Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Saya dah balik dari Morib

Assalamualaikum,
Semalam aku selamat sampai ke rumah dari Morib. Oh, pasal apa aku ke Morib? Rasanya kat entri ini dah cerita..

Bertolak (ke Morib) : 6 petang lebih
Sampai ke rumah     : 1 petang lebih
(maklumat atas ini penting, pasal aku nanti kena buat karangan -.-")


Okay, hari ini aku nak sumbat je gambar-gambar yang ada kat kamera adik aku time dekat Hotel Gold Coast Morib. Oh ya, nama hotel bagi penuh-penuh supaya memudahkan anda semua mengoogle bukan memudahkan aku untuk riak iya.. hakhak




stok makanan yang tak habis semuanya. Yelah, perut semua kecik & comel aje.



luar tandas ada tingkap. Ya, tingkap itu pulak dalam bilik hotel.
Menunjukkan hotel semakin kreatif dan pelik?



ada Jakuzi. (ejaan sebenar tidakku ketahui, muehehehe)


Pemandangan taman rimba air kanak-kanak & orang yang perasan kanak-kanak.
Belakang itu pulak, pantai Morib. Time itu air belum pasang, itu ada pasir je.


Adik  aku kata kat situ banyak ketam. Asal adik aku tau apa yang aku tak tau ni? Aisehh.. hakhak


Beruntung sebab bilik hotel menghadap kolam & laut. Kau ado? kehkeh, gurau.


Ini dia, makanan utama kalau aku stay kat hotel. Nak? Nak buat sendiri iya.


Apa yang kurangnya ?
Bilik hotel dia tak ada peti ais. Dan cuma ada dua bantal.
(sesiapa nak pergi itu, bawaklah sebiji peti ais & beberapa bantal yang anda perlukan)

Hotel dia memang best sebab boleh mandi kolam.
Bayaran masuk mandi kolam :- Dewasa : RM25 camtulah , Kanak-kanak : RM15

Kalau macam aku ini, mak aku beli tiket kanak-kanak. Badan saya kecik & comel. Muka pun macam budak kecik. Walaupun bunyinya macam satu penghinaan, tapi okey apa. Harga lebih murah yaw.

So, kalau nak tiket murah,  pandai-pandailah kecik kan badan & berlakon jadi kanak-kanak. Mudah je kan?


oh, kalau korang nak makan kat Morib ini.. Ada satu tempat. Jeng jeng jeng~

Medan selera Pantai Morib

Ada sate, ikan bakar, tauhu bakar (sedap), sotong bakar (pun sedap) & macam-macam lagilah.



p/s : Alhamdullilah. Balik-balik tengok followers dah 700 lebih. Terima kasih wahai followersku sekalian. Tanpa anda, siapalah diriku ini. Cehh, bermadah pulak dia.

Oleh sebab aku konfius mana satu yang bertuah nombor 700, aku bubuh dua-dua link boleh? >.<



Sorrylah semua, tak ada hadiah yang aku bawa dari Morib. Untuk sesiapa yang tolong jaga blog ni, nanti aku poskan seposen. ahaha XD

Saturday, December 10, 2011

Peminat game yang DAHSYAT!

aih, tak lepas level lagi ke dik?


Assalamualaikum

Fuhh, lamanya aku tak update post! Rindu plak rasanya. Thanks eh kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu post baru. Maklumlah, cuti sekolah. Cuti sekolah duk kat rumah aje, jadi idea pun tak muncul-muncul.


Siapa yang minat gila main game, aku syorkan korang beli mesin sebijik macam video kat bawah ini :-


haha, MAMPU ke MAMPUS?


okaylah, aku update benda-benda merepek jer -.-"

Buat masa ini aku banyak layan video Detective Conan. Pelik jugak budak sekolah menengah tengok anime yang kebanyakannya budak sekolah rendah tengok. Well, kalau nak tahu kenapa.. Tengok video detective conan ini :-


(one of my favourite)

Aku rasa Detective Conan ini bagus untuk polis-polis yang nak menyiasat penjenayah sebab rasanya lebih 400+ cara trick-trick penjenayah. Penjenayah, better whatcha-out!



