Tuesday, February 22, 2022

MD Diary 2: Degree Life

Assalamualaikum dan salam ceria!


Sempena tarikh cantik ni, kita kena buat post kan? 22.2.22
Okay, untuk post kalini aku akan buat ringkasan / summary untuk setiap tahun sepanjang degree. Mungkin ada junior-junior yang akan baca, please know what I will go through may be slightly or completely different from you. Sebab zaman sentiasa berubah.


YEAR 1 (2016 - 2017)
Masa ini baru masuk degree. Baru nak sesuaikan diri. Banyak rapat dengan kawan yang kenal sejak asasi. (Salah satu kelebihan asasi walaupun hakikatnya lepas 6 bulan, asasi ke matriks ke stpm ke semua rasa sama saja). Year 1 dan year 2 ni kiranya pre-clinical. Kehidupan aku kebanyakannya pergi kelas (zaman dulu face to face) jadi duduk dewan kuliah lama, pergi lab terutamanya kalau pathology, bilik mayat sekali je kut untuk year 1 aku dulu. 

Year 1 ada 5 block. Setiap block membawa markah 100. Jadi untuk pass year 1 kena points lebih 250 / 500. Kalau tak cukup 250, kena repeat year. Mostly semua block aku okay tapi block 2 aku dapat teruk sikit ahaha. Sejak medical school ni, memang aku lupakan untuk jadi top scorer bagai. Sebab yang penting aku faham dan boleh amalkan ilmu tu dan aku pass. Kalau tak, aku nanti terlalu tertekan.

Selingan: dari year 1 sampai year 5 memang aku masuk usrah dan join program. Aku rasa aku tak boleh hidup tanpa ada orang ingatkan aku pasal agama. 



YEAR 2 (2017 - 2018)
Okay year 2 ni lebih kurang year 1. Tapi dah semakin busy sebab kena buat research. Tahun ni juga aku dah kena hadap First Professional Exam. Tapi sebelum nak masuk FPE tu, aku kena dapat points lebih 200/400 sebab ada 4 block kan. Alhamdulillah, masatu aku pass first professional exam. Dan, untuk bangga diri sikit, batch aku tahun tu semua orang dapat lepas first professional exam dan supplement tanpa repeat year. 

Year 2 ni tahun terbahagia akulah kalau aku tengok balik. Tahun yang aku rasa semua Alhamdulillah serba cukup. Study okay, kawan okay, usrah okay. Semua okay walaupun kekadang ada juga masa tu kesusahan sikit-sikit, tapi tak teruklah. 



YEAR 3 (2018 - 2019)
Mula tahun 3 aku dah mula stress, takut semua ada. Masuk year 3, semua kawan rapat aku time year 1 & 2 dah lain posting. Aku macam agak lost kat situ. Nasib ada jugak kawan-kawan lain. Pastu pula, aku memang duduk serumah dengan semua senior masatu. Walaupun rasa sangat penat sebab tahun 3 sampai 5 ialah tahun clinical maksudnya kitaorang kena pergi hospital. 


Tahun 3 aku pindah ke Kuching untuk 6 bulan pertama. 6 bulan seterusnya aku pergi Sibu pula. Tahun 3 tahun yang aku banyak 'mengembara'. Pengalaman berpuasa kat Sibu antara moment yang aku takkan lupakan. Baik sangat salah satu masjid perumahan yang kat Sibu. Selalu simpankan makanan untuk pelajar-pelajar medic ahaha. 


Tahun 3 juga baru nak belajar long case & short case (salah satu format exam dalam medic dia macam viva lah, jawab soalan lecturer dan tunjuk cara nak periksa badan pesakit). Memang terkial-kial sebab tak biasa. Bersyukur sangat akak-akak senior yang serumah dengan aku tu banyak mengajar dan kongsi nota. Tahun 3 aku banyak tanya diri aku, kenapalah aku ambil medic. Baru sedar realiti medic busy bila tengok doktor-doktor bekerja dekat hospital. 




YEAR 4 (2019-2020)
Tahun 4 ni unik. Aku sempat masatu posting-posting minor dan posting psychiatry. Kiranya sempat pergi hospital psikiatri, melawat kat sana. Aku juga sempat posting forensic. Sempat tengok camne mayat di-post mortem. Sampai posting orthopaedic (tulang), nah, tiber covid datang. Kitaorang makin sikit datang ke hospital. Dan masa posting ortho tu, aku fail. I see it coming but itu kiranya first time aku fail dalam medic ni huahua. 


Selepas itu, masa aku tengah posting district, tiba-tiba PKP. Masa tu PKP 1.0. Aku masatu antara yang sempat beli flight tiket untuk balik cepat-cepat. Masatu kira macam 2 bulan kut tak ada belajar apa-apa. Online pun masatu tak mula lagi. Aku rasa bersyukur sebab masatu ada peluang untuk aku rehat sebab aku haritu baru je fail. Kiranya emosi aku masih belum stabil ahaha. Aku takdalah nangis tapi dia macam oh my god camne ni next next ni, gitu. Kiranya kerisauan. 


