Assalamualaikum & salam cerios!
Lepas habis asasi hujung bulan April, sejak itu mak ayah aku hampir setiap hari tanya, "Result universiti dah keluar ke? Dapat course apa?" Maka aku pun berhuhuhu sebab parents lagi cuak dari anak sendiri.
'When I was just a little girl,
I ask my mother, what will I be?'
'Will I be pretty?
Will I be rich?'
'And here's what she said to me.
Que sera sera.
What ever will be will be,
The future's not ours to see,
Que sera sera.' - ♪ Doris Day
Dan, Ogos pun tiba. Sebenarnya tak ada banyak perubahan pun, aku akan sambung belajar ke Unimas jugak. Kos apa? Kos bidang sains. UM dan USM pun aku mohon juga, saja-saja cuba nasib walaupun tahu peluang nipis. Macam dijangka, tak dapat. Tapi tak apalah, Alhamdulillah. Dah bersyukur dah dapat masuk universiti. Tak kisahlah IPTA ke IPTS asalkan belajar ye dak?
Untuk sesiapa yang rasa tak puas hati dengan course yang korang dapat, ataupun kau dapat kos yang kau nak tapi perasaan kau berbolak-balik, korang nak tukar course pun dah tak boleh. Peluang nak tukar pun macam tipis je. Cuba perlahan-lahan tanamkan sifat chenta dalam subjek-subjek yang korang akan belajar. Dan, kalau kau jenis nak jugak dengan cita-cita asal kau, so jangan putus asa! Usahakan selagi boleh! Asalkan kita tahu, yang kita dah berusaha tapi Allah penentunya.
Belajar ini takyah nak jadikan pertandingan lumba lari. Sapa habis belajar dulu dia menang? No.
Unimas, here we go again!
Ini jambatan cinta Unimas. Cuba positif, mungkin cinta ilmu kut *tangan di dada
Aku bersyukur sebab dari tadika sampai universiti, aku dapat masuk tempat belajar yang serba lengkap. Aku tak nak jadikan entry ini poyo dengan tunjukkan apa yang ada kat Unimas (more like malas). Boleh search kalau nak tahu apa kelebihan Unimas. Dan sebenarnya aku tak kisah masuk Unimas sebab aku asasi kat sana juga dulu. Ada kelebihan tersendiri kalau jadi ex-asasi Unimas walaupun tak boleh masuk IPTA lain secara amnya.
Jangan tertukar eh Unimas dengan UMS. UNIMAS SARAWAK, UMS SABAH.
Ini antara fakulti yang ada kat Unimas :
- Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS)
- Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FIT)
- Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM)
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
- Fakulti Kejuruteraan (FK)
- Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB)
- Fakulti Sains Sosial (FSS)
- Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK)
- Fakulti Pengajian Bahasan dan Pengajian Komunikasi (FPBPK)
Quiz Imaginasi :
Katakanlah, kalau anda masuk Unimas, fakulti mana yang anda akan masuk?
Previously on : http://kisahmissxyz.blogspot.my/2015/05/thedecision-sambung-belajar.html