Wednesday, November 28, 2018

Peralihan ke posting baru: Obs & Gynae

Assalamualaikum dan salam ceria
buat semua ibu-ibu mengandung dan bayi bayi comel semua


Harini aku baru belajar pasal cara menjahit tapi bukan menjahit baju tapi menjahit kulit manusia. Cuma guna fake skin gitu. Belajar continuous suture, interrupted suture, modified suture, siap Dr ajar hollywood suture (so tak nampak kesan jahitan).

Gambar dari google sebab aku lupa nak ambik gambar sebenar. Ni suture kit yang kitaorang guna untuk praktis jahit

Benda menarik pasal medic ni, ilmu dia sangat luas yang kalau kau rasa kau dah cukup, sebenarnya kau salah. Of course benda ni sama gak apply untuk ilmu-ilmu lain macam bidang binaan, sains dan tak lupa gak agama.


Setakat ni, baru minggu pertama O&G. Walaupun kawan-kawan O&G kata, posting ini akan lagi senang daripada medicine posting yang aku dah lalui, tapi aku rasa.. O&G ada cabaran tersendiri yang kita kena faham. 


O&G ni melibatkan 2 nyawa; ibu dan anak. Dalam apa-apa situasi, kita kena fikir effects untuk 2 orang bukan lagi untuk 1 orang sahaja. Yang kedua, cabaran yang aku rasa aku akan hadapi ialah, tambah communication skills untuk tanya soalan-soalan sensitif kepada patient; pasal pendarahan kat alat sulit ke, tentang perkahwinan atau aku akan berdepan dengan teen pregnancy, so kena belajar cara tanya semua itu. Yang ketiga, O&G ada banyak procedure kat hospital, so aku tak boleh malu untuk belajar semua tu. Dan kalaupun aku kena halau daripada labour room atau operation theatre, aku tak boleh putus asa macam itu saja. Kena cuba tengok jugak.

Overall dari O&G, satu benda yang aku harap aku akan dapat capai ialah skil komunikasi.


Medicine posting memang tak nafikan, dia memang banyak tapi sekurang-kurangnya banyak topik yang familiar kita jumpa masa pre-clinical.


Tapi kalau O&G, jujurnya banyak lagi perkataan yang baru-baru aku jumpa (tak pastilah mungkin ini kesan kalau banyak skip topik reproduktif dulu, adeh).


Apapun, aku memula nak tulis kat fb tapi memandangkan nanti nampak macam O&G susah padahal aku sendiri tak lalui sampai habis, so tak ada keadilan untuk O&G kat situ.


O&G,
Please be wonderful ahaha

4 comments:

  1. huhuu.. tak semua berani mcm dr. tapi ini kita perlukan untuk helped people. good luck dr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hope saya akan terus berani dan betul-betul dalami apa yang saya patut dalami

      Delete
  2. aduh jahit kulit manusiaaa. ngeri dengar

    info yg menarik sangat baca benda ni, thanks for sharing! mencabar woo amek medic

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep... bayangkan kena jahit dalam keadaan darah byk keluar.
      Uhuhu doakan saya

      Delete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...