Thursday, September 24, 2015

Mengorbankan Raya Hajiku

Assalamualaikum & salam ceria semua!

....Walaupun, dah lama tak menceriakan blog ni, dengan entri-entri hangats bercampur perencah-perencah ceria oleh jari-jari lincah aku atas keyboard. KINI, aku kembali walaupun seketika.

....Oh ya, dan komen-komen kalian saya masih simpan dalam pending. Hobi baru mungkin. 

^ Pesanan penaja ini boleh skip kalau bosan.


            Raya haji ini aku masih di Sarawak memandangkan universitiku yang gemilang hanya bagi satu hari sahaja cuti raya haji. Saya ulangi SATU HARI SAHAJA. Saya dengar budak sekolah cuti seminggu. Ambui ambui ambui. Dan, memandangkan sayang sangat-sangat kalau aku balik Semenanjung sehari je. Ish, mana cukup! Jadi, saya buat keputusan untuk stay je kat Sarawak.


Tika ini, raya haji ku terpaksa aku korbankan.
Minggu ini, bukan je lembu dikorbankan, katak pun dikorbankan! Katak ini kitaorang bedah dan study dia punya organ-organ dalaman. Lecturer bagi 2 option, sama ada ;

1) Frogging (term bagi aktiviti mencari katak)

2) Atau, beli.


        Tentunya, aku beli, Tak kose mak nak cari katak malam-malam (waktu katak paling aktif). Sebenarnya, saya nak sangat tunjuk katak-katak korban hari raya, tapi sebab katak tak beli lagi... dan lab pun hari Jumaat (hari kedua raya korban, so tak sempat nak tunjuk apa-apa gambar real).

Aku berharap dapat beli katak besar tapi lab mates aku semua tak nak katak besar.



Okay, kalau katak ceni skery.. 


          A LOT of things happen actually, that I wished I could share, but the limitations of time and Internet caused me to delay every idea and lead to zero updates. Tapi,akan ku cuba kupas apa yang aku ingat. Moga-moga dapat memberi manfaat walaupun sedikit.



Post ini macam tak bermanfaat sangat, luls.

So, untuk bagi post ini bermanfaat, aku bagitahu sedikit fakta menarik apa yang aku belajar tentang katak.


  1.  Katak akan bertukar warna jadi biru ketika hendak mengawan. (ceh, ini yang kau paling ingat)
  2.  Sesetengah katak jaga anak dia.
  3. Cara mudah nak tangkap katak? Cari pada waktu malam 8-11 malam dan suluh lampu kat mata katak, dia akan freeze. Gunalah tanganmu yang suci halus mulus whatever itu untuk kutip katak itu ye.
  4. Selalunya katak berwarna-warni ini, badan dia beracun.
  5. Katak ini orang Islam haram makan sebab dia hidup dua alam. 



Last but not least,

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA !"


Ikhlas dari,
Penulis yang jauh dari keluarga
dan kucing
dan comfort zone
dan masa lenggang
dan wifi yang laju
dan berhentilah mengeluh wahai manusia.


Saturday, August 15, 2015

Study masa sekolah menengah, PENTINGKAH?


Assalamualaikum & salam ceriaa! 



Wuu, lama tak taip entry kat blog. Sangat-sangat lama! Kali terakhir masa bulan Julai (bulan lepas). Ceh, lamalah sangat, padahal baru bulan lepas. Tenene. Internet agak slow kat sini. Kena faham, wifi share, takkan laju macam ferarri pulak.

                                           
 
Berbalik pada topik ye, 

        Dulu masa aku sekolah menengah, 

Aku perasan yang aku study contoh : soalan spot untuk ujian bulanan 1 Chapter 1 sampai chapter 3. So, aku akan belajar apa yang keluar untuk exam dan bila exam seterusnya benda yang sama aku akan buat. Dannn, bila dah habis SPM, aku fikir macam, oh subjek sekolah menengah takkan digunakan lagi untuk universiti. Lepas habis SPM memang hilang banyak ilmu (terutamanya PSI & AQS sebab kat asasi sini takde subjek agama).


