Tuesday, November 26, 2013

Review buku Rasulullah is My Doctor (ohsyem tak hengat)

Assalamualaikum
Heyyo, kabare?

Kepada peminat-peminat drama Korea yang tegar mesti dah tonton cerita Good Doctor. Tapi, betul ke semua doktor ini good? dah jalankan kerja dengan baik? Betul ke semua ubat kimia bagus untuk kesihatan kita? Masih ada ke maklumat yang doktor sorok takpun lupa nak beritahu kita semua?

So, ada yang lebih lebih hebat daripada Park Shion!
Ya, itulah Rasulullah s.a.w 




Memperkenalkan buku fakta pasal kesihatan yang favourited all the time!



Tengok cover buku dan tajuk dah buatkan anda tergila-gila nak beli, hmm.






Bukan setakat ada maklumat je, gambar kaler-kaler berinformasi tinggi pun ada. Kiranya kalau korang jenis tak suka baca fakta berjela-jela tak ada gambar menarik, mesti terus minat nak beli buku ini. 




Kandungan 


Bagi pemakai cermin mata yang dah mula "benci, benci, benci" pakai spek mata, memang patutlah baca buku ini. Ada ajar tentang terapi penglihatan mata. Betul ke selama ini kita pakai spek mata, mata kita bertambah baik? Tanya soalan itu balik pada diri. 




Harga & details

Semenanjung Malaysia : RM25.00
Sabah/Sarawak             : RM28.00
Muka surat                    : 280
Penulis                          : Jerry D. Gray



Penulis
Penulis dia mula-mula terkejut jugak, "eh orang Inggeris yang tulis?" Rupa-rupanya dia telah memeluk agama Islam. Dia dulu bekas Tentera Udara Amerika Syarikat. Dia ada banyak tulis buku-buku menarik yang lain. Nak tahu lagi? Apa lagi, belilah buku ini. 





Overall, buku ini memang terbaik! Tak tipu. Tip top. 

10/10




Untuk non-muslim pun boleh beli, untuk tambah pengetahuan tentang rahsia kesihatan IslamKita asyik beli novel cinta, bila lagi kita nak beli buku yang buatkan kita cinta Rasulullah s.a.w? 
Apa lagi? Beli segera!



Buku Rasulullah is my doctor, best ke membaca, buku terbaik, novel cinta, good doctor, Jerry D. Gray, Rahsia kesihatan Islam, makanan sunnah, sunnah Rasulullah, kesihatan, kimia berbahaya, mualaf, buku fakta menarik, best sangat, patut beli, PTS Islamika, beli buku online, ulat buku, doktor, cita-cita,buku murah saja




Saturday, November 2, 2013

Asyik hujan je, mana pelangi?




"Argh, markah periksa aku teruk" Hentak kepala ke dinding.
"Tak guna punya kawan, tikam belakang!" Masam tak bertegur.
"Kerja keras tapi gaji sikit!" Geram.


Takpun lepas satu masalah, timbul satu lagi masalah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lemas dalam lautan masalah. Sampai satu tahap, rasa fed-up itu menggunung dan kita mula mempersoalkan kenapa-kenapa-kenapa dan kalaulah.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
(Surah Al-Baqarah Ayat 30)



Dalam ayat Al-Quran ini Allah terangkan dengan jelas yang Allah tahu apa yang kamu tak tahu. Kita mungkin kata, "ohh Tuhan tak sayangkan aku, jadi aku punya masalah bertimbun tak pernah selesai. Terabai." Allah bagi ujian untuk kita kembali pada Dia, rayu pertolongan.

Allah tahu kalau kau terlepas sesuatu, terhilang sesuatu, tergagal sesuatu Allah akan gantikan dengan lebih baik.


Jadi,
Pelangi itu mungkin bukan di sini,
Mungkin bukan sekarang,
Tapi nun di sana,
Jangan berhenti,
Jangan mengalah,
Pencipta pelangi,
Akan kirimkan nanti ;) 


(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Surah Al-Baqarah ayat 112)






Pencipta pelangi takkan mungkin mungkir janji, percayalah.

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...