Lama jugak aku dah tak layan video Naruto, hehe. Jangan sedih-sedih haa Naruto.

p/s : Oh ya, thanks to kak Mel sudi menyiapkan tempahan header yang baru. Seriously, aku tak reti buat header secantik itu! ;) dan juga banner & top button. 
Terima kasih jugak untuk penganjur contest blog vintage & special ;)

Thats all! Thanks for reading..

Wednesday, November 30, 2011

Azam baru, Tahun Baru, Bulan Baru, Hari Baru. (semua nak baru -.-")


*sorry, kalau besar sangat. Sebab takut korang tak nampak font dia. hehe*


Assalamualaikum ;)

Hari ini saya nak cerita pasal azam tahun baru. Bukan Azam dari kampung baru, bukan, bukan.

Celik celik mata, tak sedar kita dah menuju fasa tahun yang baru. Orang selalu kata, awal tahun, kena ada azam baru. Macam renew lesen kereta? (apa kena mengena?)

Menjadi ke azam aku yang dulu iya? Aku tak pasti sebab rasanya tahun lepas aku tak buat apa-apa azam, hekhek.



Azam tahun 2012 

 Solat awal waktu
Kita ini mudah lalai. Harap-harap aku tak lalai bila dah masuk waktu solat. Kadang-kadang aku ini jenis yang suka melambatkan solat. Entah apa yang dibisik syaitan kat aku. Jadi, aku kena lawan syaitan. Bukan aku jer, KITA.



 Menambahkan amalan sunat
Amal seseorang yang mula-mula dihisab ialah solat kita. Kalau solat kita baik, beruntung & bahagialah kita. Kalau solat kita rosak, kita akan rugi dan kecewa. Jadi, solat sunat ini kiranya menampung solat fardu yang tak sempurna.



 Kurangkan online, lebihkan study (nak PMRlah kononnya)
Betul itu. Memandangkan aku ambik subjek ekstra untuk PMR tahun ini iaitu Bahasa Arab, jadi aku kenalah belajar lebih sikit. Aku tak nak sebab markah akhir tahun aku nampak macam okey, jadi aku tak yah belajar. Yelah, takut aku over confident tak hingat PMR dapat apa? Haprakk man!



 Lebih menjaga kata-kata
Mungkin aku kena kurangkan kata-kata bak laser aku kepas ini. Eh, mulut aku laser ke?



 Nak pandai masak (sikit-sikit pun jadilah)
Sebagai seorang perempuan, tak kiralah kau doktor kah, arkitek kah, polis kah, for sure satu hari nanti konfem kena masuk dapur jugak. Sebenarnya aku nak pandai masak bukan sebab dah terlalu fikir untuk masa depan, sebab nanti time lapar, aku boleh isi dengan makanan 'so special' yang aku buat sendiri, tak gitu?


well, doakan aku. InsyaAllah. Aku akan cuba sedaya upaya buat semua azam aku ini dengan tulang aku yang serba cute ini, ahaks.




Apa azam tahun baru korang? Apa pun azam yang korang nak buat itu boleh asalkan menuju ke arah perkara kebaikan.




Jom berubah daripada buruk kepada baik. Daripada baik kepada yang lebih baik.



p/s : terima kasih kepada semua followers kerana telah menambah angka 500+ followers untuk blog ini. Tiada anda, tiada blog ini agaknya. Eh, tiada aku pun tiada blog ini jugak. Hurm, apa pun, TERIMA KASIH. Aku tak tahu nak bagi apa selain ucapan terima kasih. Nah lagi satu, senyuman jarak jauh ;)


Sunday, November 20, 2011

Sekolah? Pintu pagar tu semua aku yang tolong tutupkan!

(abaikan tajuk over confident tak hengat)




Assalamualaikum,

LAST DAY SEKOLAH ialah hari yang ditunggu oleh kebanyakan pelajar-pelajar seluruh Malaysia tapi tak juga bagi pelajar tingkatan 5. Anda diminta sedar diri dan perlu berusaha sehingga cuti panjang yang telah ditetapkan okey? Padan muka abang aku! kahkah cett, tunggulah aku form 5 nanti.. erkk!



