Saturday, February 28, 2015

Ujian JPJ : Tips Mungkin Berguna untuk Lulus


"balik kampungg.. oooo.. balik kampung"
takde kaitan.


Assalamualaikum


                Walaupun dah beberapa hari lepas ujian jpj aku, aku still tak percaya yang aku dah lulus ujian jpj. I mean sampai sekarang! Tapi, ku tetap mengucapkan seribu syukur kepada Ilahi. Alhamdulillah. Aku ini ada sindrom time latihan bawa okey, time ujian bawa ngeng sikit. Sebenarnya, aku nak share pengalaman aku ujian jpj, tapi disebabkan aku masih waras, aku tak nak nanti aku terpaksa ulang ujian jpj balik, kahkahkah.


Oh, dan aku tak rasuah pegawai jpj okey. Harom


Datangnya, entri ini bukan nak memberi tunjuk ajar, cuma nak bagi tips yang mungkin berguna. Sebab apa mungkin? Sebab aku tak berani nak cakap 100% berguna memandangkan aku sendiri lulus dengan markah cukup-cukup makan je, tambah pulak aku tak pernah lagi ambil lesen lain macam motor.

Harap-harap adalah yang berguna ye.


1. Kereta
Faktor kereta ini sebenarnya sangatlah penting! Ini jugak yang menjadi modal alasan kalau dapat markah rendah dalam ujian jpj. Kalau boleh, berlatihlah menggunakan kereta kancil dan viva. Tengok sekali bahagian enjin kedua-dua kereta (rpk & rsm). Selalunya, (tak pasti kat tempat korang) kalau jalan raya guna Viva. Litar guna Kancil.


Aku cakap perbezaan dia sikitlah, ini untuk kereta manual.
Kancil - badan dia kecil, clutch dia rendah, dan ringan
Viva - badan dia besar dari kancil. clutch dia agak tinggi dan agak berat dari kancil.

Kalau kat bukit, masa nak imbang, jangan takut tekan minyak. Biarlah bunyi ganas macam transformers atau mirip kereta ferrari, asalkan lepas bukit yang penuh puaka itu. Huks

☂☂☂



2. Aku ambil lesen kereta manual, tapi kat rumah aku semua kereta auto. Selagi aku tak lepas ujian jpj, aku tak pernah gerakkan pun kereta auto kat rumah aku. (kereta itu milik mak ayah aku jangan salah faham lak). Sebabnya, sebab aku tak nak tertukar. Ini cuma personal preference, kalau korang tak kisah silakan.

✿✿✿



3. Masa aku dapat tarikh ujian JPJ, aku habis kelas awal. Maknanya, aku ada dalam beberapa minggu lagi sebelum ujian jpj. Ini saranan aku. Kalau boleh, ambilah kelas tambahan masa dekat-dekat tarikh jpj kalau korang jenis yakin-pelupa-takde keyakinan macam aku. Rahsia dia, makin banyak korang bawa kereta, makin banyak keyakinan untuk kau bawa kereta.

✈✈✈


4. Sebelum giliran kau tiba, takpun malam sebelum kau ujian jpj, daripada kau urut-urut dada berdebar takleh tidur, ada baiknya korang membaca/ulang kaji tentang RPK & RSM. Dan, kalau boleh, cuba dapatkan borang markah jpj. Study dari situ, mana markah yang akan ditolak dan mana yang perkara mandatori gagal.

♛♛♛



5. Ingat semua step-step pergerakan dalam litar. Kalau tak ingat, bincanglah dengan orang sebelah masa tunggu giliran. Sambil tu, boleh bincang pasal rpk & rsm. Nak lagi bagus, yang mana dah habis buat jalan raya itu, cuba tanya dia tips & camne dia buat. Kadang-kadang membantu dapat markah!

♪♪♪



6. Kalau boleh, sampai awal ke tempat ujian jpj. Sebab apa, sebab masa awal pagi selalunya pegawai JPJ akan bagi satu taklimat untuk semua calon. Pastikan datang awal supaya tak terlepas point-point penting dari pegawai JPJ. Oh, jangan lupa tengok nombor giliran yang selalunya ditampal kat papan kenyataan. 

Jangan lupa bawa Ic, lesen L dengan gambar passport okey.

