Friday, March 27, 2015

Kisah aku, family dan Cicakman

Assalamualaikum & aluu~



       Aku masih ingat lagi dulu, movie Cicakman 1 yang diulang-ulang banyak kali di televisyen. Aku tak tahu kenapa, tapi setiap kali itu movie itu masih terasa 'lawak'nya ketika itu. Mungkin kata orang, masa kecil kita lagi senang gelak berbanding bila kita dah dewasa.


Masa cicakman 1 aku menyampah Ginger 1 & 2.



Aku teringat ayah aku pernah cakap,
"Orang luar negara buat Spiderman.
Orang kita buat Cicakman."

Dah jadi terbalik kan?



Lepas itu, masa cicakman 2 dah keluar, aku ingat lagi aku dengan satu family semua pergi pawagam semata-mata nak tengok cicakman 2. Ahahaha, maybe sebab masatu GSC masih baru bukak kat kawasan itu. Bila ingat balik, rindu nak sama-sama tengok wayang dengan family. Sebab aku tak ingat kali terakhir tengok wayang dengan family.. uhuhu.


Lagi best kalau masa kecik-kecik, ayah aku ada beli projector.



Pasang projector, pasang air cond. Buatlah gaya apapun masa tengok movie. Tak de orang kisah. Aku macam biasalah, belum movie sempat habis aku dah masuk "movie" lain directornya minda aku sendiri. Untuk yang clueless, maksudnya aku dah diulit mimpi ke langit ketujuh. 



Konklusinya, 
Aku rindu masa aku dengan family. 
Sebab sekarang ini masing-masing busy dengan tugasan masing-masing. 




P/s : Aku sedang mencari rentak untuk masa ini. Baru mulakan bisnes. Bilik yang messy. Tanggungjawab lain ada yang belum selesai (basuh pinggan). Rasanya, kalau aku 5 tahun akan datang bagaimana lah agaknya ye? 



Jujurlah aku tak tengok lagi Cicakman 3. 
Ada jugak rasa nak tengok Zizan ganti Saiful Apek.
And, filem Cicakman 1 & 2 ada pengajaran yang aku belajar.
Apa dia?
Hero pun ada masa jatuhnya. Orang jahat akan selalu dapat balasannya. 
Cliche ke? hmm kay ahaha

Tuesday, March 24, 2015

Apps TARBAWI THORBAIK?

Assalamualaikum & aluu!






Bosan? Tak tahu nak buat apa?
Download apps Tarbawi kat google apps store, jawablah quiz-quiz menarik.


Serius, bila aku download apps ini, betapa aku menyedari banyak sirah-sirah Nabi dan pengetahuan Islam yang aku dah lupa. Rasa malu dengan diri sendiri sebab belajar agama kat sekolah pun masih lagi termangu-mangu nak jawab. Apa-apapun, hidup ini adalah satu perjalanan pembelajaran sehinggalah kita mati.

Never stop learning!


Lagi bagus kalau syorkan budak-budak kecik main ini.
Nanti dia tanya, "kakak" "abang" "apa jawapan ini?"
Hmm, pepandailah jawab nanti, ahaha.





Ini contoh kuiz


Bila dah berjaya dapatkan jawapan, akan keluar kata-kata hikmah.



Overall, aku kasi 


5/5
★★
Bagi 5 bintang sebab aku tercabar.
Mungkin sebab kecetekan ilmu aku kut.






Apa lagi?
Jom download! 



Sunday, March 22, 2015

Dulu TAK pandai telan ubat pil

weik, geli. 




Assalamualaikum dan aluu~



         Aku sejak akhir-akhir ini kurang sihatlah. Demam, batuk & kadang-kadang selesema. Biasalah kalau demam kena makan ubat pil.. Aku masih lagi ingat betapa susahnya aku nak telan satu biji pil. Kira macam penyeksaanlah. Lagi-lagi ubat demam (paracetamol), bentuk bujur, gemuk pulak tu. Ditambah pulak, sekarang ini aku kena dos ubat 2 biji, hmmm pengsan.



Dulu, aku selalu mintak ubat air je.

