Thursday, September 29, 2022

Jadi HO best ke?

Assalamualaikum & salam tak berapa ceria


Baru 3 bulan aku jadi seorang HO atau nama panjangnya houseman. Sekarang dah okay sikit tapi masa awal-awal masuk houseman, kena pula masa zaman tengah tagging. I tell you what, zaman tu zaman penat ya. Aku nangis terlalu banyak masatu. Sampaikan masa tengah drive yang tak ada apa-apa source kesedihan pun tiba-tiba nangis. That's when I know this is not healthy.


Untuk yang baru habis medical school, please ambil sedikit gap like 4-6 bulan ke after your medical school walaupun kau boleh masuk awal. Kenapa aku cakap camni, sebabnya lepas je kau habis medical school kau tu, sometimes kau punya stress lepas final year exam tu pun tak berapa nak resolved lagi. Aku masa final year aku stress sebab setahun aku tak boleh fly balik jumpa family sebab covid so univ tak bagi. So aku ambil masa untuk betulkan balik hormon-hormon tu semua ahaha


Also, ambil peluang untuk try kerja-kerja lain sebelum masuk jadi houseman. First untuk explore, second untuk luaskan pandangan kau in case kau rasa jadi doktor ni bukan minat sebenar kau ahaha


Tbh, kalau sapa reader yang baca blog aku tahu aku memang minat medical field. 
Dah rasa 'sesuatu' yang tak kena dengan jiwa masa year 3
Bila dah masuk kerja sebenar, rasa macam hmm maybe aku habiskan HO jela kut


Anyway...
Jadi HO best ke?
Penat


Tu jela mampu jawab ahaha

Friday, April 15, 2022

Menunggu itu sesuatu yang penat

Assalamualaikum dan Salam ceria!


Jujurnya aku rindu nak menulis, padahal platform ada banyak. Ada fb, ada twitter, ada IG. Tapi entah aku rasa tak sesuai nak tulis kat sana. 


Mungkin ada kala aku akan datang sini untuk tulis benda benda rawak yang aku tak boleh tulis kat tempat lain, tapi aku nak menulis kat public.


Bagi aku sekarang ni, aku dalam fasa yang menunggu. Menunggu ni dia perlukan kesabaran yang tinggi. Sedangkan buah untuk ranum perlukan masa ye tak? Tiberr macam tak kena contoh tapi aku yakin yang semua benda / peristiwa yang berlaku perlukan 'timing' yang sesuai yang Allah dah tetapkan.



Aku sekarang tengah menunggu gaji, tunggu email sama ada aku akan intake HO yang terdekat atau intake seterusnya, tunggu bila nak habis waktu kerja (sesungguhnya masa paling lambat berjalan ialah masa kita tengah kerja 🤧). 



Apapun, Salam Ramadan ye semua. 
Semoga dengan berkat bulan Ramadan dengan rahmat dan kasih sayang Allah semua amalan kebaikan kita diterima dan semua dosa kita diampunkan aamin 





Cantik kan klcc?

Tuesday, February 22, 2022

MD Diary 2: Degree Life

Assalamualaikum dan salam ceria!


Sempena tarikh cantik ni, kita kena buat post kan? 22.2.22
Okay, untuk post kalini aku akan buat ringkasan / summary untuk setiap tahun sepanjang degree. Mungkin ada junior-junior yang akan baca, please know what I will go through may be slightly or completely different from you. Sebab zaman sentiasa berubah.


YEAR 1 (2016 - 2017)
Masa ini baru masuk degree. Baru nak sesuaikan diri. Banyak rapat dengan kawan yang kenal sejak asasi. (Salah satu kelebihan asasi walaupun hakikatnya lepas 6 bulan, asasi ke matriks ke stpm ke semua rasa sama saja). Year 1 dan year 2 ni kiranya pre-clinical. Kehidupan aku kebanyakannya pergi kelas (zaman dulu face to face) jadi duduk dewan kuliah lama, pergi lab terutamanya kalau pathology, bilik mayat sekali je kut untuk year 1 aku dulu. 

Year 1 ada 5 block. Setiap block membawa markah 100. Jadi untuk pass year 1 kena points lebih 250 / 500. Kalau tak cukup 250, kena repeat year. Mostly semua block aku okay tapi block 2 aku dapat teruk sikit ahaha. Sejak medical school ni, memang aku lupakan untuk jadi top scorer bagai. Sebab yang penting aku faham dan boleh amalkan ilmu tu dan aku pass. Kalau tak, aku nanti terlalu tertekan.

Selingan: dari year 1 sampai year 5 memang aku masuk usrah dan join program. Aku rasa aku tak boleh hidup tanpa ada orang ingatkan aku pasal agama. 



YEAR 2 (2017 - 2018)
Okay year 2 ni lebih kurang year 1. Tapi dah semakin busy sebab kena buat research. Tahun ni juga aku dah kena hadap First Professional Exam. Tapi sebelum nak masuk FPE tu, aku kena dapat points lebih 200/400 sebab ada 4 block kan. Alhamdulillah, masatu aku pass first professional exam. Dan, untuk bangga diri sikit, batch aku tahun tu semua orang dapat lepas first professional exam dan supplement tanpa repeat year. 

