Sunday, February 17, 2013

The Longest Giveaway Ever by Ain

Assalamualaikum



Ceritanya begini. *tarik napas* I have a...



LOOO


Ooooooo



Ongggg



Long long long story for you.



Tapi dipendekkan cerita.
*tukar translation Melayu*
Pada zaman dahulu, ada seorang gadis yang tinggal di sebuah negeri yang kecil. Dia telah menerima surat jemputan untuk menyertai Giveaway yang dibuat oleh pihak istana.



Terkejut juga gadis tersebut apabila melihat gambar ini boleh bergerak. 
Bayangkan gambar bergerak di dalam surat. Zaman Harry Potter barangkali.



Gadis itu menyambung baca isi surat tersebut.


Le' Rules to Enter The Giveaway
 Buat 1 entry bertajuk:- "The Longest Giveaway Ever by Ain"
 Wajib tempek banner kuching diatas
 Wajib follow blog ni. dan SUNAT follow twitter 
 Wajib like fanpage ain. 
 Sunat Tag seberapa banyak yang boleh. Ada hadiah khas. *pastikan mereka tahu*
 Tinggalkan link entry bukan link blog di entry ini.

Sekali lagi, gadis tersebut kagum dengan surat ini. Sudahlah berkaler, gerak-gerak pula itu. Standard surat istana, agaknya.




Tarikh mula: sekarang
Tarikh tamat: 250 peserta atau 20 disember. pilih cepat!
Keputusan: 1-5 hari selepas tarikh tamat.
Le' Reward

1x EXCLUSIVE TOP
2x ACSSESORIES
1x CARDIGAN
5x HADIAH MISTERI
SEMUA PESERTA MENDAPAT 5% DISCOUNT DI ANSENEDA SHOP'S
*hadiah akan bertambah sentiasa*

Le' Prize Division

1. top refferal
2. tag terbanyak
3. entry kreatif
4. random.org





Setiausaha Istana, Raja Ulam Sulaiman Ismit Ali.

Please, give some tips on facing UPSR for our dear Princess, Ain. Your essay must not less than 50 words.


"Orang kata soalan UPSR ini kacang tanah masak sambal. Tapi ini ialah Peperiksaan Besar yang belum kita ambil sebelum ini. Jadi, perasaan itu macam takut. (I know it beacause I know :P) Buat latihan banyak-banyak terutamanya matematik atau subjek-subjek yang lemah. (Akak lemah Math dulu.) Banyakkan berdoa. Kalau ada tuisyen sila pergi. Jangan malas. Kurangkan online, ehem.

Dan, paling penting, sila hargai tahun terakhir anda di sekolah rendah. Anda tak akan dapat sambut 'Hari Kanak-Kanak' lagi selepas masuk ke Sekolah Menengah. Pastikan result gempak, so bolehlah masuk asrama yang dihajati. You can do it.! Gunbatte!"


Orang kata,


UPSR is nothing.
PMR is something.
SPM is everything. 
PBS is annoying.

*walaupun nanti dah tak ada PMR*




Gadis itu tersenyum. Dan pergi menuju ke Pejabat Pos untuk menghantar borang penyertaan ke pihak Istana. Sebelum itu, dia juga telah fotostat kad jemputan untuk kawannya yang lain iaitu :



*nama rekaan sendiri. Ampun ampun*



Thanks for reading. Feel free to join this Giveaway okay ;)
P/s : Jom join contest ini juga?




Benar tak benar tak tahulah,
Miss Xyz




Wednesday, February 13, 2013

Aisyah Shakirah contoh remaja Islam kini?

Assalamualaikum


Pernah dengar Aisyah Humaira', Aisyah Sinclair takpun Izara Aisyah?
But today, we are gonna talk about Aisyah Shakirah Suhaidi.

Aisyah who?
Aisyah Shakirah.





Mesti ramai yang dah kenalkan wanita ini? "Alah, dah tahu dah."
Jadi hari ini nak memperkenalkan seorang blogger, vlogger dan hamba Allah yang aku akui jauh lagi baik daripada aku. Pandai bercakap dan belajar jurusan undang-undang. UNDANG-UNDANG (law). Jangan main-main haa.



Biodata Aisyah Shakirah
Nama : Aisyah Shakirah Suhaidi
Tarikh lahir : 1 Oktober 1994
 Asal : Jitra, Kedah
*Tengok, birthday pun bulan sama bulan Oktober.*


Kebanyakan video-video dakwah dia dalam Bahasa Inggeris. Her English was very fluent. Kalau ada ujian oral, konferm dapat A+. Tapi jangan risau, dia letak subtitle dalam video dia bagi sesiapa yang agak kurang memahami English ni. Takpun yang setakat tahu, 'yes' 'no' 'yes' 'no'.



