Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu sapa, di mana dan kalau dah jumpa tu, berapa lama jodoh itu dapat berkekalan.
Sejak ada threads ni, aku banyak baca kisah kisah camne seorang lelaki akhirnya berkahwin dengan wanita (yela takkan gay). Ada yang kahwin dengan kawan sejak kecil, ada yang kahwin dengan orang jumpa kat dating apps / social media, ada yang kahwin kenal kat tempat kerja, ada yang kahwin sebab insiden-insiden yang tetiba berlaku: accident apa semua.
Tak kurang jugak dengan kisah-kisah sedih, curang suami isteri, kisah penyondol, kisah artis cerai yang netizen lagi banyak komen and masuk campur dari statement artis tu sendiri. Macam kita cakap, jodoh itu rahsia, termasuklah berapa lama ia berkekalan. Ada jugak thread untuk cari jodoh. Semoga yang sedang mencari itu dipermudahkan urusan berjumpa jodoh yang baik & muslim sejati. Ada yang dah give up & kekal chill je malas nak cari dah tu, semoga Allah berikan pasangan terbaik kat syurga nanti InsyaAllah
Mesti cam, amenda do kaitan tajuk songket moment dengan aku membebel dari tadi. Takdelah, aku saja nak kaitkan trend igstory dengan blog post nak cakap pasal jodoh 😂 Doakan semoga jodoh aku dengan suami berkekalan sampai syurga selagi mana Allah izikan aamiin.
Nak belanja 1 songket moment boleh 🤣
#AiAmMarried hashtag belah aku
#AmAiMarried hashtag belah suami

No comments:
Post a Comment
Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)
"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.
(3 komen terawal akan di-reply)