Ada penyampaian sijil pengetua. Itu aku, nampak tak muka? Jumpa kat pasar jangan tegur.






 (hadiah yang dapat) motif gambar saja bagi jeles ;)






  Setiap pertemuan ada perpisahan  



Tudung biru tu cikgu Shai. Jangan terkonpius plak mana satu cikgunya..


Hari last day 5 orang cikgu berkhidmat (yang pernah ajar aku) :-

<( *`ω´)~> Puan Anita (pernah kasi aku cekelat)
<( *`ω´)~> Puan Siti Shahliza
<( *`ω´)~> Puan Shaiha (Puan Shy)
<( *`ω´)~> Puan Zainab
<( *`ω´)~> Cik Farah

Beliau-beliau adalah cikgu-cikgu yang terbaik, terbest!
" Saya doakan cikgu semua sentiasa mendapat kesihatan yang baik, kebahagiaan dunia dan akhirat. Jangan lupakan saya, Jangan lupakan kami. InsyaAllah panjang umur, kita jumpa lagi ;') "





credit : Aina

untuk kawan-kawan sekelasku 2 KAA (2011),
" Kalau Allah masih memberi kita nyawa, InsyaAllah tahun depan 2012 kita sama kelas lagi.. Kita kena belajar sharing-sharing ilmu & harap dapat berjaya sama-sama untuk PMR. Ingat pesan cikgu Shai? "




School for 2011 is WAS over. 
Forever memory & history. Full of great stories.



Okay, Selamat Bercuti guys!
Isikan perkara manfaat, jauhi maksiat ! ;D



pssttt, sepatutnya post ini betul-betul publish pada 18 Nov 2011 (last day sekolah) dan aku memang nak bubuh gambar yang betul-betul punya tapi apakan daya manusia hanya mampu merancang, Allah yang tentukan, hekhek. 


Thursday, November 17, 2011

Ciskek, adik aku feymes!

PELAJAR SK Putrajaya Presint 8 (1), Nur Tikah Mohamad Tarmizi (depan) bersama rakan, Aisyah Hussain (kiri) dan Azizah Azizul gembira meraikan kejayaan memperoleh keputusan 5A Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
source : http://www.bharian.com.my/ (17/11/2011)


Ce teka mana adik aku? Untunglah adik~ Takpe, aku kan dah pernah keluar paper dulu.. Tak ingat? Kali ini kasi peluang kat adik aku pulak.. kehkeh~


TAHNIAH MY SISTER !
Like sisterlah katakan..


p/s : ayah aku pun dulu pernah masuk surat khabar. aku ni benda sikit nak heboh. Biaselah ku sedar ku bukan artis.. hekhek


erm, kau ado? Astaghfirullahaladzim, tak baik riak~

Tuesday, November 15, 2011

Pernah dengar perkataan "bersyukur" tak?





Assalamualaikum,

Hari ini aku terdetik nak share something dengan korang. Pernah tak kita dengar keluhan seakan-akan tak bersyukur? Atau kita sendiri yang mengeluh? So, renung-renungkanlah iya..


If you think you are unhappy… 



If you think your salary is low… 



If you think you don’t have many friends…



 When you feel like giving up …



If you think you suffer in life,
do you suffer as much as he does? 



If you complain about your transport system …



 
If your society is unfair …



Enjoy life, how it is, and as it comes
There are always those who are worse
off than we are.
 There are many things
in your life that will catch your eye, But
only a few will catch your heart…pursue those…
 

This post needs to circulate forever…












Credit @GellyRoll


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
[Surah Ibrahim 14:7]

nota selit menyelit :
Hari Khamis ni, InsyaAllah dapat duit. Rasanya semua budak sekolah dapat duit. Kut laa.. Siapa yang rasa-rasa konferm tak dapat itu, jangan jeles.. kehkehkeh.

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...