*sorry, kalau besar sangat. Sebab takut korang tak nampak font dia. hehe*
Hari ini saya nak cerita pasal azam tahun baru. Bukan Azam dari kampung baru, bukan, bukan.
Celik celik mata, tak sedar kita dah menuju fasa tahun yang baru. Orang selalu kata, awal tahun, kena ada azam baru. Macam renew lesen kereta? (apa kena mengena?)
Menjadi ke azam aku yang dulu iya? Aku tak pasti sebab rasanya tahun lepas aku tak buat apa-apa azam, hekhek.
Azam tahun 2012
Solat awal waktu
Kita ini mudah lalai. Harap-harap aku tak lalai bila dah masuk waktu solat. Kadang-kadang aku ini jenis yang suka melambatkan solat. Entah apa yang dibisik syaitan kat aku. Jadi, aku kena lawan syaitan. Bukan aku jer, KITA. Menambahkan amalan sunat
Amal seseorang yang mula-mula dihisab ialah solat kita. Kalau solat kita baik, beruntung & bahagialah kita. Kalau solat kita rosak, kita akan rugi dan kecewa. Jadi, solat sunat ini kiranya menampung solat fardu yang tak sempurna.
Kurangkan online, lebihkan study (nak PMRlah kononnya)
Betul itu. Memandangkan aku ambik subjek ekstra untuk PMR tahun ini iaitu Bahasa Arab, jadi aku kenalah belajar lebih sikit. Aku tak nak sebab markah akhir tahun aku nampak macam okey, jadi aku tak yah belajar. Yelah, takut aku over confident tak hingat PMR dapat apa? Haprakk man!
Lebih menjaga kata-kata
Mungkin aku kena kurangkan kata-kata bak laser aku kepas ini. Eh, mulut aku laser ke?
Nak pandai masak (sikit-sikit pun jadilah)
Sebagai seorang perempuan, tak kiralah kau doktor kah, arkitek kah, polis kah, for sure satu hari nanti konfem kena masuk dapur jugak. Sebenarnya aku nak pandai masak bukan sebab dah terlalu fikir untuk masa depan, sebab nanti time lapar, aku boleh isi dengan makanan 'so special' yang aku buat sendiri, tak gitu? well, doakan aku. InsyaAllah. Aku akan cuba sedaya upaya buat semua azam aku ini dengan tulang aku yang serba cute ini, ahaks.
Jom berubah daripada buruk kepada baik. Daripada baik kepada yang lebih baik.
p/s : terima kasih kepada semua followers kerana telah menambah angka 500+ followers untuk blog ini. Tiada anda, tiada blog ini agaknya. Eh, tiada aku pun tiada blog ini jugak. Hurm, apa pun, TERIMA KASIH. Aku tak tahu nak bagi apa selain ucapan terima kasih. Nah lagi satu, senyuman jarak jauh ;)