⌚⌚⌚



7. Hormat dan fahami pegawai jpj. Diorang manusia jugak, mungkin sebab dah kena hadap dengan 1001 karenah calon masa haritu, mungkin emosi dan sikap dia terganggu. Apapun, senyum jela dengan penuh kesabaran yang jitu dan janganlah ambik tayar gantian baling tepat pada muka mereka. Oh dan selalunya, calon waktu petang terpaksa mengalami situasi ini. Sebab waktu itu, semua orang dah penat, nak balik rumah. Kalau bertuah, masa jalan raya, buat separuh je dari jarak jalan sebenar. Ini kalau bertuah. 

♥♥♥



8. Kalau untuk orang yang badan yang saiz kecil macam aku. Sobs. Kalau rasa kaki tak sampai, walaupun kerusi dah tarik sampai ke depan, kalau boleh tambahlah beg atau bantal supaya kaki sampai. Aku selalunya waktu latihan tak letak beg belakang badan, tapi alih-alih masa ujian jpj, dari litar ke jalan raya aku letak sebab kaki aku tak sampai. Sobs. 

∞∞∞



9. Bawalah botol air dari rumah, takpun bawa duit lebih untuk beli air mineral. Serius, cuaca panas sekarang ini. Untuk yang menjaga muka, pakailah sunblock. Nanti menangis pulak jadi dayang senandung. 

☼☼☼



10. Ini tips paling penting untuk orang Islam terutamanya. Bila dah tahu je tarikh ujian jpj, start daripada itu, kena mula berdoa supaya Allah permudahkan untuk lulus. Doa supaya lembutkan hati pegawai jpj untuk bagi markah yang baik. Jangan doa supaya terpikat dengan korang pulak ye. Kalau sempat, malam sebelum ujian itu, eloknya buat solat hajat sekali. Nak bersungguh-sungguh untuk lulus kan? Kita dah usaha, kenalah doa minta pada Yang Maha Pemberi. InshaAllah, semuanya akan berjalan lancar. 

☪☪☪



11. Untuk calon ulangan, jangan bersedih. Ada hikmah Allah tetapkan. Entah-entah korang bawa lagi hebat daripada orang yang lulus tapi cukup-cukup makan je. Yang leganya, selalu pegawai jpj akan dahulukan calon ulangan dahulu baru mulakan dengan calon fresh. So, korang akan dapat balik awal dan menikmati kejayaan setelah lulus. 

✄✄✄



Sejujurnya, aku bersungguh-sungguh nak lulus sebab aku tak nak susahkan mak ayah aku. Tak ada kena mengena untuk tunjuk hebat ke apa. Sebab mak ayah yang bayarkan. Tak sanggup lagi aku mengeringkan lagi dompet mereka. 


Aku harap post panjang galah ini mampu membantu readers sekalian dalam ujian jpj. Ingat, gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya. Cuba lagi, cuba lagi. Jangan lupa senjata ampuh kita, yep. Doa. 




Moment paling menakutkan masa ujian jpj.




Jagalah jarak selamat anda!
Bukan dengan kereta je, dengan bukan mahram pun jangan lupa.



Monday, February 23, 2015

Ujian JPJ : Nota Ringkas RPK dan RSM

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia




Ujian JPJ : RPK & RSM


RPK
Rutin Pemeriksaan Kenderaan



RSM
Rutin Sebelum Memandu



           Sekarang ini, dalam ujian JPJ (untuk melayakkan diri dapat lesen P), dah ada elemen RPK dengan RSM. Mengikut apa yang saya pernah tanya dekat akak-akak yang ambil lesen, mereka kata dahulunya RPK, RSM, selekoh 'S' dengan 'Z' tiada. Nasihat saya untuk siapa yang belum ambil lesen, baik ambil sebelum banyak lagi elemen aneh-aneh ditambah. Lagipun, makin lama semuanya makin naik harga.



Buku Memandu JPJ yang terbaru
Tebal dia mengalahkan buku teks aku dulu. 
Nampak tak dah buruk sikit? Ahaha


Ini nota-nota ringkasnya. Tepi itu page number untuk rujuk dalam buku memandu.



(Klik gambar untuk lihat lagi besar)
RPK






















RSM









RPK dengan RSM pun sumbang markah untuk lulus Ujian JPJ jugak. Nota-nota ini sebenarnya dapat daripada Dira, kawan yang belajar memandu kat tempat lain. Tak semua tempat kasi nota ringkas camni. Untung betul siapa yang dapat. 

So, sebagai tanda terima kasih, sudi-sudilah follow instagram Dira okey? Ehehe.


Sorrylah, gambar tak kemas sangat sebab malas nak guna scanner. Tapi, asalkan boleh nampak kan?




