Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Double the X-Ray

Assalamualaikum,
perut semua okay? nampak kecut semacam je. hekhek mesti lepas berbuka dah tak kecut dah. No worry okay? Jangan perut pecah sudah.

Aku datang sekolah lambat hari ni. Jangan terkezut, pukul 9.45 pagi baru sampai sekolah. Dasar V.V.I.P (Very very idiot person)tapi bersebab okay. Aku kan girl with an attitude, weikkk. Aku pergi appoinment gigi lagi. Guess what? aku buat X-Ray kali kedua. Sekali lagi! Kali ni, untuk X-Ray tulang gigi yang lebih tiny pulak. -.-"

Aku rasa aku ni dah hyper-radioactive dah ni. Kena makan pisang & betik banyak-banyak ni, time berbuka. Of courselah kan. Ayah akulah kata "Makan kulit pisang dengan kulit betik je" -.-"

okaylah, tak boleh nak post panjang-panjang. Tak terpost jugak nanti. entahpape punya post. Sorrylah dah terbuangkan waktu korang baca post ni.

Apa-apa pun, joinlah blog review kat blog >ini< kalau anda boring. Nanti InsyaAllah kalau tak busy, aku pun nak join jugak.

p/s : Selamat Berbuka. *Aku meme suka post time dah nak berbuka. Jom pergi terawih ^^


Sunday, August 7, 2011

Buah yang tak bertangkai

Assalamualaikum,

Semalam aku tak hapdet. Gigih tarah homework of gunung Kinabalu. Thanks kepada sesiapa yang bagi nasihat suruh aku rajin buat homework. Kata-kata anda berjaya membawa titik perubahan kepada saya. Daripada malas, terus don't belok-belok pergi rajin. *ayat skema habis. Almaklumlah, baru habis buat homework karangan Bahasa Melayu semalam.

Ni baru habis buat buah Melaka a.k.a onde-onde kat bawah. Dah jadi dah. Nak bawa kat surau untuk berbuka nanti ;)

Nampak sedap tak? ok, kalau nak try, >Resepi<



p/s : Selamat Berbuka Puasa. Korang berbuka juadah apa? Nak tahu jugak hehe ^^




Thursday, August 4, 2011

Ramai-ramai baru besh

"Alamak, berat aku tak turun-turun, macam mana ni?!" *muka gelabah
"Padan muka" Selamberrr :P


Assalamualaikum,

Macam mana perut? okay?

Lama blog ni menyepi, takde keceriaan langsung. Bila cakap pasal keceriaan, teringat yang kelas aku tu tak ceria langsung! Ketua keceriaan dia duk busy ceriakan blog je, kelas? haprakk pun takda. akusudahfed-up!


Hari Selasa hari tu, aku buka puasa kat surau, besh ai kata kat yu.. beshlah jugak! rugi yu alls kalau tak pernah try #mai.dah.ayat.gedik Nak tau kenapa besh sangat bukak puasa kat surau ni?

 Ramai orang
Sebab ada ramai orang yang buka puasa sesama. Meriah kut. Takdela rasa diri ini forever alone (:P)


 Malu *ngeee (malu bertempat itu perlu)
Ouhh, kalau kat rumah, kemain melantak ayam sensorang. Tak pandang kiri kanan dah macam nak lintas jalan je 

Kalau kat surau, kan ramai orang, so demi menjaga kesopanan & kesusilaan, sure-sure korang macam sopan sikit time makan. Takdelah gelojoh sangat macam ni.

Source : Tumblr ni
Gelojoh kemain. taksenonoh betul.


 Makanan  *banyaaknyaaa
Yup, memang betul! Bayangkan seorang bawa 1 or 2 jenis makanan. Terus bayangkan. So, kita dapat try yang itu, yang ini. Takdelah terikat dengan satu jenis makanan je.  ohh yeah~

Contohnya, hari tu mak aku bawa agar-agar pandan yang of course, of course sedap manakala jemaah lain bawa roti john, karipap, sandwich, aish macam-macam lagilah! kang aku sebut lebih-lebih kang korang terliur pulak.


 Syukur
Yang ni paling penting. Time korang melantak sensorang diri tu, perut penuh pun kadang-kadang terlupa nak syukur bukan? Kalau kat surau, kita automaticly rasa bersyukur #bukansebabbanyakmakanan sebab kita akan rasa dapatlah jugak kita makan daripada takda. 

