Braces Compilations

Assalamualaikum and hallu,


          Sebelum itu, nak letak FAQs yang orang selalu tanya pasal braces kat blog ni. Harap membantu.




      1. Pasang braces goverment atau swasta?

Saya guna goverment. Daftar sejak saya tingkatan 2 di Klinik Kesihatan Seri Kembangan dan mula pakai braces sebenar masa tingkatan 5.



       2. Berapa bayaran eh?
      
Setahu saya, tiada apa-apa bayaran (setakat ini) untuk goverment. 


       3. Umur berapa eh untuk buat braces government?

Melalui pembacaan, sampai umur 17 tahun percuma untuk klinik kerajaan. Tapi ada sesetengah klinik kerajaan yang sediakan rawatan untuk yang berumur lebih dari 17 tahun tapi bayaran lagi murah dari klinik swasta. (sumber)


        4. Kalau mak ayah tak kerja kerajaan boleh ke?

 Saya tak pasti, mungkin boleh tanya pada klinik kerajaan tu sendiri. Tapi mengikut pengalaman saya, nurse akan mintak Goverment Letter (GL) dan surat pengesahan sekolah / univ. Setiap 3 bulan, kena bagi GL dan surat pengesahan baru. 




- From latest to oldest :
  1. Braces Diary : Pertukaran klinik kerajaan
  2. Braces Diary : Only people with braces will understand
  3. Braces Girl's Perspective : Ice Skating
  4. Braces Diary : Pakai Braces
  5. Braces Diary : Cabut Gigi
  6. Aku pun ada sejarah gigiy


Note :

Saya bukanlah pakar gigi atau orang yang bekerja di klinik kerajaan. Mungkin kalau ada tersilap fakta, harap ada yang menegur supaya dapat saya betulkan. Haah, memang ada entri yang gaya tak matang tu, abaikan ahaha.

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...