Showing posts with label gembira. Show all posts
Showing posts with label gembira. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Saya dah balik dari Morib

Assalamualaikum,
Semalam aku selamat sampai ke rumah dari Morib. Oh, pasal apa aku ke Morib? Rasanya kat entri ini dah cerita..

Bertolak (ke Morib) : 6 petang lebih
Sampai ke rumah     : 1 petang lebih
(maklumat atas ini penting, pasal aku nanti kena buat karangan -.-")


Okay, hari ini aku nak sumbat je gambar-gambar yang ada kat kamera adik aku time dekat Hotel Gold Coast Morib. Oh ya, nama hotel bagi penuh-penuh supaya memudahkan anda semua mengoogle bukan memudahkan aku untuk riak iya.. hakhak




stok makanan yang tak habis semuanya. Yelah, perut semua kecik & comel aje.



luar tandas ada tingkap. Ya, tingkap itu pulak dalam bilik hotel.
Menunjukkan hotel semakin kreatif dan pelik?



ada Jakuzi. (ejaan sebenar tidakku ketahui, muehehehe)


Pemandangan taman rimba air kanak-kanak & orang yang perasan kanak-kanak.
Belakang itu pulak, pantai Morib. Time itu air belum pasang, itu ada pasir je.


Adik  aku kata kat situ banyak ketam. Asal adik aku tau apa yang aku tak tau ni? Aisehh.. hakhak


Beruntung sebab bilik hotel menghadap kolam & laut. Kau ado? kehkeh, gurau.


Ini dia, makanan utama kalau aku stay kat hotel. Nak? Nak buat sendiri iya.


Apa yang kurangnya ?
Bilik hotel dia tak ada peti ais. Dan cuma ada dua bantal.
(sesiapa nak pergi itu, bawaklah sebiji peti ais & beberapa bantal yang anda perlukan)

Hotel dia memang best sebab boleh mandi kolam.
Bayaran masuk mandi kolam :- Dewasa : RM25 camtulah , Kanak-kanak : RM15

Kalau macam aku ini, mak aku beli tiket kanak-kanak. Badan saya kecik & comel. Muka pun macam budak kecik. Walaupun bunyinya macam satu penghinaan, tapi okey apa. Harga lebih murah yaw.

So, kalau nak tiket murah,  pandai-pandailah kecik kan badan & berlakon jadi kanak-kanak. Mudah je kan?


oh, kalau korang nak makan kat Morib ini.. Ada satu tempat. Jeng jeng jeng~

Medan selera Pantai Morib

Ada sate, ikan bakar, tauhu bakar (sedap), sotong bakar (pun sedap) & macam-macam lagilah.



p/s : Alhamdullilah. Balik-balik tengok followers dah 700 lebih. Terima kasih wahai followersku sekalian. Tanpa anda, siapalah diriku ini. Cehh, bermadah pulak dia.

Oleh sebab aku konfius mana satu yang bertuah nombor 700, aku bubuh dua-dua link boleh? >.<



Sorrylah semua, tak ada hadiah yang aku bawa dari Morib. Untuk sesiapa yang tolong jaga blog ni, nanti aku poskan seposen. ahaha XD

Sunday, November 20, 2011

Sekolah? Pintu pagar tu semua aku yang tolong tutupkan!

(abaikan tajuk over confident tak hengat)




Assalamualaikum,

LAST DAY SEKOLAH ialah hari yang ditunggu oleh kebanyakan pelajar-pelajar seluruh Malaysia tapi tak juga bagi pelajar tingkatan 5. Anda diminta sedar diri dan perlu berusaha sehingga cuti panjang yang telah ditetapkan okey? Padan muka abang aku! kahkah cett, tunggulah aku form 5 nanti.. erkk!



Ada penyampaian sijil pengetua. Itu aku, nampak tak muka? Jumpa kat pasar jangan tegur.






 (hadiah yang dapat) motif gambar saja bagi jeles ;)






  Setiap pertemuan ada perpisahan  



Tudung biru tu cikgu Shai. Jangan terkonpius plak mana satu cikgunya..


Hari last day 5 orang cikgu berkhidmat (yang pernah ajar aku) :-

<( *`ω´)~> Puan Anita (pernah kasi aku cekelat)
<( *`ω´)~> Puan Siti Shahliza
<( *`ω´)~> Puan Shaiha (Puan Shy)
<( *`ω´)~> Puan Zainab
<( *`ω´)~> Cik Farah

Beliau-beliau adalah cikgu-cikgu yang terbaik, terbest!
" Saya doakan cikgu semua sentiasa mendapat kesihatan yang baik, kebahagiaan dunia dan akhirat. Jangan lupakan saya, Jangan lupakan kami. InsyaAllah panjang umur, kita jumpa lagi ;') "





credit : Aina

untuk kawan-kawan sekelasku 2 KAA (2011),
" Kalau Allah masih memberi kita nyawa, InsyaAllah tahun depan 2012 kita sama kelas lagi.. Kita kena belajar sharing-sharing ilmu & harap dapat berjaya sama-sama untuk PMR. Ingat pesan cikgu Shai? "




School for 2011 is WAS over. 
Forever memory & history. Full of great stories.



Okay, Selamat Bercuti guys!
Isikan perkara manfaat, jauhi maksiat ! ;D



pssttt, sepatutnya post ini betul-betul publish pada 18 Nov 2011 (last day sekolah) dan aku memang nak bubuh gambar yang betul-betul punya tapi apakan daya manusia hanya mampu merancang, Allah yang tentukan, hekhek. 


Friday, November 11, 2011

Gembira itu سعيد ;)

Assalamualaikum, amacam sihat?


Hari ini hari penghujung segala hari dan kebetulan tarikh agak semart 11/11/11. Ada orang kata tak baik taksub. Erm, saya tak taksub pun, cakap aje. Jangan marah haa ;)

Hari ini perkara yang best berlaku. Alhamdullilah ya Allah. ALHAMDULLILAH.
Nak tau?

Pagi-padi jumpa si mawas,
Tahun depan, aku jadi pengawas.

Blender buah dibuat jus,
Markah pikse aku agak bagus.

Panjat pokok petik mangga,
Oii, aku bukan nak bangga.

Padang jarak padang terkukur,
Gembira-gembira jugak, tapi jangan lupa bersyukur.

Mangkuk besar mangkuk ayun,
Hebat tak hebat aku berpantun?

Raja Ali raja Muruku,
Haa, siapa berani balaslah pantun aku.

Gambar atas ni semua credit : Photobucket.

@Ctmurai, tahniah! & terima kasih sebab banyak ajar aku ;D

Tak lupa semua yang mendoakan aku, mengajar aku, bagi tips kat aku, tunjuk aku apa yang patut, bagi motivasi kat aku.. THANKS A LOT! Tuhan saja dapat membalas jasamu. ヾ(@⌒ー⌒@)ノ

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...