Assalamualaikum, pembaca yang setia. eceh~
**post pertama 2012, maaf atas ke-excited-tan**
Lama tak update sebab sekarang ni jadual sekolah
ketat sangat. Seketat-ketat legging kat pasar tani. Siap pulak dengan transformasi yang
MEMANG "menggembirakan sangat" hati semua warga sekolah. Happynyaa lahai~
Rasa nak pengsan adele (adalah).
aku nak pengsan, ohhh yeahh~
Masuk jer sekolah, tak sah kalau setiap tahun tak ada 3 benda ni.
ini gambarannya sahaja...
- Perhimpunan & kata-katanya
- Muka-muka pelajarnya
- Bau kedainya
Tahun ini aku
PMR. 9 subjek pulak, jadinya aku setiap hari (Jumaat dikecualikan) pukul 5 petang camtu baru balik. Bila balik, memang konferm tak dapat-dapatnya nak online lelama. ataupun, tak dapat online langsung???
Homework, Tugasan kelas, sooner or later iaitu kerja kursus. haa, hamek~
doakan aku jadi manusia cemerlang dunia + akhirat supaya aku tak ended jadi...
mayat hidup?
biar berjaya dunia & akhirat. Jangan berjaya kat dunia saja. Kat akhirat, lebur segala-galanya.. Peringatan ini dibawakan khas untuk diri sendiri dan anda yang sedang membaca di hadapan skrin. Harap-harapnya, kak Amalina pun baca. Adoi, camlah dia tau blog aku.
Apapun :-
berusaha, bertawakal dan berdoa.
minggu depan dah start ujian diagnostik. See? Sekolah aku ini terlebih hebat kut?
p/s : agak-agak cemanalah kalau aku dah masuk Universiti nanti. hurmm?
nah love ♥ ciput.