Kalau kita makan kat surau, aku rasa kita makan takdelah banyak sangat. Sama ada kita malu, atau makanan tak cukup. Got the point? I feel good (?)


 Bersederhana
Kita takdelah makan banyak sangat kat surau. Orang dah nak solat Maghrib still nak makan lagi ke haa? So, automaticly kita akan belajar untuk berserderhana. Stop,stoplah makan tu, perut macam nak pecah tu haa.. 

 
SELAMAT BERBUKA PUASA!
Hey, dah tak sabar nak buka puasa le tuu. Jom berbuka kat surau  nak? Dapat mengimarahkan surau.


p/s : Alamakk! ada orang tu touching dengan titew lah. Sorrylah eh, aku tak bermaksud pun. akuguraujelah Aku ni kan suka gurau gurau manja aww :P 



Saturday, July 30, 2011

Checklist Ramadhan

Assalamualaikum,
Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik-celik {erk?} Kita dah nak hampir puasa dah ni. 


Sebagai seorang muslim yang beriman, kita tertunggu-tunggu kedatangan bulan yang penuh keberkatan & mulia iaitu bulan Ramadhan. {ke korang tak sabar nak raya je :P} 


Ok, tak mau bebel panjang-panjang. Straight to the point ok?


Checklist Ramadhan
Tekan gambar, nak bagi besaarrr! (save or whatever. Nak share pun boleh)
Credit : sini


Aku rasalakan, InsyaAllah hari Senin {natang apa tuh? Isninlah} kita start puasa. Tapi tak sure sangatlah! Senang, senang, kita tunggu pengumuman raya start puasa esok malam je lah ye! Sabar, "Time will tell" <-- entah bila aku belajar ayat super genius bijak nih..



Alamak! aku tak start satu habuk pung folio sejarah! Oh Ya Allah! Leka & lalainya aku nih?! ni tak boleh jadik nih! Aku kena start buat jugak!

3 saat kemudian, *still depan screen komputer

ha'ahlah, esok kan ada..

Amaran : Jangan tiru perbuatan di atas ^^


p/s : insaf semalam tengok jenazah. Rasa kesian pulak kat keluarga dia. Raya tahun ni tanpa mak apa rasanya? Mestilah sedih.. ;'( Anak dia baru darjah 2 & yang bongsu still menyusu.. Kesian kan? huhu ;'(


Friday, July 29, 2011

#Facty Friday

Assalamualaikum, hey, how's going guys,
Hari ni hari pertama, buat #Facty ni,  semalam perasmian. Hari ni kenyataan! haha XP



"Kadang-kadang, aku lupa apa yang aku komen kat shoutbox orang :P"


Hakhak, aku pun /takpastisangat/ nape aku cepat sangat lupa. Muda-muda cepat lupa. Apakah??? Aku rasa ingatan aku ni jenis short-term je kut. Kena makan kismis bebanyak ni XD ada sesiapa yang nak tolong supply?


p/s : Lately, aku busy gilak. Dengan folionya, homeworknya, appoinmentnya, blend semua boleh buat aku pengsan~ ohh ye, tetibe aku teringin nak buat stuff T (tumblr).

Countdown puasa : Untuk impak yang lebih maksima, saya mencadangkan anda jenguk calendar sendirik! Takkan takde kut? Kalau takde, check google boleh maa.. 

Thursday, July 28, 2011

Fact. Reality.

Assalamualaikum & hey guys..



Renovation is over, tu yang cantik tu. Cehh, pearasan! senang renovate awal-awal, nanti time dah nak raya, takdelah kalut-kalut nak hias untuk raya :P Okay, maybe takdelah cantik sangat macam blog awak, awak & awak. Lagi mantop! But from time to time, aku renovate jugaklah. Aku ni kan tak pernah puas :P













Perasmian Facty.

Assalamualaikum, mesti terkejut kan? tuba-tiba je nih kan. Facty tu apa benda ek?

Fact + Reality = Facty
Fact & Reality, puff jadilah Facty! Tak pun, Fact, Reality, bergabung meletop! POM~ (overlah ni)

Dengan lafaz Bismillah, saya Miss Xyz ingin merasmikan #Facty yang akan diadakan setiap kali saya bohsan melampaui batas & tiada modal nak tulis apa. 

