Thursday, December 24, 2015

2015 : What a year!

#Edisi-hitam-putih #Edisi-tanpa-gambar


Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul!


        Dah selawat? Jom jap?
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad, wa a'la sayyidina Muhammad.


Fuh fuh fuh, alhamdulillah.
Tinggal baki beberapa hari saja lagi nak menuju 2016, aku masih lagi dalam keadaan tak boleh terima kenyataan yang aku akan menuju ke arah kedewasaan. Atau maybe, young adult. Ke belum lagi? ke aku masih rebellious teenager?


Ini adalah fasa-fasa aku semasa tahun 2015.


January - May
       Ini adalah fasa 'lifeless', fasa yang aku menghabiskan banyak masa di rumah, dalam bilik menjadi vampire, menjadi ummah yang tak menjana bangsa, sambil-sambil itu aku mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes online. Waktu ini, tak perlu kira berapa banyak drama / movie / anime yang aku dah tengok. Dari Korea ke Jepun ke Melayu ke English ke Thailand. Masa ini jugak aku asyik keluar dengan gegirls lain untuk main ice skating.

Dan, fasa ini fasa aku tension sebab tak tahu nak belajar kat mana. Seriously, korang yang dah habis SPM nanti taulah rasa dia camne. Rasa macam kau risau sangat masa depan kau.


June - July
       Mula masuk belajar. Mula kenal orang dari seluruh pelusuk negeri. Yelah. sebelum ini, aku dari tadika ke sekolah menengah kat area sama je. Tak berkembang langsung ahaha. Mula kenal usrah dan tarbiyyah. Aku mula mengenal negeri bumi kenyalang dan bahasa-bahasanya. Walaupun sikit, tapi adalah jugak tambah vocab kamek dalam kelakar (cakap) Sarawak.


July - November
Dah mula dah busy, tapi ada jugak jalan-jalan kat Sarawak dan pergi appoinment gigi. Mula kenal rasa macam mana berpuasa jauh dari keluarga dan camne nak handle masalah besar tanpa merisaukan orang lain. Dah kenal rasa kesunyian masa hari raya korban dalam bilik makan biskut kering dan baring atas katil cuba untuk mimpi perkara yang indah. Fuhh, awal bulan November akhirnya aku pulang sebulan ke rumah untuk cuti semester 1.


Sedar-sedar dah Disember guys!
Aku pun datanglah ke Sarawak semula , untuk mula semester 2.


Summary untuk 2015,

2015 bagi aku peluang dan pengalaman yang sebelum ini aku takde. Dan, Allah bagi peluang untuk aku membesar tahun ini. Membesar dari segi kematangan mental, kalau dari segi fizikal nampaknya, badan aku dah mula berhenti proses pembesaran.




Q : So, how's your 2015?


8 comments:

  1. july-november tu lebih kurang samalah kita, hhahaha. rasa rindu pulak bila ingat balik memori2 2015 ni. dah hampir sampai ke penghujung dah. memang tahun ni banyak mengajar saya utk jadi lebih matang :)

    ReplyDelete
  2. Jadi macam risau pulak nanti bila dah habis sekolah. Mesti rindu dengan family.. Huhu.. Saya dah la tak pernah berjauhan dengan family. T.T

    ReplyDelete
  3. rajin-rajin pergi usrah ya dik. hehe good luck in semester 2 !

    ReplyDelete
  4. Haha. Tahun 2015 mmg mencabar. belajar add math mmg heaven haha.
    All the best next year. Fighting :)

    ReplyDelete
  5. Faham sangat macam mana perasaan January-May tu.

    ReplyDelete
  6. memang bosan gila pon fasa bulan januari-may tu xD Rasa macam zombie je, dah la tak ada kerja, jadual tidur pon jadi tak tetap. Hmmm,mcam tak percaya je 2015 dah hampir nk berlalu dan yang bulan depan saya dah 19 tahun, dah besar dah T_T

    ReplyDelete
  7. happy new year 2016 ! :D

    Jemput singgah blog.

    ReplyDelete
  8. Next year lah baru list achievement by month ni ehehe. Malas pulak nak recall huhuhuuuu TT_TT

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...