akhirnya dapat apa yang kita impikan. 

Ya, menyentuh hati bukan? :P


Apapun, 
"Kehidupan dunia tak lebih daripada permainan dan senda gurau"
Tak kisahlah apapun dream house kita, dream car kita, dream clothes kita. Last sekali, 'dream house' kita kubur, 'dream car' kita kereta jenazah & 'dream clothes' kita kain kafan yang putih dan akhirnya beransur bertukar coklat sebab terkena tanah. 





P/s : Sebenarnya aku nak bangkitkan semangat aku untuk dapatkan lesen memandu. Semoga aku berjaya dapat lesen memandu one shot je. Eheh, ini semua duniawi! Ahahaha


Okey, okey ni last. 
Every girls' dream shoe closet! 
"Ini semua duniawi!" kbye.