Monday, October 31, 2011

Contest blog vintage dan special

Assalamualaikum you alls,

Ada sihatkah? Kalau ada, bersyukurlah kamu. Alhamdullilah~
Okay, semalam aku godek-godek entry yang kat dashboard. Budak seberang meja aku tag aku dalam contest blog vintage dan special ni. Aku tengok contest ni macam menarik je. Lagipun, blog aku dah ada dah style ala-ala hawaii eh, vintage.


Contest ni dibuat oleh dua orang manusia (takkan heiwan lak kan?) iaitu Farahin & Fadlin.

Aku try je nasib. Menang ke tak itu adat permainan ;)

ohh ya, ini pun aku join last minute. Really really nak join contest ni. Tarikh tamat hari ini. Tak taulah aku ini dikira discualified ke tidak. Harap-harap taklah..


p/s : aku minta diri dulu tau...

Friday, October 28, 2011

Kita akan dapat hasil selepas kita BERUSAHA.

Assalamualaikum,
ada kaitan dengan entri berjela ni.

Peribahasa pernah mengata-ngata ;
"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyai pun"
Kalau tak berusaha, manakan dapat hasilnya.


Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah. <3 (apa jadah aku bubuh love ni?)

Secara officialnya Pertandingan Kawad Peringkat Negeri sudah tamat & dah dapat keputusannya. Keputusan dah umum hari Selasa. Tetapi, aku sengaja lambat nak umumkan sikit. Keputusannya agak memuaskan, kitaorang dapat nombor TIGA. Tiga je? Okaylah, sekurang-kurangnya hasil kitaorang selama ini takdelah sia-sia.

Terima kasih kepada ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan yang bekerjasama dengan aku, dan guru-guru terutamanya yang sanggup berkorban masa, tenaga, wang dan air liur EMAS cikgu yang tak ternilai tu haa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak secara langsung {cehh, macam dah menang Olimpik plak.

Kawad memang ada banyak risiko. Risiko hitam, risiko pengsan, risiko sakit dan risiko penat. Tetapi risiko itu apalah sangat.

Tujuan post ini bukan nak MENUNJUK-NUNJUK tetapi nak bagi semangat kepada anda-anda supaya berusaha. Dan bagi semangat supaya korang berminat nak join mana-mana aktiviti kawad ;]


p/s : Hari Senin ni ada penyampaian hadiah. Nak tengok piala kita tak? Uish, mana boleh~

Sunday, October 23, 2011

Relaku berkawad

Assalamualaikum dan salam cerious,

--- Pembaca post ini memerlukan kesabaran dan ketekunan ---

Hari Sabtu ni, aku terpaksa mengorbankan masa cuti emasku dengan berlatih kawad kat sekolah. Takyah cakaplah macam mana feel dia sebab aku terpaksa tinggalkan bantal dan game aku semata-mata nak berkawad, BERKAWAD.

Aku berkawad LUAR BIASA sekali. Sangat luar biasa. Berbeza dengan kawad yang aku pernah masuk sebelum ini. Yelah, dulu kawad yang aku masuk kawad cincai a.k.a taik-taik ayam.

Apa yang luar biasanya?

Sorry ek, gambar ni dilukis oleh budak tadika TAK BERTAULIAH. Serius malas nak lukis cantik-cantik. Eh, aku kan tak reti lukis cantik? :O

1. Okay, untuk pertama kalinya, terulung kalinya. Aku berkawad bersama-sama PEREMPUAN. Kategori perempuan. Nasib baik perempuan tak ada yang GEDIKS GEDIKS. 

2. Pakai kasut ladam. Tak pernah pakai lagi sebelum ini. Nak tau feeling pakai kasut yang 'special' ini? Try sendiri maa..

3. Mungkin gambar yang ketiga ini korang tak ada idea apakebenda aku lukis tu kan?

Macam ini..
Bila kitaorang try test pakai kasut ladam dan berkawad, ada yang hentak kaki tak sama, apalah.. blaa3. Jadi cikgu yang ajar kawad (panggil cikgu bomba jelah senang) suruh kitaorang :

- ikat tali kasut dua-dua belah kasut ladam.
- gantung dekat belakang leher
- lepas itu, kawad dengan kasut ladam tergantung kat belakang leher
(aku kepit kat ketiak kasi lebih wangi kasut tuh! Muahaha!)

