Wednesday, May 16, 2018

New Vibe this year!


Assalamualaikum & Salam Ramadan everyone!



           Minggu lepas baru saja habis vibe politik, dan sejujurnya aku dulu memang tak ambil port langsung pasal politik, sekarang lepas aku tengok apa perubahan yang politik mampu lakukan, aku kena jadi cakna. Dan bila cakap pasal politik, aku tak boleh dan tak bisa lari daripada betapa kagumnya aku dengan Tun M yang bak kata Syed Saddiq, dia seperti terperangkap dalam badan 93 tahun tapi berjiwa muda! Itu yang selalu apa akak-akak murabiyyah pesan, untuk jadi orang yang berjiwa pemuda. Berani dan berwawasan!



Dan,
aku reflect balik diri aku. Umur aku 20 tahun (belum capai ulangjadi, anggap jela aku 20 eh), dan aku tak berpeluang pun untuk mengundi tahun ini. Aku masih lagi dikira muda, tapi sejauh mana semangat aku untuk siapkan tugasan aku dan habiskan ulangkaji aku? Masih lagi malas-malasan. Malu syah patut kau rasa malu. 



Untuk Ramadan kali ini, 
separuh bulan aku menyambut di Sarawak (buka pose awai), 
Separuh akhir bulan sambut di rumah sendiri (aku tasabar nak balik).


Aku rindu suasana kawasan rumah aku masa berpuasa. Tahun lepas tak berpeluang puasa kat rumah, moga Allah beri kesempatan untuk aku tahun ini. 



CHECKLIST RAMADAN
Meh buat sama-sama


  1. Bersahur walaupun sedikit
  2. Bertahajjud setiap malam
  3. Matsurat pagi dan petang
  4. Mengkhatamkan Al-Quran (minimum sekali)
  5. Memastikan solat terawih berjemaah
  6. Bagi yang uzur, bolehlah bersedekah, berzikir, baca terjemahan Al-Quran, sediakan juadah berbuka/sahur dan baca buku-buku berkenaan puasa.

Jujurnya, aku susah untuk bersahur. Mungkin kena usahakan juga sebab itu kan sunnah. Peluang yang Allah bagi untuk aku berubah bermula dalam bulan Ramadan ni, tak patut aku sia-siakan, betul tak? Banyakkan berdoa untuk Ramadan ni. Kalau baik hati, doakan juga saya dan kawan-kawan sekelas yang dah nak professional exam ni. 


Setkan jugak checklist kita sendiri untuk Ramadan. Kita sendiri tahu apa yang kita mahukan. To be a better muslim to create a better dunia to live in, lets!


Tak lupa juga, doakan saudara-saudara kita kat Palestin yang Allah dah janjikan kemenangan buat umat Islam satu hari nanti. Kita kena percaya tu dan jangan pernah anggap satu doa pun itu sia-sia, semuanya bermakna buat saudara-saudara Islam kita. Be a part of change rather than waiting for it!



Salam Ramadan Al-Mubarak <3