Yeay! Sekarang mana ribbon? aku nak potong ni? >.< ok, ok.. aku tak nak potong mana-mana ribbon yang ada kat blog aku ni XP



p/s : Adakah aku ni peminat ribbon? Yela kut, comelah~ tak caya? refer gambar atas


Monday, July 25, 2011

Masuk surat khabar? Bagi aku normalah tu.

Assalamualaikum & hello everibodehh,

Aku bukak  Facebook  semalam. Boring en. So, nak tengoklah notifications tersayang. (hampeh)



And guess what? Kawan aku kata aku masuk surat khabar.  yeah, but surat khabar semalamlah. Nasib baik keluarga aku tak minat surat khabar tuh. Muahahaha XD

(tak mau beritau surat khabar apa :P kang tak pasai-pasai korang serbu kedai kang) 

"cececeh....gambar natasha, aisyah n abg hadira kat dlm surat khabar...bangga la tuh :)"
^ Ni status yang kawan aku tulis kat facebook. Tak mau aku printscreen. Malehlah.. (privasi diutamakan, malas didahulukan (?) 

WHAT?!! Arghh, aku TAK MAU masuk surat khabar. 

Sure gambar aku hancuss. Oh yea, kenapa aku tiba-tiba boleh masuk surat khabar ni? Nak tau tak? Nak tak?

Aku rasa sebab aku duduk sebelah kawan aku, dia cantik. Entah macam mana, mungkin kamera man tu syok kat kawan aku tuh #buruksangka. So, aku kena tempias-tempias jela. Aku ni bukannya cantik sangat. Cute je

SEGALANYA KEBETULAN JE KUT

Eleh, kecoh je kan aku ni. Baru first time masuk surat khabar dah kecoh sana sini. Padahal retis & beribu orang lain boleh nak dikatakan tiap-tiap hari orang tatap muka dia, rileks je.






So, kepada sesiapa yang teringin sangat-sangat nak masuk surat khabar, aku bagi tips sikit jelah eh, mana leh banyak-banyak nanti takde chance aku masuk surat khabar lagi :P

"Berjalan dekat-dekat orang yang korang rasa berpotensi akan ditangkap gambar"

Korang rasa tips ni betul ke tak ha? hentam sajalah. Kang aku bagi tips terjun KLCC, korang buat, aku lak yang dosa. Bagi ajaran sesat. :P



P/s : Ada tak orang tersentap tengok gambar aku dalam surat khabar? ohh ye aku memang suka kucing, cute sangat :3 


Countdown puasa : seminggu je lagi kut ( 7 hari)



Saturday, July 23, 2011

tak cukup 10 000 langkah

Assalamualaikum, how's your Saturday? lalala~


Siput ku lari, gagah berani.. ayuh lari.. 

huh, adeh, adeh.. kaki rasa nak tercabut pun ada ni..
Nasib baik dah balik..
Maisyarah kasi tumpang.. Alhamdullilah.
Thanks kawan ;)

Aku jumpa ramai orang kat 10 000 larian tu.. (lepas habis larianlah)
cikgu, kawan lama,  mak cik auntie-auntie yang aku kenal andd... termasukla
....
....
....

....
....
....


....
....
....


kak AIN MAISYARAH!

Siapa sangka dapat jumpa dia? dulu aku jeles dengan Rai sebab dapat tanda tangan dia. Sekarang dah dapat face to face dengan dia & tanda tangan dia..

Aku cam caya tak caya je.. Nasib baik time tu aku tak hentak kepala aku kat dinding kasi percaya. Heh, kalau aku buat pun, by that time dah wassalam dah aku rasa XP 

Tapi kena jawab soalan dulu baru dapat buku dari PTS. Aku kan terer bab-bab menjawab ni. (terer la sangat) and mestilah aku dapat.. Buku apa?


Aku memang BUKAN minah bunga pun. Terkejut jugak aku, ingatkan dapat buku Ain Maisarah sendirik.. Tapi tak pelah.. Alhamdullilah ;)


Pasal larian tadi.. rasanya tak sampai 10 000 langkah kut. Ramai yang guna shortcut termasuk aku.. Ahaks.. Sampai orang yang jadi juru yang cakap tu kata :

"Ni tak sampai seribu langkah ni"

Nak je aku cakap, okaylah daripada yu tu, membebel je, asal tak nak lari jugak? ambik kau sebijik.. haha XD. Tapi aku tak sanggup lak nak ngomong gitu -.-"



Nota kecik : Rugi korang tak pergi :P heh, saja je. 





Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...