Dahlah busuk, berat pulak tuh. Hailaa, tahan jelah ;) Dugaan~

4. ***Pink = Ladies / Blue = Boys***
Haa, yang ini aku suka. Ye ke suka? Erm, sikit.
Best sebab main air dengan lumpur lecak tanah. Gabungan nescafe 3 dalam 1 tuh.

Cikgu bomba suruh kitaorang bukak kasut a.k.a kaki ayam (hakikatnya kaki aku kaki manusia) dan cikgu suruh kitaorang berkawad tanpa kasut dekat atas padang yang penuh "nescafe 3 dalam 1".

Budak lelaki berdiri belakang perempuan sebab perempuan punya kawad lebih bagus jadi cikgu kiranya nak jadikan kitaorang ini panduan gitulah.

Kau bayangkan budak lelaki SENGAJA hentak kaki kuat-kuat kasi percik-percik kat orang lain. Diorang main-main time kawad sampai entah keseribu keselatut kali kena ulang semula. Habis baju aku T^T. Haih, nasib kau ini laki kalau tak dah lama aku lempang.

------------------------------
Time balik aku suka. Boleh rehat kat rumah. Lepas itu, cikgu Anita offer tumpang. Rezeki jangan ditolak beb. Lagipun kalau tunggu lambat, lambat aku dapat tidur. lalala~



Doakan Aku & Mereka berjaya dalam pertandingan kawad hari Selasa ini tau ;)
korang kan baik.. aku bodek ni..




Okay, bunyi post ini macam aku ngada-ngada je kan? Tak adalah. Cuma share pengalaman. Aku tau korang punya pengalaman kawad lagi mencabar lagi advancedkan? Kalau ada ceritalah sikit. Nak tau jugak ohh..

Friday, October 21, 2011

Aku telah kembali...

Assalamualaikum and salam ceria... ^^


I'm back people! Alhamdullilah.
Rindu nak post kat blog ni. Nak blogwalking. Lama sangat aku tak berblogwalking. Selama aku privatekan cuma aku post entry. Tapi of courselah mana ada orang baca entry private blogkan?

Ada orang tu rindu kat blog aku? Betul ke? Perasannya haku.. ptuih XD

Sorry, lambat unprivate balik. Yelah, orang berkawadkan penat.. Sepatutnya aku dah unprivate blog ini dah lama dah bila habis terus Peperiksaan Akhir Tahun tapi asyik ada latihan kawad. Balik pun penat. Jadi, hari ini jelah sempat.. hehe ^^

p/s : Post ini ialah post yang ke-selatut! Kasi tepukan sikit maa? 

Saturday, October 15, 2011

novelog aku yang pertama

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak umumkan yang aku dah ada novelog. First time aku buat ni. Tapi aku rasa novelog aku punya design lagi gempak daripada aku punya. Tapi takpe.. Tak kesahlah kan.

Ohh ya? Nak visit tak?

Click*

Do read, kalau rajin, do follow.

Coding dalam blog novelog aku, dapat daripada blogskins. Aku sebenarnya still newbie lagi dalam coding-coding ni. Jadi, tak reti sangat.

Kalau cerita aku tak best, tak pelah. Nak buat lagumana dah takde bakat kan.
Okay, Assalamualaikum ^^

Friday, October 14, 2011

Urat Tersimpul

Assalamualaikum semua,

Exam Math esok. Math takyah cakaplah wey, aku ni lemah sikit bab-bab mengira. Dengan otak aku yang dah berkarat sebab dah lama tak gunakan untuk math. Slow je buat kiraan.

Bila tak dapat jawapan. Aku dah rasa fed-up. Tapi aku ingat kata-kata ini :

"Orang yang lemah ialah orang yang MUDAH PUTUS ASA"


So, aku gigih gigihkan jugak even aku tak tau. Aku cuba banyak kali. Time ni aku tengah nak relax jap. Kepala otak aku cam pening sikit so, tengah stabilkanlah ini. Aku tengok kat fb, classmate aku semua tak online. Belajar math kut?