Dan bila seorang lecturer aku cakap, 

       "Kita ini kalau ada ilmu, kita kena make sure jaga betul-betul ilmu itu. Sebab ilmu itu sangat berharga. Lepas belajar kena selalu review supaya benda itu lekat dalam dada kita."


It strucked to my mind. 


Semua ilmu yang kita belajar dari tadika sampailah ke tahap sekarang ini, saling berkait antara satu sama lain & berguna. (kecuali kalau kau belajar ilmu sihir / merompak etc itu buat apa). 


For those yang masih sekolah rendah / sekolah menengah itu, make sure focus dengan ilmu yang cikgu korang sampaikan. Sebab ilmu itu sangat berharga dan berguna untuk masa depan nanti. You never know the future, right?

         Tambah-tambah lagi kalau sesiapa yang masuk matriks, asasi, A level bla bla bla, basic kena strong tau! Diploma pun masa awal sem akan diajar basic semula. Nampak tak?? Asas itu sangat penting! Dan sebenarnya, masa sekolah menengah, banyak juga asas yang kita belajar bawak ke alam universiti, kan?


Kurangkan proses deletion dalam mempelajari ilmu yang baik, 
Tambahkan proses addition dalam mempelajari ilmu yang baik. 


Jom gila-gila study kerana Allah ;') 
Exam itu kertas je. 
Once over, hilanglah ilmu itu. Nak camtu ke?



Maaf atas bahasa rojak. Saya rindu rojak sebab itu cakap bahasa rojak. Eheh. 


2 Pagi+,
Next week mid sem 
Ahahaha

Monday, July 13, 2015

{BlogReview} 3 Ladies

Assalamualaikum & salam ceria~


^^^
{FIQIZUMI}



fiqizumisyunkawk.blogspot.com


         Bila mendarat kat blog ini,  first impression,

"ohh, blog ini gunakan blogskin."

Aku ada mentaliti macam ini. Orang yang guna blogskin ialah orang yang pandai main coding & html. Dulu masa zaman-zaman 2011-2012 camtu, memang blogskin ini meletops sangat-sangat. Cuma blog aku sampai sekarang tak pernah buat sentuhan blogskin. Dan, bagi aku, aku sangat suka design simple blogskin kat blog ini. 


Nampak lovely & simple.
Tak ada serabut-serabut.


Interesting parts ;

DIY! (Do-it-yourself) Tutorials
From : instaxminiframe to bookmarks to totebags. etc.




****** NEXT ******





^^^
{THEATHRA}
theathra.blogspot.com


            "Stripess! Bukan artis??"
Semua wajib tahu ye, yang dia bukanlah seorang retis.


Saya tak tahu kenapa, tapi pokok warna warni itu nampak artistik sangat. Personally, saya suka jenis blog macam ni. Kemas dan tersusun. Tak serabut mata memandang. Penulisan pun gaya sempoi-sempoi. Nak cari blog yang aktif postnya? Anda telah menemuinya! inilah blog paling sesuai untuk anda baca dan tatap hari-hari.



Interesting parts ;

- Entry Dapur (ada resepi & petua) tak banyak tapi bermanfaat
- Entry kasih sayang (ada nasihat)
- Entry LOL (ada gambar-gambar lucu)





****** NEXT ******





^^^
{NABIHAH ARROSE}
inilamanbelogsaya.blogspot.com/
Okay....


erm...
           Sebenarnya, dulu blog ini memang meriah dengan entri-entry innocent dan lucu (bagi sayalah). Saya sendiri tak tahu apa sebab pemilik blog ini delete entri-entri lama. Kadang-kadang pemilik blog ni suka tukar url blog, uhuhu. Apapun, carilah cara yang paling awak rasa serasi dengan diri dan mula blogging dengan selesanya, ya? ahehe.





Maaf kerana entri ini muncul lambat.
Betulah. Tak dinafikan, kehidupan di universiti sangat sibuk.
Kalau ada masa pun, masa itu diisi dengan tidur...


UHUHU.


Terima kasih sudi baca <3
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR!




Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...