Sehinggalah... Masa itu umur aku form 1. Aku cakap kat mak aku, nak ubat air. Tak silap aku, doktor pun kata, "aik dah form 1 nak ubat air lagi..?"  Selalunya ubat air ini dia bagi untuk kanak-kanak je. Aku masa tu rasa geram gaklah, kanak-kanak je ke boleh ubat air warna oren tu? Selalu kalau demam dia kasi antibiotic sekali. Dan, kena habiskan antibiotic tu tak kira apapun.


Aku rasa, aku memang susah nak makan ubat.



                          Masa umur 3/4 tahun, aku tak nak makan ubat. Pastu mak aku campurkan ubat dalam susu. So, susu aku jadi warna merah. Memang taklah aku habiskan susu aku tu.



                         Then... Bila dah form 1/2,
Aku tak reti lagi makan ubat pil. Mak aku tumbuk (bukan deadly punch) guna 2 sudu, pastu dia akan jadi serbuk. Letakkan air sikit, pastu minum. Serius, cara ini seksa gila sebab ubat pil kalau serbuk memang, MEMANG PAHIT okay! ubat air pun ada lah jugak rasa sedap dia walaupun sikit.


                          Rasanya, aku dah boleh makan ubat pil masa form 3 kut.
Haa gelaklah. Aku pernah dengar budak 6 tahun dah boleh makan ubat pil. Itu pun kan, aku telan ubat pil macam budak tersangkut 50 sen dalam tekak. Gaya macam nak muntah pun ada jugak. Aku rasa ubat paling senang nak telan, ubat selsema, selalunya saiz dia kecik je.



                          Aku tanya kawan aku, Saza.
Bila start makan ubat pil? Dia kata masa umur dia 10 atau 11 tahun. Itu pun ayah dia sumbatkan pil dalam pisang, jadi dia tak perasan bila dia dah makan pisang itu.

Aku rasa idea ayah Saza ini paling kreatif.
Sebab aku tak pernah dengar orang buat camni.

Orang zaman sekarang bosan sebut pishang. 
Kenapa ye?



Lagi satu, jelum ini boleh sejukkan badan yang panas itu.
3 cara jelum masa demam yang aku pernah cuba.

1- Air beras
2- Asam jawa dan kelapa parut
3- Campuran bunga raya, daun bunga raya, sebiji bawang kecik dan limau purut (kalau ada)



Kalau lepas jelum ini, rasa lega sikit.


            Sekarang ini musim demam agaknya.. Kawan aku, Sab, Dira dengan Nabilah pun demam bulan ini. Takpelah, sabar. Sakit ini kafarah dosa. Sesiapa yang demam kat luar sana, jangan tinggal makan ubat, banyakkan minum air kosong dan berehat. Ubat ini bukan asbab kita sembuh, tapi itu satu ikhtiar untuk sembuh, semuanya datang daripada Allah jua.







Ubat selalu putih je kan? Hmm kalau warna-warni pun aku tetap susah nak makan jugak, hmm. 






Syafakillah untuk diri sendiri

Friday, March 20, 2015

Luahan Risaukan Duit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pernah dengar orang kata, "Money won't give you happiness?"


         Betul, betul sangat statement itu. Tapi, kalau ikutkan dalam sistem dunia sekarang, semuanya perlukan duit. Daripada membeli baju, sampailah untuk gali kubur. Untuk pelajar lepasan SPM yang dah biasa disuapkan duit poket hari-hari ke sekolah, tetibe dah tak sekolah, hilang punca pendapatan, haa gitu..


Ditambah pula dengan cukai  GST yang makin memeningkan kepala aku.
Sesiapa yang sokong GST a.k.a inisiatif kerajaan ini jangan bash saya kay, kata hak kebebasan bersuara?



Nak tak nak, aku kena jugak berusaha dapatkan duit sendiri.
Sekarang ini, aku cuba untuk jadi dropship. Dan, selepas ini, aku tengah fikir-fikir untuk jadi dealer jual produk.



Ustaz kata,
Kalau nak dimurahkan rezeki, rajinkan sedekah, rajinkan solat dhuha, rajinkan senyum & elakkan tidur lepas Subuh.

Patutlah rezeki aku tak masuk-masuk lagi, rupanya semua yang kat atas aku malas nak buat! Ehehe.