Semalam, aku and family aku makan ikan bakar sempena Birthday aku. Sedap. yums yums :3

Matang ke ni?

Assalamualaikum.


Hari ini, cukuplah segenap aku berumur 14 tahun. 14 tahun aku hidup, tapi aku rasa tempoh itu masih tak cukup untuk aku faham segala benda segenap sudut tentang life ini. Aku ni budak mentah lagi. Tawar pulak tuh. Jadi aku nak maniskan dengan ilmu. Antaranya, ilmu agama.

Itu yang pertama.

Kadang-kadang aku terfikir, siapa yang sebenarnya yang layak terima ucapan "Happy Birthday" or nak lebih rockk sikit "Hepi Bezzdayz". Aku kena terima kasih kat kedua-dua parents ku yang tercinta sebab sanggup jaga aku dari kecik comel sampai besar bolat. Aku bulat ke? hehe.

Apa-apa pun, aku nak ucap terima kasih kat semua wishers. Kebanyakan wishers itu datang daripada fb.

Zaman dah berubah, dunia dah maju ye dak?


Ada tu siap kasi aku kad lagi. Kemain comel siap ada teddy bear gantung-gantung joget-joget. Yelah, aku ni nampak cam budak-budak layaklah kan dapat hadiah camtu. Thanks cuttiest =]

Ada yang lagi hebatt,
Siap mempostkan entry pendek teristimewa kononya hanya untuk ku. Ohhh terharunyaaa.

Jaga hubungan baik kita dengan manusia, Jaga hubungan baik dengan Allah juga.
Itu sahaja warkah daripada ku,
Ehhh, copp!

Apasal aku tetibe jadi wanita melayu terakhir ni? Pelik bin Ajaib! Anyway, again to all the wishers, terima kasih tau! Jasamu kan ku kenang. Tak pernah lagi dapat wish sebanyak itu. Camnelah life orang artis kalau sampai birthday dia O.O

Yeah, Happy Birthday to me *~* Syok tau, syok sendiri nih.. Patut try!

Thursday, October 13, 2011

Kan ku kejar!

Assalamualaikum,

Tak sabarnya nak esok.. Why? Why? Tomorrow is my birthday. Hari jadi aku tu.. rasa macam nak tua pulek. Tua-tua pun orang ingat aku ni still sekolah rendah! muehehe! Awet muda lorh..

Oh ye, esok ada periksa Arab. Aku tak start belajar lagi ni. Jom belajar Arab?


p/s : Tadi kan kan, aku kena kejarkan bas. Nasib baikkan bas tukan berhentikan. huhu. Maluunyaa. cehh, sejak bila aku ni? Dira gelakkan orang je tau. huahuahua

Monday, October 10, 2011

Nikmat tuh, jangan lupa!

Assalamualaikum,
Amacam sihat? Aku, alhamdullilah sihat. Bersyukur sebab Allah masih berikan aku nikmat kesihatan kepada aku.

Nikmat kesihatan ni kita kena hargai, takkan kita nak baru nak hargai selepas kita sakit.

Ingat 5 perkara, sebelum lima perkara :-

# MUDA sebelum TUA
# KAYA sebelum MISKIN
# LAPANG sebelum SIBUK
# HIDUP sebelum MATI
# SIHAT sebelum SAKIT

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)



Renung-renungkanlah dan selamat beramal. Sesama lah kita share ilmu & beri peringatan okey?

p/s : Harap-harap aku insaf & tak buang masa dengan perkara sia-sia.

Saturday, October 8, 2011

#Facty

Assalamualaikum, yo! lama sudah aku tak update pasal fact + reality = facty.

#Facty 5

Saat paling 'awkward' ketika seesorang tu tenung kita. Lama-lama.

memang betul-betul terjadi kat aku tadi. Nasib baik dia budak kecik, mungkin dia suka tengok aku yang kiut ni kut? Uweikkss. haha XD

Rindu nak buka blog ni balik..

Assalmaualaikum,

#Facty

Aku R I N D U nak bukak blog ni balik.

Tapi, aku dah janji, after final exam baru buka. Rindu nak blogwalking. Tapi takpe, InsyaAllah, after exam kut.. huhu ;)

Chao, dulu! Rasa malas pulak nak bersenam pagi ni, dah pukul 9 lebih dah. Panaslah pulak.

