Assalamualaikum dan salam ceria!
Saat ini, saya tengah menunaikan janji nak update masa cuti sem ni walaupun sedikit lambat. So, seperti yang sebahagian yang tahu, aku sambung belajar ke Sarawak masa Julai lepas. Kiranya dah beberapa bulan aku duduk Sarawak dan sangat imposible untuk aku balik ke Semenanjung setiap kali appoinment memandangkan klinik kerajaan buka masa hari kerja je, dan weekdays ialah hari kuliah aku.
Ye, asasi kuliah setiap hari. Macam matriks.
(Saya sangat jeles dengan diploma ahaha)
Google maps banyak membantu ;')
Dan mobile data juga ahaha
Di sini aku nak cerita pengalaman aku cari klinik kerajaan masa kat Sarawak. Nope nope, bukan macam korang bayangkan naik sampan ke apa ke. Naik kereta uolls, Dan, boleh dikatakan klinik kerajaan kat Sarawak is suprisingly a lot.
Dan... tak dinafikan banyak duit aku habis untuk bayar kereta sewa.
"ain't about the money money money" heh.
Mula-mula, aku pergi
Klinik kerajaan Jalan Masjid, dekat dengan Plaza Merdeka,
Kuching. Pergi-pergi sekali diorang kata doktor pakar dah pindah ke Petra Jaya, (info : Kalau braces memang akan jumpa doktor pakar ortodontik, bukan doktor gigi biasa).
Dan nurse yang jaga kaunter cadangkan aku pergi Tanah Puteh atau Petra Jaya. Tapi memandangkan masa itu dah pukul 3.00 petang camtu, aku buat keputusan untuk ke Tanah Puteh. Cuba nasib. Sebab kalau nak ke Petra Jaya dari Kuching ambil masa 30 - 45 minit.
Klinik kerajaan ada masa tutup dia. So, tak sesuai ke Petra Jaya.
Sekali bila sampai dekat
Klinik kerajaan Tanah Puteh (tak jauh sangat dari Klinik kerajaan Jalan Masjid), nurse kata doktor dah pindah ke Klinik Petra Jaya. Alangkah sedihnya aku. Uhuhu. Tak pasal-pasal hari itu aku traveling klinik kerajaan.
Klinik kerajaan sekitar Kuching
Summary perjalanan aku :
- Hari sama -
1. Klinik Kesihatan Jalan Masjid
2. Klinik Kesihatan Tanah Puteh
- Hari berlainan -
3. Klinik Kesihatan Petra Jaya
Klinik kesihatan Petra Jaya is so beautiful I tell you. Mungkin sebab baru dibina, Ada aura modern temporary. Klinik kesihatan kerajaan yang paling cantik aku pernah pergi.
Klinik Pergigian
Klinik ini kat tingkat atas. So, kena naik lif, Ye, ada lif, Aircond. Selalunya klinik pergigian kat klinik kesihatan kerajaan kat tingkat atas. (Pemerhatian setelah pergi ke beberapa klinik kesihatan LOL).
Akhirnya, aku dapat set appoinment, dan dah pergi pun appoinment gigi masa haritu. Lepas cuti sem, kena pergi appoinment lagi kat situ. Kalau kes aku, doktor kat klinik Seri Kembangan refer kan aku ke Sarawak. Doktor akan bagi :
1. Surat dan case study
2. Model gigi
Dan, macam biasa klinik kerajaan selalu mintak :
1. Goverment letter (GL) dari mak ayah yang kerja kerajaan
2. Surat pengesahan dari sekolah / universiti (tempat belajar)
Harap dapat membantu sesiapa diluar sana yang ada masalah sama macam saya.
Dan, harap dapat tambah pengetahuan baru.
P/s : Maaf kalau saya tak dapat jawab semua pertanyaan pasal braces. Saya tak tahu banyak sangat sebenarnya. Semua ini berdasarkan pengalaman sendiri saja, ehehe.
/
Related posts :
Braces diary : Cabut gigi
Braces diary : Pakai braces
Braces diary : Only people with braces will understand