P/s : Lepas seminggu duduk Kedah dengan internet "F1" sampaikan tak dapat nak update blog hari-hari macam selalu, tengok cara penulisan aku macam "segan-segan" "awkward" "nampak pelik". Apapun, support bisnes saya lepas ini jom? Awak kan baik *kening-kening. Semoga hidupmu diberkati ;)





Psst, mak aku pula sekarang rajin hantar video-video sedih orang miskin.. hmm. 



Thursday, March 12, 2015

Kerana manusia pelupa, haruslah menulis!




Assalamualaikum,

      Aku perasan bila dah habis tahun 2014, aku sedar yang aku susah nak ingat moment-moment kehidupan aku sejak 2013, 2012, 2011... So on. Aku sedar yang "selama aku aku hidup ini, aku banyak buat apa je?" Rasa macam sayang sangat sebab ada folder-folder 'sweet important memories' dalam otak kita yang telah di-delete mungkin setelah aku memaksa otak menerima fakta-fakta SPM, ceh yeyeol ye.


Manusia itu daripada perkataan 'nasia' yang bermaksud pelupa.


(entah-entah amnesia daripada perkataan ini jugak tak? O.O)
^ pls jangan mudah terpengaruh


Nasib baik mak aku bagi aku satu buku diari Islam masa akhir bulan Disember haritu. Mula-mula aku ada tanggapan macam negatif lah pasal diari Islam. Sebab aku ingat dia cuma ada tazkirah / kisah agama sahaja kat depan, tapi sebenarnya bila aku tengok betul-betul, macam-macam ada!

Diari Islam Purple 2015



  • kalendar 2015/2016 (semua diari ada)
  • setiap page ada sama ada doa/ayat dari Al-Quran atau Hadis
  • ada waktu solat pada setiap page
  • ada jadual muhasabah kira macam jadual tilawah, qiamulail, puasa & amalan ibadah lain



Apa yang aku tulis dalam buku ini, kebanyakannya apa peristiwa penting yang berlaku dalam 2015. Supaya, di hujung tahun 2015 nanti, bila aku nak ingat balik apa yang aku buat tahun ini (secara kasarnya) aku boleh rujuk balik diari ini (atau buka blog sendiri ahaha).


Jadi, menulislah kalian. Menulis ni tak tepat perkataannya. Tapi catat! Ada sebab kenapa Tun Mahathir Muhammad berjaya. Kenapa? Sebab dia selalu bawak buku nota 555 dia untuk catat. Aku rasa, kalau rahsia pelajar-pelajar cemerlang pun biasanya rajin mencatat nota. Ada sebab cikgu-cikgu suruh catat nota dalam perhimpunan...

Supaya orang macam aku ni tak tertidur dalam perhimpunan...



Sebenarnya, nak tambah jugaklah,
Ada akak ini kata, "Masa cikgu/lecturer tengah cakap kat depan, masa itu jangan gatal-gatal nak tulis, fokus 100% (well 87% sejujurnya) dengan apa yang beliau tengah cakapkan. Bila dah habis cakap, masa itu bolehlah tulis dengan lajunya macam halilintar boboiboy.

Tulis nota itu jangan nak purfek sangat, biarlah cakar ayam pada mulanya, nanti buatlah baru yang lebih cantik (kepada sesiapa yang perfectionists di luar sana). Because waiting to be perfect is ridiculous. Kadang-kadang nak tunggu sampai perfect, last-last kerja itu tak menjadi pun~




Sebenarnya, aku ada buat jugak SPM diari, letak semua result dari form 4 sampai form 5. Bila tengok balik, rasanya bukan tempat aku untuk tidak bersyukur dengan result SPM aku, ahaha. Nak check semula pun tak layak rasanya ahaha. 



P/s : Nak tulis kat blog pun boleh jugak. Tapi kalau boleh, nak tulis perkara-perkara 'terlalu personal' lebih baik tulis di blog private yeh.. 





Penulis-penulis blog/novel/twitter/wtv,
Jadilah penulis yang disayang Tuhan.
Peringatan untuk diri sendiri jugak ;) 






Wednesday, March 11, 2015

Aku TAK boleh jadi Doktor Veterinar!

Assalamualaikum

eii, gewam tengok.



