Assalamualaikum & Salam ceriaa
Yay, dah tukar header baru!
Harini aku nak share beauty products yang aku teringin nak cuba. Dan post ini boleh jugak dijadikan sebagai product recommendations untuk sesiapa yang tak tahu nak beli product apa. Kalau sesiapa yang dah pernah try produk-produk yang kat bawah ini, boleh gak komen share pengalaman.
Sebelum itu, nak bagitau :
Jenis kulit aku : Combination to oily skin
Skin concern : Acne Scars (Post Inflammatory Erythematosus = in simple words : parut merah)
Kebanyakkannya jenama Korea sebab tengah hot sekarang.
1. Cleanser
Currently use : Dermalogica Special Cleansing gel
Good Morning Cleanser (CosRx)
Harga pun affordable
Personally lebih suka gel type daripada foamy sebab foam ni selalu keringkan muka.
Kenapa teringin? Sebab Low pH & Gentle
Neogen Green tea cleanser
Okay, sebenarnya ni foam tapi pernah tengok review, dan katanya sangat gentle.
Both product atas ini tak ada paraben.
Paraben = bahan pengawet untuk skincare yang ada kontroversi
2. Toner
Currently use : Benton Aloe BHA toner
Huxley Toner; Extract it
Sejujurnya toner ni mahal. Tapi Huxley punya brand somehow I can't resist. ahaha.
Klairs Supple Preparation Toner
Yang ni ramai yang kata best.
Tapi aku masih suka toner yang aku guna sekarang ni, so.. ni just wishlist kalau dah bosan dengan toner yang sama.
- Fungsi toner : Untuk bersihkan lebihan kotoran kat muka (kalau ada) selepas cuci muka
- untuk prepare step untuk seterusnya.
- untuk balancekan pH muka lepas cuci muka
3. Moisturizer
Currently use : The Face Shop Aloe Vera gel
Benton Snail Bee High Content Steam
Selain Huxley, I cannot resist Benton either. Tapi sesiapa yang ada alergik dengan ingredients dia, better jangan pakai.
Apapun, kena tunggu current mosturiser habis dulu.. Haipp jangan bazir hehe.
- Moisturizer penting untuk hyrdatekan muka. Oily skin pun kena pakai moisturizer okay. Kulit berjerawat pun kena pastikan muka well hydrated so jerawat itu senang sikit nak basmi.
4. Oil
Masih tak guna oil setakat ini, tapi kalau diberi pilihan, nak beli Tamanu oil atau Squalane oil. Tamanu oil sebab bagus untuk healing parut. Squalane pulak bagus sebab dia minyak yang selamat letak kat muka sebab badan kita pun keluarkan minyak ni. Arghhh, confuse nak beli yang mana satu.
5. Scrub
Currently use : None
Yellow Gorgeous Scrub
Ingredients dia best-best, claim to heal acne scars. Macam menarik tapi masih lagi berfikir nak beli ke tak. Banyak positif review kata best.
Neogen Green Tea Bio Peel
Sejenis Physical + Chemical exfoliator. Ada lagi 2 jenis : Wine dengan Lemon. Tapi rasa macam green tea okay sikit kut. Dalam ini ada dalam, 30 pads. Harga dia pun sebenarnya agak mahal sikit bagi seorang setudent macam sayeww *sigh*
6. Micellar water
Currently use : Eucerin Micro-micellar cleansing water
Garnier Micellar Water
- Micellar water = make up remover. Apply kat cotton pad. Guna ni sebelum ambil wuduk & sebelum cuci muka waktu malam untuk bersihkan make up dan sunblock kat muka. Supaya pori-pori muka tak tersumbat. Kebanyakan sunblock ni water resistant so kena pastikan muka boleh kena air untuk ambil wuduk.
Kalau korang confuse nak beli produk yang mana satu, boleh pergi
cosdna.com. Laman web ini akan beritahu ingredients yang ada kat dalam produk itu bahaya ke tak. Then, korang pilihlah yang mana satu produk yang ada kurang harmful ingredients.
Kadang-kadang ada kawan-kawan aku yang tanya & minta pendapat nak beli produk apa. Sejujurnya, aku akan rasa serba salah sebab aku selalu nak recommend product Korea je ahaha. Banyak produk drugstore aku tak cuba lagi, jadi aku takut nak bagi recommendations kat orang.
---------------------------------------------------------------
Untuk sesiapa yang berminat nak belajar pasal skincare, boleh rujuk :
Banyak lagi rujukan lain, tapi yang ni yang best dan selalunya lengkap.
----------------------------------------------------------------
Apapun,
Nak habiskan dulu apa yang ada ini baru nak beli produk baru.
Baca review-review kat google dulu sebelum beli produk supaya tak menyesal. Buat research dulu.
P/s : Beritaulah holy grail product yang korang rasa semua orang kena tryy sebab best tak hengaatt & kalau ada produk kat atas ni yang tak best, share jugak takut menyesal pulak aku beli nanti uhuhu