Year 2 ni tahun terbahagia akulah kalau aku tengok balik. Tahun yang aku rasa semua Alhamdulillah serba cukup. Study okay, kawan okay, usrah okay. Semua okay walaupun kekadang ada juga masa tu kesusahan sikit-sikit, tapi tak teruklah. 



YEAR 3 (2018 - 2019)
Mula tahun 3 aku dah mula stress, takut semua ada. Masuk year 3, semua kawan rapat aku time year 1 & 2 dah lain posting. Aku macam agak lost kat situ. Nasib ada jugak kawan-kawan lain. Pastu pula, aku memang duduk serumah dengan semua senior masatu. Walaupun rasa sangat penat sebab tahun 3 sampai 5 ialah tahun clinical maksudnya kitaorang kena pergi hospital. 


Tahun 3 aku pindah ke Kuching untuk 6 bulan pertama. 6 bulan seterusnya aku pergi Sibu pula. Tahun 3 tahun yang aku banyak 'mengembara'. Pengalaman berpuasa kat Sibu antara moment yang aku takkan lupakan. Baik sangat salah satu masjid perumahan yang kat Sibu. Selalu simpankan makanan untuk pelajar-pelajar medic ahaha. 


Tahun 3 juga baru nak belajar long case & short case (salah satu format exam dalam medic dia macam viva lah, jawab soalan lecturer dan tunjuk cara nak periksa badan pesakit). Memang terkial-kial sebab tak biasa. Bersyukur sangat akak-akak senior yang serumah dengan aku tu banyak mengajar dan kongsi nota. Tahun 3 aku banyak tanya diri aku, kenapalah aku ambil medic. Baru sedar realiti medic busy bila tengok doktor-doktor bekerja dekat hospital. 




YEAR 4 (2019-2020)
Tahun 4 ni unik. Aku sempat masatu posting-posting minor dan posting psychiatry. Kiranya sempat pergi hospital psikiatri, melawat kat sana. Aku juga sempat posting forensic. Sempat tengok camne mayat di-post mortem. Sampai posting orthopaedic (tulang), nah, tiber covid datang. Kitaorang makin sikit datang ke hospital. Dan masa posting ortho tu, aku fail. I see it coming but itu kiranya first time aku fail dalam medic ni huahua. 


Selepas itu, masa aku tengah posting district, tiba-tiba PKP. Masa tu PKP 1.0. Aku masatu antara yang sempat beli flight tiket untuk balik cepat-cepat. Masatu kira macam 2 bulan kut tak ada belajar apa-apa. Online pun masatu tak mula lagi. Aku rasa bersyukur sebab masatu ada peluang untuk aku rehat sebab aku haritu baru je fail. Kiranya emosi aku masih belum stabil ahaha. Aku takdalah nangis tapi dia macam oh my god camne ni next next ni, gitu. Kiranya kerisauan. 


Lepas online learning mula, aku pun online learning macam biasa dan aku study pun tak adalah lebih juga AHAHA tapi studylah kan sebab aku kena tebus balik 1 posting fail. Aku dah takut sebab kalau markah posting lain tak okay boleh kena repeat year. Oh no no. Dahlah year 4 ni paling banyak posting. Setelah covid sedikit reda, aku datang balik ke kuching dan habiskan the rest of postings. Masatu dah mula ada had untuk pergi wad. Tak boleh ramai-ramai. 




YEAR 5 (2020-2021)
Tahun 5 aku belajar secara hybrid. Kiranya kelas online, tapi kalau bedsite teaching buat kat hsopital / fakulti. Kadang-kadang doktor jemput pesakit. Masa ni (sejak posting ortho sebenarnya), long case dah tukar kepada SBCE (scenario based cases ok e aku dah lupa stand for what AHAHA). Kiranya ada perubahan format siktilah berbanding dulu. Okay-okay je year 5 walaupun tak banyak pergi hospital berbanding dulu. 


Tahun ni kira tahun last, kitaorang kena pass Final Professional Exam. Dah nak dekat FPE tu, aku memang dah penat gila. FPE kitaorang pun kira dah 2 kali tangguh sebab masatu waktu tak sesuai dengan covid etc. Malam sebelum FPE, first time aku nangis untuk medical school masa time doa majlis solat hajat. Nangis lagi masa ayah aku call sebab aku rasa sangat-sangat vulnerable masatu. Lepas 4 hari exam FPE, hari kelima terus keluar result. Aku nangis sekali lagi sebab result FPE aku pass dan aku nangis sebab ada kawan aku tak pass.


Year 5 aku memang tak sabar sangat nak balik rumah sebab dah setahun aku tak balik masatu. Even raya pun first time aku berpuasa and beraya penuh kat Sarawak. First and last lah kan ahaha. Alhamdulillah a'la kulli hal. 




Kolej Kasturi, tempat jatuh bangun bergolek ahaha



Meja study aku. Jangan tanya kenapa ada baldi tepi tu. Terima kasih ya kolej masa aku tahun akhirlah nak tebuk sana sini ahaha




Bunga Orkid. Simbolik kalau siapa yang berjaya lulus akan dapat sekuntum Orkid. 







Jadi HO best ke?

Assalamualaikum & salam tak berapa ceria Baru 3 bulan aku jadi seorang HO atau nama panjangnya houseman. Sekarang dah okay sikit tapi ma...