       Selalunya kalau orang yang tak boleh jadi doktor haiwan ini, orang yang ada alahan takpun dia geli dengan  haiwan itu. Contoh macam sesetengah gadis yang berlari bila nampak kucing lalu tepi meja makan kat restoran. Jangan tak tahu, ada kawan aku ini lelaki pun, lari lintang-pukang bila nampak kucing. Serius, gua tak tipu. Ada jugak orang yang trauma, mungkin dulu pernah kena kejar dengan anjing atau kena cakar dengan kucing. Tak kurang jugak, ada yang tak nak kena pegang haiwan cam anjing / vavee.



As for me,
Aku tak boleh jadi doktor haiwan sebab..
sebab aku terlampau sayang haiwan.



Aku rasa aku tak sanggup nak bedah haiwan. Kalau haiwan dalam keadaan teruk, aku rasa mata aku dah mula berair. Kiranya dah tak boleh buat keputusan masa itu. Aku kalau boleh memang teringin sangat-sangat jadi doktor haiwan. Pekerjaan yang mulia dan susah bagi aku sebab doktor haiwan kena baca expression, behaviour haiwan. Haiwan bukannya satu jenis. Berlambak! Dan setiap itu doktor haiwan kena mahir dan tahu.



Bagi aku, aku salute siapa yang jadi doktor haiwan. Sangat.


Bayangkan seekor harimau yang kesakitan (+ garang), tak ke membahayakan doktor haiwan ini?


Dan aku pernah nangis sebab kucing aku mati kena langgar dengan kereta yang aku sendiri dalam kereta itu. Arghh, senang cerita aku memang ada soft spot untuk haiwan. Tak kisahlah haiwan itu anjing ke gorilla. Tapi satu je haiwan yang... yang aku paling GELI  ialah vavee. Euw.


Aku pun ada jugak takut certain haiwan macam haiwan berbisa dengan haiwan liar. Tapi rasanya, semua manusia juga ada rasa takut itu. Unless kalau tarzan dalam hutan, mu kesah apa dok?




T^T tak boleh tengok kucing camni.. 





Fakta
Aku pernah bela kura-kura, ikan, arnab, kucing. Masih lagi normal sebab tak bela ular, singa, harimau, atau monyet di rumah. 




Siapa yang rajin tengok video haiwan kat youtube, angkat tangan! Ahaha





Itulah video favourite masa lapang aku.
ehehe. 
Sayangilah makhluk inesen tanpa akal ini ya <3




Tuesday, March 10, 2015

Hakikat dan Fakta Sistem UPU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


           Mesti ramai yang kemaskini dan ubah UPU banyak kali kan? (Akulah salah sorangnya). Nasib baik sistem UPU kali ini letakkan syarat boleh mengemaskini tidak kira berapa kali. Kalau dulu, rasanya sistem kemaskini maksimum hanya 3 kali.


Aku tahu pasal hakikat/fakta UPU ini berdasarkan aku pergi Karnival IPT dan terdapat booth UPU yang ada kat sana, bagi penerangan. Aku harap, apa yang aku sampaikan adalah betul tapi kalau boleh, dapatkan lagi kepastian daripada orang yang lebih mengetahui.


Tapi, aku yakin ramai yang dah tahu fakta yang aku nak beritahu ni.


1. Tarikh tutup UPU (2014/2015) ialah pada 6 April 2015.






Credit to FB UPU.


2. UPU mengamalkan sistem meritokrasi, lagi tinggi markah merit, lagi tinggi peluang masuk universiti yang dihajati. Merit yang lebih tinggi akan mendahului merit yang lebih rendah. Markah Kokurikulum juga termasuk dalam pengiraan markah merit.



3. UPU ini mengamalkan 'one university one offer', kiranya, dia hanya akan offer satu university dan course untuk kita, kalau kita tolak, kita dah tolak peluang kita untuk masuk IPTA. (hasil bacaan : afterschool.my)



4. UPU akan meneliti pilihan 1 dahulu, kalau tak lepas (markah merit/kelayakan), dia akan pergi ke pilihan 2 dan seterusnya.



5. Untuk program bertemuduga, dia ada bertanda #. Kalau ada tanda #, untuk lepasan SPM, sila letakkan program yang ada tanda # pada pilihan 1-4.

Untuk lepasan STPM/setaraf..


Credit to FB UPU.
Image posted on 5 March 2015.