Apa-apapun, mintalah Allah permudahkan segala urusan, InshaAllah.
Sharing is caring <3


P/s : Doakan aku untuk ujian jpj pada 26 Februari 2015, Khamis ini. Risau...



RPK, RSM, Lesen memandu, Ujian Jpj, CITO, nota ringkas, buku memandu terbaru, sistem jpj baru, lesen D, kereta manual, kereta automatic, Malaysia license

Sunday, February 22, 2015

Kenapa nak Futher Study LOCAL?

Assalamualaikum & annyeong!


           Sejak ada whatsapp, berita scholarship/peluang melanjutkan pelajaran itu senang je pass pass dari satu group ke group yang lain. And, kalau ada yang sama batch 97, tak tahu sama ada korang boleh relate ke tak, diorang pernah hantar tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi sesiapa yang berminat untuk ke Jepun. Tapi biasalah, Jepun selalunya course engineering takpun berkaitan computer.


Ada kawan saya (tetibe saya) ini,  dia dapat pergi interview pergi Jepun itu. Wah wah, tapi dia jawab ala kadar je sebab dia nak jadi doktor. Pulak...


Ada sebab kenapa aku lebih prefer stay Malaysia tanah air-ku yang tercinta.
Sebelum itu, aku nak beritahu dulu apa cita-cita aku. Aku sebenarnya nak jadi doktor. Jeng jeng jeng. Mesti semua cam :


"alahai"
"aduh bosan asyik nak jadi doktor je"
"takde benda lain ke"
"kalau perempuan, mesti nak jadi doktor. Dah agak dah"
"ini mesti terpengaruh dengan FL" 




Well, kalau aku tak dapat jadi doktor, aku nak ubah haluan aku sikit, aku nak jadi optometrists. Sebenarnya kalau boleh nak je aku jadi doktor mata tanpa melalui proses pelajar perubatan yang penuh duri-duri tajam itu. Tapi dalam hidup ini mana ada benda yang mudah, tsk. Selamat tinggal bantal empuk dan masa lapang!


Tengok gambar sunbae-sunbae yang konvo. Bahagia betul, ahaha




Kenapa aku prefer stay Malaysia?

1- Mainly sebab family.
Ayah aku pernah cakap kat aku, takyahlah jadi doktor. Nanti tak ada masa untuk family. Tapikan, yang lawaknya, datuk aku memang support gila aku jadi doktor. Dulu, tiap kali datuk aku call ayah aku, dia akan cakap, "bagilah Aisyah jadi doktor." lawak pulak rasa ahaha. Sekarang, ayah aku pun setuju aku jadi doktor. Cuma, aku pilih Malaysia so, at least masa aku dengan family lagi banyak berbanding kalau aku study luar negara bertahun-tahun.


Maybe, sebab itu jugak kut aku tak mohon asrama. ?



2- Apa kurangnya universiti & suasana kat Malaysia?
Sekarang ini pun sistem pendidikan kita dah makin kompleks sampai nak terobek otak-otak pelajar. (Hiperbola yang disengajakan). Kalau kat Malaysia lagi senang nak adapt environment. Bahasa perantaraan pun tak ada masalah. Makanan (ini penting!) pun senang nak cari. Cakap je, nak makanan timur, barat, selatan, utara, barat daya, tenggara? Ngomong aja, semuanya ada!



3- Senang nak cari kawan
Kat Malaysia ramai kawan. Cuma tak confirm lah itu kawan susah senang ke tak, opps. Cuma yang jelesnya, selalu yang pergi overseas sama-sama bonding friendship itu lagi erat.



Apa-apa pun, aku tak boleh terlalu melulu cakap benda yang tak pasti. Ini belum tentu lagi aku dapat diterima ye dak? Macam mana kalau aku terpaksa berjihad belajar kat luar negara sebab dalam negara tak nak terima aku? Nauzubillah.


Kalau itu takdirnya... 
Aku terima. Sobs.
Biarlah niat study untuk Allah.



Awak-awak semua rasa camne? 
Study Malaysia ke overseas jadi pilihan? 



(aku nak gi obersi untuk melancong je, tak nak stress-stress ahaha)


Thursday, February 19, 2015

Braces Girl's Perspective : Ice Skating

Assalamualaikum
And, happy holiday brilliant people!


         Sejak aku habis sekolah tahun lepas (2014), aku kira paling berlemak, tak aktif langsung. Nasib ada satu shopping mall baru bukak ada ice skating. Dari situ, bermulalah episod-episod aku mula main ice skating.