Thursday, October 6, 2011

Kawad jom?

Assalamualaikum,

Hari ni, ada latihan kawad. Ye, aku masuk kawad. Semua pelajar girls kat kelas aku masuk kawad. Entah nightmare apa sampai semuanya masuk O.O

Diorang kan, kalau ada kawad petang tadi bukan nak inform awal-awal kat aku. Kesian aku. Pastu, diorang suruh DATANG gak petang ni even tak pakai baju sukan sekolah.

Kau gila nak kawad pakai baju kurung sekolah?

Of course, aku tak kawad. Aku just see and learn jelah. Aku rasa kawad ni berbeza sikit daripada kawad yang selalu aku join. Padehel aku bukan selalu sangat masuk kawad. Asal kawad je, menggelat. he he +.+

Nasib baik aku ada rakan senasib, iaitu Rai. Patutlah dia beria-ria ajak aku stay-back.


p/s : ada orang tu sakan suruh aku datang petang tadi. Aku tengok petang tadi dia tadek. huhhhh, ada orang kata dia saket perut. Nak terberak ke wey? Jahatnya aku.. Takdelah gurau-gurau SAHAJA. Jangan marah-marah haa, tua baru tau.


Thanks sesiapa yang terjumpa entry ni and terbaca. Sebab time aku tulis ni, aku tengah privatekan blog tapi aku still post entry ni. Tanpa segan silu, anda bolehlah campak komen anda kat bawah yer ;) wassalamualaikum!

Wednesday, October 5, 2011

Kesian kena amnes.

Asslamualaikum,
Sekarang ni musim orang nak study hard-die. Aku tengok kiri kanan atas bawah kat facebook aku semua cerita pasal PERIKSA PERIKSA P E R I K S A.

Aku rasa perkataan tu, semua orang fobia. Aku kan, kalau nak exam, aku rasa aku dah jadi semacam terkena penyakit amnesia. Aku banyak lupa formulae Math, experiment shiense, definisi2 agama, istilah2 kh, pengalaman2 sejarah.............. amnes sudah.


OKAY! TIME to I N G A T kan balik segala memori 'indah' aku bersama pelajaranku yang terchenta. eceh, sarkastik betul ayat. Sarkastik tu apa? Google translate kan adoo :p

Tuesday, October 4, 2011

Sudahle nasib nak buat camne...

Asslamualaikum,

Baru balik dari sekolah ni haa.. Baru habis exam kertas BM dengan PJK. Nasib PJK senang, pergh, PJK tu tak penting pun. Tak caye? Tanya semua budak kat sekolah aku. Tak taulah kalau kat sekolah korang kann. BM boleh tahanlah, tak shushah sangat. Ayat serupa shisha.

Exam akan didelayed and dibawa ke hadapan.


Bagusnya, aku boleh belajar. ("belajar")

Tak bestnya, tempoh exam makin lambat, sure adik aku gelakkan aku guling-guling. Ada aku kesah? Lagi satu.. exam sepatutnya HABIS SEBELUM BIRTHDAY aku. Tapi apa kebagus sangat nasib, exam time BIRTHDAY aku? No wayyy man. Tak pernah lagi dalam sejarah, aku stress time birthday aku. Sampai je tarikh birthday aku, aku rasa GUMBIRA walaupun aku rasa aku dah makin tua. Tua ke aku? -.-"?

Semalam pulak, doktor ketatkan besi kat applians aku. Sakit woouuu. Sebenarnya petang ni ada kelas KKQ. Tapi sebab gigi aku rasa tertekan and sakit sangat, tu yang aku tak datang tu. huhu. dahlah hari ni bincang apa yang nak masuk exam.

Tapi takpe.. aku dah tugaskan kawan aku yang tersangatlah amanah tolong catitkan apa yang masuk or apa-apa yang patut. Really counting on her.





okaylah FINE. Aku cuma nak lepaskan apa yang dibukukan di dalam dada je. Aku nak makanlah, lapoorrr bebenor. Pastu, nak "belajar". Oh ye, guys. Kerja kayu KH aku dapat dah markah nak tau? RAHSIA antara kita :p

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...