Assalamualaikum dan salam ceria
buat semua ibu-ibu mengandung dan bayi bayi comel semua
buat semua ibu-ibu mengandung dan bayi bayi comel semua
Harini aku baru belajar pasal cara menjahit tapi bukan menjahit baju tapi menjahit kulit manusia. Cuma guna fake skin gitu. Belajar continuous suture, interrupted suture, modified suture, siap Dr ajar hollywood suture (so tak nampak kesan jahitan).
Gambar dari google sebab aku lupa nak ambik gambar sebenar. Ni suture kit yang kitaorang guna untuk praktis jahit
Benda menarik pasal medic ni, ilmu dia sangat luas yang kalau kau rasa kau dah cukup, sebenarnya kau salah. Of course benda ni sama gak apply untuk ilmu-ilmu lain macam bidang binaan, sains dan tak lupa gak agama.
Setakat ni, baru minggu pertama O&G. Walaupun kawan-kawan O&G kata, posting ini akan lagi senang daripada medicine posting yang aku dah lalui, tapi aku rasa.. O&G ada cabaran tersendiri yang kita kena faham.
O&G ni melibatkan 2 nyawa; ibu dan anak. Dalam apa-apa situasi, kita kena fikir effects untuk 2 orang bukan lagi untuk 1 orang sahaja. Yang kedua, cabaran yang aku rasa aku akan hadapi ialah, tambah communication skills untuk tanya soalan-soalan sensitif kepada patient; pasal pendarahan kat alat sulit ke, tentang perkahwinan atau aku akan berdepan dengan teen pregnancy, so kena belajar cara tanya semua itu. Yang ketiga, O&G ada banyak procedure kat hospital, so aku tak boleh malu untuk belajar semua tu. Dan kalaupun aku kena halau daripada labour room atau operation theatre, aku tak boleh putus asa macam itu saja. Kena cuba tengok jugak.
Overall dari O&G, satu benda yang aku harap aku akan dapat capai ialah skil komunikasi.
Medicine posting memang tak nafikan, dia memang banyak tapi sekurang-kurangnya banyak topik yang familiar kita jumpa masa pre-clinical.
Tapi kalau O&G, jujurnya banyak lagi perkataan yang baru-baru aku jumpa (tak pastilah mungkin ini kesan kalau banyak skip topik reproduktif dulu, adeh).
Apapun, aku memula nak tulis kat fb tapi memandangkan nanti nampak macam O&G susah padahal aku sendiri tak lalui sampai habis, so tak ada keadilan untuk O&G kat situ.
O&G,
Please be wonderful ahaha