Sebenarnya, sebelum aku main ice skating... Banyak benda aku fikir. Kira macam anxiety attack. Aku tak tahu kalau pemakai braces lain, tapi aku masa mula-mula nak ice skating, aku fikir deep dulu. Selamat ke tak hah main ice skating?


Aku risau jatuh je, pastu gigi yang berantai semua jatuh bertaburan.
Amboi kepada imaginasi aku.




Sebab, memang doktor aku ada pesan, hati-hati dengan sports (yang ganas), bahaya untuk pemakai braces. Tapi, hadirnya post ini aku nak tunjukkan yang sebenarnya tak ada problem untuk pemakai braces main ice skating. Selama aku main ice skating, aku dah perhatikan, kebanyakan gaya orang jatuh camni :



Common fall in ice skating



Yang penting, kena pandai kawal cara jatuh. Kat youtube siap ajar cara jatuh selamat. (Ways to fall in ice skating)Bukan nak kata tak bahaya langsung, tapi kalau pandai kawal diri no problem. 


         
              Aku pun baru berjinak-jinak dengan ice skating. Ada satu benda aku nak beritahu, belajar cara jalan ice skating memang rasa susah mula-mula. Kaki tak balance, asyik rasa nak jatuh je. Tapi, sure korang still boleh belajar jalan walaupun sikit-sikit. Kawan-kawan aku, masatu kitaorang pergi sama-sama, walaupun main cuma dalam 4 jam, tapi semua kira dah boleh jalan atas ais. Semangat itu yang kena ada! Yeah!





Apa-apapun, ice skating ni dah jadi one of my favourite sport <3. Bersukan pun perlu kawan-kawan! Ahaha




3 sport sunnah yang aku masih fail. 
Memanah, berkuda, berenang.
Bila agaknya aku nak mahir. Tsk.



P/s : 26 Februari ini aku ada jpj test. Pastu 5 hari selepasnya, result SPM. Ada sesiapa boleh bekukan masa macam bekukan permukaan gelanggang ais? 

braces, ice skating malaysia, ice skating braces, how to fall in ice skating, ice skating, nice ice skating shoes, memanah, berkuda, berenang, archery, swimming, horse riding

Sunday, February 15, 2015

Kenapa TAK guna Instagram?

Assalamualaikum semua,


      Hiks.
Memandangkan aku tak nak tinggal habuk bertebaran kat blog aku, jadi terpaksalah aku hidang idea yang tak semegah dengan header yang simple macam masak maggi. Rasanya, header sebelum ni lagi stylo kut? Tapi, takkan nak guna header SPM 2014 sampai bila-bila? K, melalut banyak lak. 



Zaman sekarang siapa tak kenal instagram?
Siapa tak kenal apps yang ada beribu-ribu gambar cowok-cowok henseng dengan cewek cewek manis drop dead gorjes. Walaupun hakikatnya banyak yang disaluti dengan make-up 360, touch-up filter dengan lighting mengalahkan studio artis. Kay, tak baik perli orang kan? ahaha, jangan terasa ye, gurau manje je.



Why I didn't use instagram?
This is why.

1. Biasa, ayat cliche. Aku sedar muka aku biasa-biasa je
2. Aku tak suka sangat bergambar.
3. Aku ada beberapa jerawat sukar hilang
4. Aku tak suka effect 360
5. Aku tak ada camera yang elok
6. Aku risau insecure tengok gadis-gadis cantik tsk
7. Kalau ada laki ngorat cane? Puih
8. Aku tak ada barang untuk dijual
9. Aku tak banyak travel
10. Aku selalu makan nasi dengan telur dadar (takkan nak post tu je kut tsk)



Saya tahu, (tetibe saya) instagram ini bukannya 99.9% tak bagus.
Ada orang gunakan instagram untuk berdakwah, ada orang gunakan untuk mencari rezeki halal, ada orang gunakan untuk mengeratkan silaturrahim, ada orang gunakan untuk ajar resepi masakan. Yep yep, tahniah sebab berjaya gunakan kemudahan yang ada untuk kebaikan.


So, beringatlah,
Tak kisah, instagram ke, mukabuku ke, tumblr ke, wechat ke, apa-apa jela, sebelum post GAMBAR, KOMEN, LIKE, RATE, HEART, REBLOG, RETWEET, fikir dengan rasional sesuai ke tak sebelum letak okey? For sure, ini semua untuk kebaikan korang semua sendiri. Takkan kebaikan iolls pulak kan?




P/s : Sebenarnya aku ada blogstagram tapi privated punya. Nak tahu ke? Tokleh! :p Matang betul perangai kan? Ahahaha