Sunday, October 23, 2011

Relaku berkawad

Assalamualaikum dan salam cerious,

--- Pembaca post ini memerlukan kesabaran dan ketekunan ---

Hari Sabtu ni, aku terpaksa mengorbankan masa cuti emasku dengan berlatih kawad kat sekolah. Takyah cakaplah macam mana feel dia sebab aku terpaksa tinggalkan bantal dan game aku semata-mata nak berkawad, BERKAWAD.

Aku berkawad LUAR BIASA sekali. Sangat luar biasa. Berbeza dengan kawad yang aku pernah masuk sebelum ini. Yelah, dulu kawad yang aku masuk kawad cincai a.k.a taik-taik ayam.

Apa yang luar biasanya?

Sorry ek, gambar ni dilukis oleh budak tadika TAK BERTAULIAH. Serius malas nak lukis cantik-cantik. Eh, aku kan tak reti lukis cantik? :O

1. Okay, untuk pertama kalinya, terulung kalinya. Aku berkawad bersama-sama PEREMPUAN. Kategori perempuan. Nasib baik perempuan tak ada yang GEDIKS GEDIKS. 

2. Pakai kasut ladam. Tak pernah pakai lagi sebelum ini. Nak tau feeling pakai kasut yang 'special' ini? Try sendiri maa..

3. Mungkin gambar yang ketiga ini korang tak ada idea apakebenda aku lukis tu kan?

Macam ini..
Bila kitaorang try test pakai kasut ladam dan berkawad, ada yang hentak kaki tak sama, apalah.. blaa3. Jadi cikgu yang ajar kawad (panggil cikgu bomba jelah senang) suruh kitaorang :

- ikat tali kasut dua-dua belah kasut ladam.
- gantung dekat belakang leher
- lepas itu, kawad dengan kasut ladam tergantung kat belakang leher
(aku kepit kat ketiak kasi lebih wangi kasut tuh! Muahaha!)

Dahlah busuk, berat pulak tuh. Hailaa, tahan jelah ;) Dugaan~

4. ***Pink = Ladies / Blue = Boys***
Haa, yang ini aku suka. Ye ke suka? Erm, sikit.
Best sebab main air dengan lumpur lecak tanah. Gabungan nescafe 3 dalam 1 tuh.

Cikgu bomba suruh kitaorang bukak kasut a.k.a kaki ayam (hakikatnya kaki aku kaki manusia) dan cikgu suruh kitaorang berkawad tanpa kasut dekat atas padang yang penuh "nescafe 3 dalam 1".

Budak lelaki berdiri belakang perempuan sebab perempuan punya kawad lebih bagus jadi cikgu kiranya nak jadikan kitaorang ini panduan gitulah.

Kau bayangkan budak lelaki SENGAJA hentak kaki kuat-kuat kasi percik-percik kat orang lain. Diorang main-main time kawad sampai entah keseribu keselatut kali kena ulang semula. Habis baju aku T^T. Haih, nasib kau ini laki kalau tak dah lama aku lempang.

------------------------------
Time balik aku suka. Boleh rehat kat rumah. Lepas itu, cikgu Anita offer tumpang. Rezeki jangan ditolak beb. Lagipun kalau tunggu lambat, lambat aku dapat tidur. lalala~



Doakan Aku & Mereka berjaya dalam pertandingan kawad hari Selasa ini tau ;)
korang kan baik.. aku bodek ni..




Okay, bunyi post ini macam aku ngada-ngada je kan? Tak adalah. Cuma share pengalaman. Aku tau korang punya pengalaman kawad lagi mencabar lagi advancedkan? Kalau ada ceritalah sikit. Nak tau jugak ohh..

14 comments:

  1. hahaha~ pengalaman kawad yang SEMESTINYA tidak akan lupakan.bETUL TAK Miss? btw, cantik gambar kau. Aku suka bebeno yang no 3 dan nombor 4 tuh.Membangkitkan kenangan "MANIS".

    ReplyDelete
  2. banyak bobonor new post hang . aku komen yg nie jelah yek ? hihi :3 btw , kesiann korang kena kerah . hahahahhahaha (gelak 50% je kejam )

    ReplyDelete
  3. @amirahyusoff
    yeah, pnglmn kawad mmg manis yo!

    @sab
    berusaha dulu bru boleh dpt hsil :p

    @Addin
    anti-kawad? ayoyoyo! xpe xpe..

    ReplyDelete
  4. dulu memang ezzat minat giler berkawad. tapi skrg bile pindah duk sekolah harian, bakat kawad tu takde yg nak cungkil. so lama-kelamaan kepakaran kawad ezzat ni dah hilang. huh.

    p/s:teringin nak pandai berkawad semula.sedih kot tgok kawan2 yg lain pandai berkawad :(

    tolongg ajar saya! hahaha

    ReplyDelete
  5. panjangnya haha

    *nampak sangat aku x baca . err

    ReplyDelete
  6. @Ezzattie
    xkn skolh harian x de kawad kut? nk sye ajar? sye pun bknnya master sgt.. ahaha XD

    @Umie Antoqiemi
    saya sedar siapa saya. manusia biasa. pergh, x nk bce pun xpe.. x marahlaaa ;}

    ReplyDelete
  7. @RJ Beena
    trima ksih jln2.. tp lbih baik tulis bnde ni kat shoutbox ok? xpe xpe.. dimaafkn ;)

    @nieysa:)
    ni mesti kes xnk kulit jdi hitam ni.. kawad bestlaa awok.. ptut try. nghee ^^

    ReplyDelete
  8. kawad betul2.. hafal step okeng.. ke kanan, ke kanan dalam tiga barisan pusing..Aku sangat suka kawad waktu sekolah dulu..haha. rindunyaa nak kawad lagi.

    ReplyDelete
  9. @Umie
    baik bos! sye dh hbis kawad dh.. ble dh hbis kawad rindu kn nak kwad blik? huhu

    ReplyDelete
  10. oh god!dulu pun org ade kawad2 jgak tau.menang tempat ke2.hehe

    ReplyDelete
  11. @Miss A
    kawad mmg best... tmpt ke-2? lgi terer drpd sye.. ;D

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...