Monday, June 6, 2011

Mayat atas kubah Masjid Nabawi


Assalamualaikum & Selamat Sejahteraa..

Alhamdulillah, Miss dah kenyang makan kari munggai dengan daging tadi.. hikhikhik 

Korang semua dah makan? Kalau belum, lepas baca ni terus pergi makan ok? Kang lapar.. (kecuali orang yang tengah puasa sunat hari ni.. Sabar ye...)


Okay, hari ni sebenarnya miss takde idea nak tulis pasal ape.. So, miss godek-godek email miss yang lama-lama tu.. Pastu teringat pasal email yang miss terima daripada mak miss.. hehehe.. 

Mungkin ada orang yang dah tau pasal ni..  
Miss rasa ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid Nabawi , Madinah tetapi tidak tahu ada benda ini ! 



SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu... 

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang yang cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk mula menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Pelik! tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan (mengangkat) tubuhnya dari atas Kubah tersebut! 

Ia juga mengatakan bahawa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

Credit : Pengirim email ni
 
Subhanallah, Allah kalau nak balas perbuatan kita di dunia tak yah tunggu akhirat, kat dunia pun Allah dah tunjuk.. Semoga kisah ini dijadikan pengajaran.. InsyaAllah.. 

P/s : Sorrylah kepada sesiapa yang nak share benda ni tak boleh sebab miss buat Disable Highlight & Disable Right Click.. hehehe ^_^




Sunday, June 5, 2011

Ada Suara Minta Tolong

Assalamualaikum & hello semuaa...

Miss takde semalam.. Sebab pergi kenduri kahwin kak cik kat Pahang.. Tak caya? Tengok ni!


Sesiapa yang berhajat nak pergi tu lupakan je la.. Dah lepas dah pun.. 

Hari ni sebenarnya miss cadang nak buh semua gambar perkahwinan kak cik tapi malas laa pulak.. "

_____________________________________________________

Ok, tutup cerita atas..

Pagi tadi, miss buka blog, sekodeng-sekodeng blog post orang lain.. Manyaakk betul sampai malas nak baca..

Daripada blogwalking jadi blogjogging ke blogrunning (? yeah, laju sikit) Sampai ada post yang miss tak baca antaranya:

- Contest or GA yang miss dah tau
- Tutorial yang miss dah tau
- Tittle post yang miss malas nak baca :- gossip 

Sampailah stop kat #oneofmyfavblog.. Oh hati dah tak sabar nak tengok post dia kali ni.. Bila bukak!



For Invited Readers Onlyy!!! WHAT?! O.o

Ishh! Mana boleh! Ohh.. somebody help me!
Jangan tinggalkan aku!
Tapi peristiwa ni berlaku sekejap je.. 
Petang ni, miss checkk blog dia ade balik.. hehehehe~! Tak jadi nak emo bukan elmo..



Yeayy! What A Huge Relief! (betul ke ejaan tu)


Blog yang miss nak cerita tu ialah blog 


kak, kalau akak tengah baca ni.. Miss nak beritau something,,

1. Thank you sebab adakan balik blog yang tersangat best tu

2. Blog akak simple & entri sangat mudah difahami & tak pernah boring

3. Thank you sebab selalu saman miss (bagi komen) I Loikkee!

4. Miss tertarik first-first dengan blog akak sebab nama Miss Strexs.. Sebab apa-apa nama yang ada miss, mesti miss sekodeng blog dia.. Don't ask me why lagii..

5. SAYA IALAH PEMINAT BLOG AKAK !!!

hurrm,,.. itu saja.. :|


p/s : mood malas nak jogging.. ceehh, pemalas.. takut nanti daripada Underweight ke Overweight... Ini tak boleh jadi ni.. Hahahaha..





Friday, June 3, 2011

Kahwin?

Assalamualaikum semua & selamat sejahtera

Hurmm, perut dah kenyang makan kari ayam tadi.. Alhamdulillah.. :)

Semua hero-hero (ayah & abang-abang) tengah dengar khutbah sebelum solat Jumaat..
Sebab, time ni.. miss boleh dengar suara orang tengah berkhutbah sampai kat rumah ni.
Tapi samar-samar..

Okay.. apa kena mengena perkara di atas dengan tajuk.. Memang takde kena mengena pun..
Adoyai..  

Hari ni boleh dikatakan hari yang AGAK special..

Hari ni hari Anniversary Perkahwinan Mummy Mama & Daddy Abah yang ke-18!
Happy Anniversary diucapkan..
Khabarnya, abah miss nak beli kek! Special pulak tu.. Eishh, tak sabarnye,..


Yang pasti keknya bukan camni..


Gerun ark? Gerun tapi mungkin sedap, tapi tetap jugak tak de selera nak makan.. weiikk :P


Lusa, hari Sabtu kan? Tak caya pergi check kat calendar.. Ni yang nak cakap ni.. Berita happy bercampur sedih..

Lusa ni, ada Majlis Perkahwinan kak Cik (kakak sedara miss) kat Pahang.. So, malam ni dah start bertolak gi Pahang.. Okay, itu berita gembira.. Berita sedihnya.. Mungkin miss tak update blog hari Sabtu ni kot.. Maybe.. ohh, takdela sedih sangat kan.. hihihihihi..

Okaylah, entri ni panjang sikit sebab takut tak boleh update blog ni hari Sabtu ni.. Kalau rindu datanglah blog ni, tatap lama-lama sampai berlubang ok? Kalau tak rindu... Ada aku kesah? Well, jangan marah gurau je..


Assalamualaikum & doakan miss have a safe & enjoyable journey.. Thank you soo muchh..



Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...