6. Tolong, tolong check kelayakan minimum sebelum pilih sesuatu course/program dalam pilihan UPU. Setiap universiti ada berlainan syarat kelayakan. Syarat kelayakan yang GAGAL dipenuhi, sistem akan automatic detect dan buang pilihan itu serta merta. Yang akan memilih UPU pada peringkat pertama ialah komputer, selepas itu orang yang diberi tanggungjawab akan meneruskannya. 


Cara melihat syarat kelayakan, klik sini


1. Pilih *Syarat Khas Program*
2. Pilih kategori *SPM/setaraf* atau *STPM/setaraf*




7. Strategi mengisi UPU yang terbaik.. 

Credit to FB UPU.






Diharapkan post ini dapat membantu.
Kalau terdapat mana-mana kesilapan fakta, sila beritahu. Sebab saya cuma lepasan SPM yang tak bekerja di mana-mana bahagian pemilihan UPU. 


Fakta baru akan diupdate (kalau ada). 




Wallahualam.



P/s : Banyak-banyakkan doa supaya dapat universiti dan course yang dikehendaki. Kalau macam saya, saya sendiri apply universiti IPTS sebagai back-up ;)                                                           



Monday, March 9, 2015

"Ananasgoodmood tiny giveaway :p"

Assalamualaikum


Sebenarnya, aku nak join giveaway ini awal-awal tapi disebabkan hal yang tak boleh dielakkan iaitu rasa putus asa dengan line internet dengan sistem komputer yang memang menguji kesabaran, maka terlambatlah sedikit aku join giveaway ini. Giveaway ini haruslah join sebab dia antara commentators yang selalu menghentam-hentam keyboard untuk komen dalam blog ini.


Aku sebenarnya teruja jugak dengan blog ni walaupun baru tapi dah buat giveaway pertama. Nanti-nantilah ya, aku fikirkan hadiah terbaik untuk kasi kat awak semua. I mean, bukan awak semua, yang bertuah antara awak semua. Kalau aku kayaa~

Dan setelah aku jumpa blog ini, aku yakin bahawa sebenarnya nenas itu salah ejaannya. Tapi yang sebetulnya nanas! *perhatian untuk calon-calon kertas Bahasa Melayu sekalian.




Jangan tak tahu, aku paling suka nanas atas pizza. 
Jom join, kalau jadi the luckiest, dapat hadiah misteri. (mungkin ipong 6 lambang nenas nanas).



Saturday, March 7, 2015

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

Assalamualaikum

Lama tak join giveaway, sekarang ini aku memang agak busy sikit sebab masih lagi dalam proses research & applying university. Mohon sana mohon sini. Sapa yang rasa tahu tempat belajar & kelayakan yang okey untuk perubatan, beritahu ya.



Click banner atas untuk fly~
Joinlah sementara masa masih ada. Syarat pun mudah. Bukan apa, kadang-kadang syarat yang complicated membuatkan aku melupakan hasrat nak join giveaway. 




Bila agaknya aku nak buat first giveaway untuk blog ni ye?
Kalau hari itu datang, 
Jangan lupa support ye ahehehe.



Friday, March 6, 2015

Menyesalkah aku tak mohon Asrama?


DM as in 'dewan makan' dalam dictionary budak asrama.





Assalamualaikum


            Balik je rumah dari 3 Mac lepas ambil result, twitter timeline dipenuhi dengan ranking SBP dan MRSM. Aku sebagai pelajar harian biasa hanya mampu lihat sekilas lepastu teruskan scroll. Kecuali kalau tiba-tiba terselit nama sekolah aku, yang pasti aku akan retweet berulang-kali. Punya bangga dengan ranking. Yang aku dengar, kalau sekolah berasrama penuh, tak mustahil kalau satu sekolah mampu mencapai 90 orang pelajar straight A's tapi kalau sekolah harian, nak jejak jumlah 10 orang pun susah. 


Masa itu aku terfikir, kalau 2 years back aku mohon asrama dan eventually masuk asrama, mesti results SPM aku lagi baguskan? Asrama dengan jadual tersusun, dengan kelas prep dan kelas tambahan semuanya telah diatur buatkan aku rasa teringat jadual aku yang messy dan belajar bila mood aku datang. Masa belajar aku pun tak berkualiti sangat sebab disulami dengan baca & reply whatsapp ahaha. 


Tapi aku nak cakap kat sini, 
Aku tak menyesal yang aku tak mohon asrama. 

Terus terang aku katakan, ini cuma pendapat aku sendiri sebagai pelajar harian biasa. 


