Sunday, October 26, 2014

SPM : Last step to SPM 2014



Assalamualaikum.

             SPM tahun ini mula awal.

Maknanya, lebih awal aku meninggalkan sekolah. 
Rasa macam ini bukan realiti. 
SPM tinggal beberapa je lagi hari.
Kepada 97's liners,
Tuhan je tahu betapa dupdapdupdapnya hati,
Tuhan je tahu betapa tak sedianya lagi,
Tuhan je tahu betapa risaunya kita, 
Unless kalau kau takde perasaan; ahaha.


Lama tak update post baru. Mungkin lepas 25 November boleh tulis satu kemudian dua, lepas tu tiga sampai korang muntah membaca (tak klik langsung link blog ni). Masa itu aku dah bukan pelajar sekolah dah. Dah tak lagi... 


HUHUHUHUHUHU! 
Hantar aku balik ke darjah satu :p



BITTAUFIQ WAN NAJAH!
Masa ini, masa paling sesuai kita memohon banyak-banyak pada Allah supaya bantu kita. Usaha, tawakkal semua kita dah buat (walaupun tak begitu banyak tapi dah buatkan), minta ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, ahli keluarga doakan. Oh ye, jangan tinggal baca surah Ar-Rahman dengan surah Al-Waqiah. Pesan ustazah katanya, dua surah ini bagus untuk pelajar. 


Saya, 
Aisyah bt Azizul.
Ingin meminta maaf andai pernah menyakiti hati sesiapa secara tidak sedar atau sedar dengan kewujudan mana-mana post dalam blog ini. Maafkan saya ye (; 




Last guide to SPM :
1) Nota Biology super kreatif [here]
2) Doa-doa ketika peperiksaan [here
3) Latihan-latihan objektif boleh cari di Guru apps (download kat applestore/appstore android)
4) Study inspiration tumblr [here]











Last guide : 
1) Biology awesome notes [here]

Sunday, August 10, 2014

Kehilangan

"I never understand the value of something - until it was aken away from me."

...


           Masa itu aku dalam kelas. Kelas BM dah nak berakhir. Waktu rehat masatu. Sebenarnya aku dari pagi itu tak tenteram. Aku fikirkan pasal nenek aku. Kena tahan lambat pun aku tak fikir samgat pasal denda apa semua, yang aku fikir. Aku nak balik kampung, tu je. 


Tiba-tiba, adik aku datang. Dia cakap, "akak, tok dah meninggal." her voice was barely shaking. Mungkin dia pun terkejut. Aku well yeah, aku tak boleh control rasa sebak aku. Dan air mata jatuh. Aku sampai sekarang tak percaya. Entahlah. Rasa macam nenek aku ada lagi. Dia sakit-sakit sebelum dia meninggal. Mama berulang-alik ke kampung untuk jaga tok.



Tapi, bila ingat-ingat balik memori aku dengan tok, rasa sebak itu memang ada. Aku terkilan sangat, aku tak sempat nak tengok wajah tok sebelum meninggal. Sungguh. Rasa macam bersalah. Tapi, ayah aku kata, benda dah jadi, kita tak boleh nak halang. Mungkin bukan rezeki aku untuk tengok tok buat kali terakhir.


Tok meninggal 8 Ogos haritu. Al-Fatihah


Yang hidup kena teruskan hidup. Nak tak nak, kita juga yang akan dikapankan, disolatkan dan dikebumikan. 

Oh dan, datuk awak, nenek awak, mak ayah awak and orang-orang yang care pasal awak, tolong hargai dia. Kita tak tahu, bila kali terakhir kita.. 





Wednesday, July 9, 2014

Braces diary : Pakai braces


Salam Ramadan!

Assalamualaikum dan welkem ke blog gigi beshi.
Hehe.

Inilah warna braces aku yang pertama. 
Black.


            Kalau Orang Kaya Kaya (OKK) selalunya pergi pasang braces kat klinik swasta. Faedahnya, korang boleh buat braces dengan kadar terpantas asalkan korang hulur ching-ching! ($$$) Dan semuanya akan lebih pantas.



            Tapi aku adalah orang sederhana. Ibu dan ayah aku kerja kerajaan (Alhamdulillah untung masih ada kerja) jadi option aku adalah pergi klinik kerajaan. Tapi ingat, pelajar sekolah je boleh apply cara ini kalau rasa-rasa umur dah melebihi title pelajar sekolah, maaflah kena berbalik kepada cara pergi ke klinik swasta. Biasalah, kalau nak murah, mestilah lagi lama tunggu giliran pakai braces.



Appoinment pertama aku masa form 2. Bayangkan dah form 5 baru giliran aku pakai braces. Tapi masa proses menunggu itu, doktor bagi aku pakai retainer. Aneh bukan? Tapi eloklah buat something daripada tak buat apa-apa. Rujuk sini. 



Mula-mula pakai braces memang sakit. Korang hanya boleh makan soft foods like bubur, yogurt and whatnot. Tapi kalau korang jenis typical gagah perkasa macam seorang kawan sekolah aku ini, first day pakai braces boleh makan ayam goreng. Ayam goreng tu tau tak, kulit dahlah keras. Bagi first time pakai braces, even sayur pun dah dianggap keras. Gigi kami umpama bayi. *buat muka comel*



Dan, braces ada berus gigi khas. Nama dia, interdental brush. Nampak tak dia halus berusnya? Fungsinya untuk menyental dan menggelongsorkan segala kekotoran yuks yuks celah-celah antara  braces keluar. Awesome tak?


Actually, sesiapa yang tak pakai braces pun boleh guna Interdental Brush tau. 


Persoalan-persoalan famous tentang braces. Fakta atau Mitos?

1. Taknaklah, pakai braces nanti kena sambar petir.
MITOS. 

2. Magnet mesti melekat kat braces kan?
MITOS.

3. Eiii, braces nanti tak berkarat ke?
MITOS. 

4. Adakah braces akan dikesan oleh pengesan logam di airport?
MITOS. 

5. Adakah pemakai braces akan jadi pelat?
FAKTA.

Tapi tengok juga orang jugalah. Ada yang akan pelat bila sebut huruf-huruf S C X. Macam aku, Alhamdulillah aku tak pelat pun masa pakai braces. Bersyukur sangat sebab masa tu aku masuk bahas tau. Masa itu jugalah aku kena pakai braces. Kalau nak tunda, entah bila lagi aku boleh pakai braces.

For more and source, punch here. 


Akhir sekali,
selalunya kata orang,

6. Orang yang pakai braces ini nampak cute.

FAKTA ATAU MITOS?


Please cakap fakta. Please. Please. 


             

Kadang-kadang aku rasa, pemakai braces ini dah mengalahkan doktor gigi pulak. Kemain nauu, cerita pasal gigi. Macam aku, aku tak nak jadi doktor gigi. Nak jadi optometrist (mata). *gelak malu*
MITOS GIGI BESI, FAKTA GIGI BESI, BRACES, MITOS BRACES, ORTHODONTHICS, INTERDENTAL BRUSH, SWASTA KERAJAAN


*opps, trial dah dekat. Gulp.

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...