Sunday, March 21, 2021

Perodua Axia aircond tak rasa

Assalamualaikum dan Salam ceria...


Sebelum tu, aku tak tahulah nak cakap. Kadang-kadang aku rasa aku ini banyak perabih duit mak ayah je ni masa study. 



Axia oh axia (credit gambar)


Ada satu harini, bila aku drive, aku tak rasa aircond even udara yang keluar tu udara panas. Siap ada bunyi angin "huuu huuu" tapi rasa sejuk aircond tak ada tau. Dah adjust-adjust temperature pun masih tak ada function. Jadi, aku fikir okaylah tak apalah. Mungkin tiba masa untuk aku servis aircond kereta sebab perodua pernah suruh aku servis aircond around RM200+.


Then, dah book appoinment semua (masa covid kena book appoinment untuk Perodua). Tibahhh, 2-3 hari sebelum tu dia call yang Perodua tutup untuk 2 minggu camtu. Jadi, aku pun decide, pergi jelah check dekat kedai aircond specialist. 


Dia cakap compressor air cond bocor yang katanya selalu berlaku kat Axia (Perodua please improve this?). RM700+ (aku tak ingat ori ke tak) kalau nak ganti. Aku terbeliak. Burung pun terbeliak. Dompet aku pun terbeliak. Kereta aku tergelak. Jadi aku decide masatu untuk isi gas aircond sahaja tapi dia cakap kalau isi gas cuma temporary fix je. Lama-lama gas akan habis jugak.  


Survey punya survey dan beberapa kali aku singgah ke Perodua, akhirnya orang perodua bagitau yang kereta axia ku compressor dengan cooling coil rosak. 


Harga yang Perodua letak (19 Mac 2021):
  • Compressor: RM868.30
  • Cooling coil: RM656.50
Warranty 6 bulan. 

Then, ada jugak dia includekan harga service aircond itu sekali around RM200+. Apapun, ini harga yang aku pergi masa ini, kalau tiberr kalau korang pergi dapat harga lain, semestinya itu hak Perodua itu sendiri. 


Sebenarnya boleh saja untuk aku tukar dekat kedai servis aircond lain, cumanya aku rasa harga compressor yang kedai luar jual pun agak mahal. Even ada yang jual RM1k padahal bukan original tau, just OEM. Baiklah aku buat dekat Perodua je, betul tak?


Anyway, Alhamdulillah lepas dah baiki itu aircond dapat function.
Masa hujan kalau tak pasang aircond 👉 cermin depan berwap 👉 driver tak nampak jalan. So penting sangat-sangat untuk aircond dapat function. 




P/s: Elok aircond aku dah sihat, phone aku pulak buat masalah 😩 
Dunia memang tempat ujian kan? Doakan supaya urusan aku dipermudahkan 😭



Monday, March 8, 2021

Phone Casing Samsung A9 Pro

Assalamualaikum & Salam ceria


Perasan tak, kalau kita pengguna android, sangat susah ya nak cari phone casing kalau nak bandingkan dengan pengguna iphone. Lagi-lagi kalau Samsung A9 Pro yang dah lama ni, makin susah nak cari phone casingnya, sobs sobs.


Casing phone Samsung A9 Pro yang dah barai


Casing Samsung A9 Pro masih bau kedai

Sekarang ni banyak guna shopee untuk cari benda-benda camni. Yang ini aku beli daripada seller dari China. Aku beli 2 casing & total dia baru RM10 sen sen je termasuk postage ke Sarawak. Kualiti printing yang kat casing tu biasa-biasa je tapi sekurang-kurangnya phone dah berbaju baru. 


Anyway,
Alhamdulillah 



Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...