Lepas online learning mula, aku pun online learning macam biasa dan aku study pun tak adalah lebih juga AHAHA tapi studylah kan sebab aku kena tebus balik 1 posting fail. Aku dah takut sebab kalau markah posting lain tak okay boleh kena repeat year. Oh no no. Dahlah year 4 ni paling banyak posting. Setelah covid sedikit reda, aku datang balik ke kuching dan habiskan the rest of postings. Masatu dah mula ada had untuk pergi wad. Tak boleh ramai-ramai. 




YEAR 5 (2020-2021)
Tahun 5 aku belajar secara hybrid. Kiranya kelas online, tapi kalau bedsite teaching buat kat hsopital / fakulti. Kadang-kadang doktor jemput pesakit. Masa ni (sejak posting ortho sebenarnya), long case dah tukar kepada SBCE (scenario based cases ok e aku dah lupa stand for what AHAHA). Kiranya ada perubahan format siktilah berbanding dulu. Okay-okay je year 5 walaupun tak banyak pergi hospital berbanding dulu. 


Tahun ni kira tahun last, kitaorang kena pass Final Professional Exam. Dah nak dekat FPE tu, aku memang dah penat gila. FPE kitaorang pun kira dah 2 kali tangguh sebab masatu waktu tak sesuai dengan covid etc. Malam sebelum FPE, first time aku nangis untuk medical school masa time doa majlis solat hajat. Nangis lagi masa ayah aku call sebab aku rasa sangat-sangat vulnerable masatu. Lepas 4 hari exam FPE, hari kelima terus keluar result. Aku nangis sekali lagi sebab result FPE aku pass dan aku nangis sebab ada kawan aku tak pass.


Year 5 aku memang tak sabar sangat nak balik rumah sebab dah setahun aku tak balik masatu. Even raya pun first time aku berpuasa and beraya penuh kat Sarawak. First and last lah kan ahaha. Alhamdulillah a'la kulli hal. 




Kolej Kasturi, tempat jatuh bangun bergolek ahaha



Meja study aku. Jangan tanya kenapa ada baldi tepi tu. Terima kasih ya kolej masa aku tahun akhirlah nak tebuk sana sini ahaha




Bunga Orkid. Simbolik kalau siapa yang berjaya lulus akan dapat sekuntum Orkid. 







Thursday, February 17, 2022

MD Diary 1: The Decision

Assalamualaikum dan salam ceria!


Aku baru saja habis convocation, jadi perasaan itu masih fresh lagi. Aku nak buat beberapa part MD diary untuk menceritakan summary perjalanan aku sepanjang degree. Aku rasa ni platform paling sesuai sebab kalau tulis dalam fb / IG dia akan jadi terlalu panjang & cringe ahaha. Tulisan ni akan jadi sedikit panjang, kalau tak nak baca boleh skip sksks. 


THE DECISION

Tadika:
Selalunya keputusan nak ambil medic ni tak berlaku dengan keputusan 1 malam. Aku dah berniat nak ambil doktor sejak tadika lagi AHAHA. Masatu mak aku dia doktrin aku dengan abang aku. Lepas balik je dari klinik, dia pesan; Nanti besar belajar rajin-rajin, boleh jadi doktor. Gitulah lebih kurang. Tapi aku masih ingat, aku cakap aku nak jadi doktor. Mak aku kata, tak payahlah. Jadi dentistlah sebab aku perempuan. Sobs. 

😸😸😸


Sekolah Menengah:
Waktu sekolah menengah ialah waktu aku yang membara nak jadi doktor. Tambah lagi ada cikgu dan kawan yang support dan galakkan. Aku memang masa ni dah research dah. Okay, masuk matriks macam ni. Masuk asasi camni. Masuk IB macam ni. Kalau belajar medic kat Mesir camni, kat Turki camni, kat Indonesia camni. Masa ni jugak aku dah mula amalkan doa, supaya Allah mudahkan untuk berpeluang sambung pelajaran masuk medic. Literally itu doa aku AHAHA. 


Kemudian, keputusan SPM aku tak straight As. Tapi mujurlah keputusan itu masih dikira lepas untuk jadi doktor. Tapi masatu aku dah realistik. Ini aku tak boleh nak mohon belajar medic luar negara (UK etc) under scholarship atau nak masuk universiti yang top dalam negara macam UM / UKM dan berharap dapat masuk medic. Sebab pada aku, competition akan jadi sangat fierce. 


😸😸😸


Sebelum Asasi
Okay ini waktu paling memeningkan. Sebab banyak pilihan yang ada sekarang untuk aku. Masa itu aku mohon macam-macam yela dah cuak sebab SPM tak straight As. Aku mohon matriks, UPU mostly asasi aku letak, medic di Mesir (masatu ada under KPM & under agency) dan ada juga aku cuba cuba nak isi private university macam Universiti Perdana. 