1. Free will
Budak sekolah harian ada masa yang bebas, dan aku adalah boss pada masa aku sendiri. Sama ada, malam itu aku nak study atau main kucing, semuanya terletak pada aku. Dan free will ini kekurangannya, terlalu bebas sampai masa banyak terbuang begitu sahaja. Aku bersyukur bila teringat yang aku tak perlu nak fikirkan idea menipu kalau malas nak pergi kelas prep ahaha. 



2. Simpan duit
Setiap hari, duit belanja aku RM5 sebab sekolah dari pagi sampai petang. Cubalah tanya pelajar lain berapa duit belanja setiap hari. Jangan terkejut kalau ada budak sehari je mak ayah kasi RM50. Bagi aku, RM5 itu selalunya sama ada RM1 atau beberapa duit syiling aku boleh simpan dalam sehari. Kalau untung lagi, kalau ada jamuan ke kat sekolah, boleh terus simpan RM5! Mesti korang gelakkan aku, simpan RM5 pun bahagia. Salah satu sebab aku rindu sekolah, ialah sebab aku rindu duit poket setiap hari~ 

Tapi...
Aku yakin pelajar asrama lagi banyak duit dapat kan? Tapi rasa selamat tak duit itu simpan kat asrama? Ehehe.



3. Beban tugas
Katakan, kalau sehari itu aku terpaksa pergi satu program yang sangat sibuk. Tup tup, esok nak sekolah. Baju tak basuh lagi. Tudung tak seterika lagi. Di sini, peranan ibu masuk in action. Ahaha. Seorang ibu ini jiwanya lembut. Okaylah takpun seorang ayahlah yang akhirnya menolong korang untuk seterikakan baju. Rare jumpa ayah gosokkan baju. Ayah aku pun tak camtu ahaha. Tapi aku yakin pelajar harian ini selalu kat rumah washing machine je basuh. Eh, jangan tak tahu kat asrama pun ada washing machine tau. Ada dobi tau. Betul, tapi ada ke washing machine kat rumah yang kena beratur & letak duit syiling? Ehe.




4. Family - kawan - guru
Untungnya pelajar harian, keluarga, kawan dengan guru, tiga-tiga sekali dapat seimbangkan. Kalau tengok pada situasi asrama, masa dengan family itu akan jadi kurang sedikit. 



5. Kepercayaan dan jawatan
Antara salah satu yang aku paling bersyukur sekolah harian biasa ialah, aku diberi peluang untuk masuk pertandingan, pegang jawatan dan masuk banyak program. Bunyi macam aku gila kuasa kan? Bukan gila kuasa, pandai cari peluang? entah, tapi lebih kepada rezeki. Dalam satu-satu sekolah harian, bila cikgu buat pertandingan, nak-nak kalau contohlah pertandingan taranum, dan dalam sekolah itu, kau antara satu dalam seribu yang ada bakat taranum. Setiap kali ada pertandingan, orang pertama yang akan cikgu cari adalah kau. Cubalah tolak macam mana sekalipun, at the end of the day, kau mendapati diri kau masuk pertandingan itu. Point aku kat sini, persaingan kat sekolah harian tak begitu dahsyat. 




6. Stress 
Aku pernah tanya seorang kawan dari kelas yang paling pandai dalam batch aku. Aku tanya dia, "kau stress tak duduk kelas ini?" Dia jawab, "Mestilah stress. Semua orang dalam kelas ini pandai-pandai, aku seorang je yang biasa-biasa." Bayangkan sekolah harian pun macam ni, apatah lagi asrama kan. Cuma apa yang aku dapati, bila benda ini berlaku, selalunya pelajar itu semakin semangat belajar. 



**********

Apa yang boleh aku katakan kat sini, aku minta maaf kalau aku buat mana-mana budak asrama rasa marah. Rasa apa yang aku cakap ini menjengkelkan. Ahaha, puas hati aku. Jujur, aku pun cemburu tengok korang sama-sama rajin, sama-sama berjaya masa SPM. Tengok masa korang buat solat berjemaah sama-sama lepas itu nanti makan kat dm sama-sama. Perhati dari jauh yang korang ada masa tetapkan untuk belajar sementara aku, aku kena plan masa sendiri. Itu pun belum tentu aku buat apa yang aku plan. 



