Assalamualaikum and Salam Ceria!
Aku
suka sangat Oktober. Gadis Oktober. Oktober ialah bulan aku membesar. (aik?)
Maksudnya, bulan aku genap 18 tahun. Dah 4 bulan 14 hari aku di Unimas,
Kampus Timur. Macam-macam dah jadi, semua itu untuk mematangkan aku. Baik buruk
yang datang, Allah bawakan 1001 hikmah untuk kita. #quoteoftheday
Final exam dah nak dekat, tapi aku lagi teruja nak balik. Lagi
2 minggu lagi nak final exam, sama tarikh dengan hari first SPM (all the best
for SPM #selingan). Keputusan Sem 1 mungkin nampak macam remeh, tak penting,
mehmehmeh. Tapi, keputusan Sem 1 ni lah yang dia akan pilih untuk interview
Medic Unimas (3.5 dan ke atas). Aku sebenarnya masih tengah fikir lagi. Sama
ada aku betul-betul nak jadi doktor ataupun tak. Aku siap kabor ke mak aku yang
kalau aku tiada jodoh dengan doktor, maknanya tiada jodoh lagi aku dengan
Unimas sebab aku nak ambil bidang optometris.
Tapi itu pula halnya!
Kos optometris tak banyak kat university di Malaysia dah
satu hal.
Lepasan asasi unimas tak boleh masuk IPTA lain.
Yang ketiga, pilihan yang tinggal hanyalah masuk IPTS.
Keadaan
ekonomi sekarang memang tak mengizinkan sangat untuk aku masuk ke IPTS. Lagipun
next year mungkin aku akan masuk degree serentak dengan abang-abang aku.
Jadi –
Aku buat keputusan untuk buat je yang terbaik!
Biar Allah
saja tentukan ke mana aku selepas ini.
If you ever come to Sarawak, have a taste of Ais Krim Gula Apong.
Gambar ini gambar dari google je LOL.
Apapun,
aku nak cakap, Oktober bulan yang manis untuk aku (harap-harap sampai hujung
bulanlah berkekalan manisnya). Dari selesainya masalah ke hal usrah ke kejutan
dan ucapan birthday. Harap-harap Allah bagi Oktober ni yang indah-indah saja
please. Ehehe.
P/s : Tengah tiada suara~
Sabar eh belog,
bulan 11 aku update puas-puas ek.
All the best for exam guys ;)