Alhamdulillah masa tu aku dapat mostly yang aku apply tu. Tapi terpaksalah pilih sebab aku dapat: Matriks kat Negeri Sembilan, Asasi Sains Hayat UNIMAS, Universiti Al-Azhar (under KPM), Universiti Mansoura (under agency). Ha, jadi kat situ ada krisis sebab aku nak pilih yang mana. Yang Mesir tu, aku siap dah translate semua sijil-sijil aku ke bahasa Arab. 


Tapi setelah research, berbincang, beristikharah, dengan kewangan mak ayah aku tak mampu nak tampung aku ke Mesir (ayah aku cakap if nak dia terpaksa ambil loan). Aku pun ambil Asasi Sains Hayat UNIMAS. Atas faktor aku baca, yang course Unimas ada kuota khas untuk pelajar asasi sendiri (ni aku akan cerita next perenggan). 


😸😸😸


Asasi
Ingatkan langit gelap bertukar cerah, rupanya bila masuk asasi. Sains Hayat masatu student sahaja dah 400-500 orang, tak ingat. Sains Hayat ni kalau kau tanya, memang mostly nak masuk medic. Aku masatu dah fikir. Ah sudah. Kuota universiti bagi masatu 50-60 orang sahaja diterima. Aku masatu dah redho, asal ambil course medical related field je dahlah even kalau kena masuk universiti lain. 

Waktu ini waktu yang aku paliiiinnggggg tak berharap dengan medic. Aku tetap belajar bersungguh-sungguh tapi sebenarnya atas faktor aku nak sambung course kat universiti lain AHAHA. Masatu aku dapat dekan Sem 1. Aku ni dulu tak faham sangat tau sistem Dekan, cgpa semua. Sedar-sedar dah dekan ha gitu poyo betul haktuih. Dekan asasi rupanya masatu >3.75 GPA. 

Masa asasi jugak, mak ayah cakap kalau tak ambil medic pun tak apa. Kira memang dah suruh aku masuk course lainlah. Ada satu hari ada surat dari universiti private offer untuk aku belajar physiotherapy. Aku dah sem 2 masatu, mak aku suruh aku quit asasi pastu belajar tu. Gila betul, AHAHA sorry Mama ahaha. Aku masatu memang meletop sekejaplah. Aku sejak itu fikir, keputusan penting dalam hidup aku ni, biarlah banyak aku yang pilih sendiri. 

Dah dekat final sem 2, diorang dah short-listkan siapa yang dipanggil untuk interview. Rasa macam 100 orang jugalah dipanggil. Masa ini, aku dah ada semangat balik untuk masuk medic AHAHA. Aku pun buat betul-betul interview, doa dan solat hajat semua. Dan aku buat betul-betul untuk sem 2. Alhamdulillah aku dekan juga untuk sem 2. 


😸😸😸


Lepas Asasi
Okay lepas asasi, aku still dalam mode berjaga-jaga. Keputusan elok tapi macam mana pula kalau interview aku tak okay. Sebab one of the panel cakap dalam interview: jawapan aku tak meyakinkan. Aku pun still berjaga-jaga. So, aku mohon UniKL bidang Farmasi first choice dan universiti private lain ada juga aku mohon UniTAR bidang apa maybe optometrist. Sebab sijil Asasi Unimas ni tak di-accept oleh IPTA lain huhuhu. Aku pun tak boleh mohon UPU untuk degree sebab ini lah. 


Aku siap pergi interview farmasi UniKL. Tapi aku tak ingatlah soalan-soalan interviewer sangat. Sanggup mak ayah aku drivekan dan teman aku ke Ipoh kat RCMP. Tapi ada soalan interviewer tu tanya: Kalau awak dapat medic kat Unimas dan farmasi ni, awak nak pilih yang mana? Aku rasa aku tipu soalan itu sebab takut UniKL betul-betul reject aku huhuhu. 


😸😸😸


D-Day: Hari keputusan UPU dalam Asasi Unimas
Serius macam tak boleh tidur malam sebelumnya masatu. Masa hari kejadian, dah buka je sistem. Aku isilah no. matriks dan kad pengenalan. Dia tulis: Maaf anda tak diterima mana-mana kursus pengajian. Aku dah cuak. LAH! rupanya aku silap isi no IC. Aku isi semula dan bila check, Alhamdulillah aku dapat Medic UNIMAS. Aku pun bagitau mak aku yang dah nak gerak pergi kerja. Lepastu mak aku pun peluk aku AHAHA. 

Pihak Unikl farmasi itu ada call aku, dah dapat ke keputusan UPU. Aku jawablah dah. Dia tanya course apa. Lepas tau terus dia letak fon, sis sedih AHAHA. Bagus juga sebab nak bagi peluang kat orang lain untuk masuk kan...

Keputusan UPU dalaman UNIMAS masatu


List course yang aku mohon untuk degree UNIMAS.



Alhamdullillah a'la kulli hal.
Jadi, itu saja bebelan aku panjang-panjang. 



Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...