Fakta tentang aku
1- Aku pernah merasai duduk asrama kat sekolah apa-entah-namanya (sebagai tetamu untuk pertandingan) masa darjah 5.
2- Aku pernah merasai duduk asrama kat Universiti Teknologi Petronas (sebagai tetamu untuk pertandingan) masa darjah 6. 
3- Aku pernah merasai duduk asrama kat Sekolah Berasrama Penuh Sharifah Rodziah (sebagai tetamu untuk pertandingan) masa tingkatan 5. 


Walaupun aku cuma stay dalam 4 hari, tapi aku still suka "perasaan" duduk kat asrama dengan masa yang begitu terurus sekali. Itu jelah yang pelajar asrama paling win, masa terurus untuk belajar. 



7. Dan... Kalau aku pergi asrama, tak mungkinlah aku boleh sekelas dengan depa ni. 
احبكم - 사랑해요








P/s : Aku tertanya-tanya, lepas ini, asrama mana pulak yang aku akan jejakkan kaki? Orang kata, kalau, first year university dan matrikulasi kena duduk asrama. Wah wah~ Boleh ke aku survive nanti? 





Thursday, March 5, 2015

Jangan malu untuk MOHON!

Assalamualaikum



         Sekarang ini, budak-budak lepasan SPM/STPM semua macam kerani isi borang. Tak kurang juga, ada yang jadi researcher, buka laman web satu-persatu. Copy paste, taip lagi, search lagi. Network connection makin bertambah. Musim-musim camni jangan hairan kalau Ali (watak fictional) boleh kenal kawan ayahnya punya sedara punya jiran. Kaunselor tak berbayar jangan cakap, berlambak ahaha. Semuanya bersungguh-sungguh memikirkan masa depan masing-masing.


Ke ada yang still duduk relax,  tunggu depan peti surat rumah tunggu tawaran?







Kita manusia, kena belajar daripada alam. 
Secara logiknya, tak mungkin seekor singa dapat makan kalau dia tak mengejar mangsa dia (rusa). Anggaplah kita seekor singa yang laparkan ilmu nak masuk universiti/tempat belajar lain dan borang-borang itu adalah mangsa yang kita kena kejar sebelum tarikh tutupnya. Kira sebelum rusa itu expired lah. 

Haha, maaflah metafora aku memang camni. 




Lepas dah mohon biasiswa/universiti semua itu, 
Jangan lupa pulak mohon dalam doa-doa kita supaya dimurahkan rezeki dan diberikan peluang untuk timba lagi ilmu. Jangan sombong dengan pencipta. Sebenarnya, Allah tahu apa yang kita nak dalam hati, tapi Allah mahu kita bersungguh-sungguh minta pada Dia. 





 Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri. 







Senarai biasiswa di Malaysia - klik sini
Untuk sesiapa yang still lagi bersedih, klik sini

Siapa ada maklumat lain yang rasa macam penting untuk lepasan SPM/STPM, jangan segan-segan untuk share ye, ehehe.

Tuesday, March 3, 2015

Result SPM Saya

Assalamualaikum



          Aku tak tahu di mana hadirnya keberanian ini. Fuhhh.


Malam tadi aku dah berfikir masak-masak. Selama ini, Allah selalu bagi yang terbaik dengan aku. Aku risau kalau aku jadi terlalu meminta-minta padahal bab-bab nak buat ibadah tak adalah aku rajin sangat. Maka, saya nekad, kalau result tak menepati target, saya sedaya-upaya akan cuba tak nak menangis. Tapi memang tak nangis pun, mata berair je. (cuba beralasan) ahaha.



Target aku macam kebanyakan orang lain, straight A's.
Bercita-cita tinggi itu perlu ye? ahaha
"Shoot for the moon, even if you fail, you will land among the stars."


Kisahnya,
aku land on the stars.
Faham apa yang aku cuba sampaikan?






Sebenarnya, sipi-sipi lagi nak capai target. Sobs.


Walaupun apa-apapun, rezeki ini Allah yang beri. Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak sebab dosa yang pernah kita lakukan dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah is the best planner. Yakinlah wahai, sahabat-sahabatku batch 97 sekalian. Yang mana dapat cemerlang, sekali lagi tahniah. Yang mana bersedih sebab tak sampai target, jangan bersedih. Cabaran hidup kita baru bermula kata orang!