Aku haraplah, suatu hari nanti nak jadi macam dia. Berani berhujah dan berfikiran terbuka. Untungkan dia, ramai yang nak jadi macam dia. Bagi aku level confident dia tinggi. Berani nak berdepan dengan kamera dan jadi panel forum. Oh, akak ini pandai melukis tau. No wonder, dia hantar karya-karya dia dekat iluvislam.



Kak Aisyah Shakirah berforum semasa Maulidur Rasul.



*terbeliakface.jpg*




So, adakah lepas ini giliran Aisyah Azizul (aku) pula?
Krik. Krik. Krik. 



If you couldn't get enough information, so click these links :-

Someone's blog : http://fyqahismail.blogspot.com/2012/04/aisyah-shakirah.html
All picture credit to google and her official blog.


Aisyah Shakirah Blog Aisyah Shakirah twitter Aisyah Shakirah Biodata Aisyah Shakirah

Friday, February 8, 2013

Berlari dengan 'gembira'



Assalamualaikum


Orang kata ;
"Manusia tak boleh lari dari masalah." 


Agree. 
Tapi boleh lari time fun run.


Fun run itu kejadah apa? Fun run itu macam merentas desa.
Pagi tadi kat sekolah ada merentas desa a.k.a fun run. Trek yang lama dulu 3 km (untuk perempuan) telah ditukar kepada 5 km *sigh*. Jalan yang lama pun telah ditukar baru. Kalau aku jogging sorang-sorang tadi alamat sesatlah aku. Aku memang bab-bab ingat jalan ini agak fail. 



Sila gunakan ilmu geografi anda :P
(Laluan fun run terbaru)



*rewind*
Pengenalan trek (latihan fun run) hari itu hujan tau. Hujan bukan yang renyai-renyai malu-malu kucing. Hujan cats and dog kau tahu? Habis basah kuyup aku dengan kawan-kawan berlari di dalam hujan. Bila aku sampai sekolah semua dah macam 'gua baru terjun tasik, bro'. Aku pun dah keliru ini latihan fun run ke latihan kem tentera nak bagi ketahanan fizikal dan mental untuk generasi muda (barangkali). 


Yalah, kita hanya mampu rancang. Allah yang tentukan.
Kita ingat panas sampai ke petang, rupanya hujan di petang hari. Bak kata sab; fun rain pun kita kena redha. Pengalaman ;) 



"Ya, pengalaman. Bila lagi?" 


*Fast-forward*
So, Alhamdullilah aku target top 20 nak dapat nombor 15 tapi Allah bagi rezeki aku dapat nombor 9 untuk fun run. Bukan senang tahu nak lawan form 4 (sebaya dengan aku), form 5 dengan form 6. Tahun lepas agak senang sebab lawan dengan form 3 saja. 




P/s : Cuti raya Cina panjang. Seminggu! Boleh "belajar", "ulangkaji" dan "One Piece"



Ya, ya aku tak habis-habis cerita pasal sekolah. 
Nak buat camne tak masuk universiti lagi. 

Sunday, February 3, 2013

Kedudukan strategik untuk fokus dalam kelas atau dewan

Assalamualaikum

Dah bulan Februari! dah bulan Februari!
Pang! di pipi *jeritan dihentikan*


So, nampaknya dah bulan Februari *masih pegang pipi*. Maafkan homework aku kalau mereka terlalu banyak beranak hingga melahirkan generasi-generasi berlarutan 7 keturunan. Yang susahnya siaa..

Pang! di pipi lagi.
Itulah balasan orang yang mengarut.



Back to the main topic. Kedudukan atau posisi yang terbaik di dalam kelas atau dewan kampus.





Ustaz aku pernah kata, kalau nak cari tempat duduk, cari tempat yang macam ni, *sambil melukis di whiteboard*



Illuminati nih. Illuminati! *ai, nak kena tampar lagi ke? ;)*

Sabar-sabar. Hold your horses bak kata omputih.  Yang ini tidak ada kena mengena dengan illuminati. Jadi kalau nak cari tempat duduk, carilah berdasarkan triangle terbalik.



Haa, gitu.



Aku tak pasti sama ada scientists dah buat kajian pasal ni ke tak, tapi yang aku tahu nasihat atau tunjuk ajar yang baik dari seorang guru (ustaz aku) tak ada salahnya kalau nak ikut. Lagipun dia ini dah berpengalaman melancong ke pelbagai negara so mungkin, ilmu dia ini luas berbanding aku yang asyik melancong ke belakang rumah takpun kawasan sekolah aku.



And!
Saya cuma bagi salah satu cara nak fokus dalam kelas, tapi kalau diri sendiri tak fokus maafler den tak dapek nak membantunya!



Pangggg! Aduh.



Semoga bermanfaat ^^



Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...