Okey, nak tahu ke results?


Kira berapa perkataan 'aku' dalam blog post ni untuk gred A.
Kira berapa perkataan 'saya' dalam blog post ni untuk gred B.
Kira berapa perkataan 'dia' dalam blog post ni untuk gred C.
Kira berapa perkataan 'mereka' dalam blog post ni untuk gred D.

Semua ada 11 subjek.




P/s : Untuk masa akan datang, kalau rajin, post pasal SPM yang lebih detail akan menyusul. Tak janji tau. For calon-calon SPM akan datang, Gunbatte!



Monday, March 2, 2015

Simptom-simptom Result SPM





Assalamualaikum dan whadupp!



            Setelah aku buat kajian menggunakan google search, berdasarkan entry-entry zaman lama blog lain, aku mendapat simptom menjelang result yang aku alami rupa-rupanya sama macam apa yang aku alami. Hadirnya, blog post ini diharapkan dapat membuktikan yang selama ini kita semua manusia yang berperasaan. Dan, kadang-akdang perasaan kita seolah-olah sama dan boleh difahami!



Simptom-simptom menjelang result.
Tak kisahlah, SPM ke, Universiti ke, Matriks ke, STPM ke, semua lebih kurang je. 

  • Perut anda akan mengalami tandukan gajah dalam perut setiap kali teringat result SPM. Harap jangan tertukar dengan perasaan cinta ye. Kata orang, kalau tengah bercinta perut akan berbunga-bunga. Butterfly in the stomach. Tapi, perasaan ini macam lepas ini giliran kita untuk oral test / interview.

  • Susah nak tidur. Tidur-tidur ayam

  • Banyak berfikir. Macam mana kalau aku hampakan mak ayah aku? Macam mana dengan cita-cita aku lepas ini? Kawan-kawan aku still kawan dengan aku ke lepas ini?

  • Disebabkan banyak berfikir, maka result SPM telah menghantui tidur anda melalui mimpi. Dahlah nak tidur pun susah, tiba-tiba dia datang dalam mimpi. Mungkin sebab itulah namanya, Lembaga Peperiksaan. 

  • Tunggu results lebih mendebarkan daripada mengambil peperiksaan itu sendiri.

  • Results SPM bunyi lebih mendebarkan berbanding results UPSR dan PMR/PT3.

  • Pagi masa hari results, adalah sesuatu yang biasa kalau badan menggigil dan tak boleh duduk diam. Dinasihatkan. banyak-banyak selawat supaya tenangkan hati itu sikit. 

  • Ketika hampir-hampir result SPM, terselit juga rasa menyesal. Tapi, semuanya dah terlambat untuk diputar balik masa. 

  • Ada orang akan mengalami simptom tak lalu makan. Tak berani nak kata semua, sebab ada orang yang melepaskan stress melalui makan makanan dengan banyak. *merujuk kepada diri sendiri*

  • Ada yang dah merancang alasan apa untuk dijawab untuk keputusan SPM. 

  • Kalau aku, aku akan mula mencari blog-blog orang yang bercerita pasal kisah SPM nya yang lalu. Ada yang dah berjaya dah pun sekarang ini walaupun result SPM biasa-biasa je. 




Aku tak tahu kenapa, tapi rasa debar-debar itu dah kurang sikit maybe sebab aku tumpahkan rasa debar itu banyak masa awal februari. Makin lama, rasa debar itu makin pergi. Tapi, tengoklah esok pagi. Menggigil satu badan ahaha. Actually rasa teruja sekali sebab jumpa balik kawan-kawan masa sekolah walaupun sehari cuma. Dear classmates, I miss you guys. 



Oh, dan aku tak faham kenapa ada orang yang kental hatinya check result SPM melalui sms.... 




Apa-apapun results yang akan menanti kita wahai batch 97, 
Doalah supaya kita redha dan bersyukur dengan pemberian Allah. 
Aku tahu result SPM penting,
Tapi jangan jadikan SPM sebagai batu penghalang kita untuk berjaya.

Sebenarnya ayat-ayat atas ini lebih kepada nak tenteramkan hati sendiri






So,
I ask myself,
What's gonna happen after tomorrow.
You and I,
We.
We will never know.




ALL THE BEST FOR BATCH 97'.