Kampus Timur - Asasi Sains Unimas
Yep, pelajar asasi akan tinggal kat sini. (Update 2018: rumah-rumah kayu tu dah dirobohkan. Dulu kitaorang selalu buat video kat situ ahaha) Kolej yang pelajar asasi duduk di bangunan batu di belakang gambar yang bumbung peach tu. Bukan kat bangunan-bangunan moden yang awak search kat google itu. Itu Kampus Barat, life untuk degree. Well, you will understand later.
Assalamualaikum and aluu~
Yeah, I survived asasi. First of all, buat post ini sangat risky dan boleh jadi tak ada function. Sebab buat post ini buat malam sebelum betul-betul esoknya nak keluar keputusan UPU untuk masuk asasi / diploma. Tapi, anggap jelah siapa yang sempat baca sebelum buat keputusan itu, ini rezeki kamu.
Untuk warga PPPU, termasuk lecturers, maafkan saya kerana buat post ini untuk junior-junior. Sebab saya akan tulis post ini setulus yang mungkin.
Pros
- Kampus yang banyak fasiliti. Untuk batch yang baru, nantikan jejantas baru, dewan yang bakal dibaiki dan mungkin beberapa bangunan baru. Nak tahu lagi? datang sendiri. (Ps : I dont want to spill and spoil everything).
- Kampus Timur untuk pelajar asasi sahaja. Tiada seniority degree-asasi.
- Kelebihan pelajar asasi bila masuk degree, ; diutamakan dahulu berbanding pelajar matriks / STPM. Tapi jangan risau, diorang masih tak dipinggirkan. Dan pelajar asasi tak perlu kokurikulum di degree kalau lulus generik di asasi. (Update 2018: Sekarang siapa yang dah ambik kokurikulum, kena ambil semula masa degree, so point kokurikulum transfer kredit ni dah tak relevan).
- Asasi unimas banyak program menarik ; SuPra (Hari Sukan), AB2C (Khidmat Masy.), Bio trip, Fesenisasi (Festival Seni), Bazaar & banyak lagi kalau ada JPPU / JPMU anjurkan program lain. Look forward for it!
- Lecturers sangat baik, committed dan sporting! Beberapa lecturer ada akaun twitter yang aktif. Look for it!
- Ini antara sebab kenapa saya pilih asasi unimas. Untuk student hayat, tak perlu belajar fizik. Student fizikal tak perlu belajar biology lagi. Say goodbye to your least fav subject!
- Saya tak pasti untuk batch lain, tapi batch kami, batch 6 dan sebelumnya, dapat elaun asasi dan kalau dari Semenanjung / Sabah dapat elaun kapal terbang (tapi cuma sekali sahaja).
- Fokus pembelajaran bukan sahaja fokus pada akademik. Skil komunikasi dan konfiden banyak difokuskan jugak.
- Bersedia untuk buat banyak video (eh, pros ke? Yup, kenangan itu.)
- Jarak kolej kediaman dengan dewan kuliah hanya perlu jalan kaki. Jangan risau pasal transport. Kereta sewa, fetching banyak kat sini.
- Banyak diversiti kaum dan bangsa. Anda akan jumpa dengan ramai orang, dari pelbagai bangsa.
- Kalau yang dari Sabah / Semenanjung dapat naik kapal terbang! Fefeling overseas sikit, kahkahkah!
- Bersedia untuk jeleskan kawan-kawan matriks anda, sebab anda akan diberi kebebasan yang lebih daripada diorang. Sarawak banyak tempat menarik, tapi jangan lupa pelajaran dahlah. Sambil menyelam minum air, gulp.
- Staf pejabat PPPU sangat baik hati dan mesra pelajar. Jangan risau pasal pos barang ke sini. Dari sekecik-kecik pos macam ubat sampailah sebesar-besar pos macam printer dengan luggage boleh poskan ke sini. Nanti akan ada alamat diberi masa MAP.
Gunung Gading
Biotrip
Cons
- Tengok balik apa yang ditawarkan untuk degree di Unimas. Pelajar asasi Unimas susah nak masuk IPTA lain (walaupun betapa tingginya pointer anda, tsk). IPTS ye, boleh je kalau nak masuk asalkan ada sponsor duitlah. Ini cons paling terbesar. Selalunya, pelajar hayat nak masuk asasi hayat sebab nak ambik doktor. Batch kami (2015/2016) nak ambik 60 orang daripada asasi sains hayat. Ada 120 orang sahaja terpilih untuk sesi interview 1. Kurang dari 20 orang terpilih untuk sesi interview 2. Tapi, akhir sekali cuma 60 orang yang terpilih. Nak masuk jadi doktor susah, nak jadi doktor susah, dan jadi doktor pun susah. Tapi, jangan takut! ini baru challenging. Bersainglah secara sihat. Course degree kat Unimas banyak yang rare dan unik. Course mainstream macam phamarcy, dentist, optometry, physiotherapy, maaf, tiada di sini. Buat research semula. Apa yang pelajar asasi sains hayat dan sains fizikal boleh masuk untuk degree. Bila dah masuk hayat, selalunya tak boleh ambik engineering sebab tak ambil fizik dah.
- Tiket kapal terbang tak semestinya murah.
- Mungkin, homesick sebab jauh dari family. Tapi, come on, bila dah 18 tahun, you will learn how to overcome this. Jangan risau, saya dulu budak sekolah harian tapi kadang-kadang rasa lagi tau nak cope daripada budak asrama, opps gurau sejaa.
- Mungkin akan culture shock sebab hidup kat universiti ini agak bebas. Kena ada pendirian kuat dan ingat apa niat tujuan sebenar masuk asasi.
Apapun keputusan awak sekalian untuk masa depan, sama ada nak pilih matriks ke, asasi ke, pergi luar negara ke, diploma ke, jangan lupa kita semua masih lagi dalam niat suci yang sama, nak tambah ilmu.
Jangan pandang ranking universiti semata-mata. Anggaplah takdir yang Allah dah tetapkan itulah yang terbaik. Buat istikharah bagi yang muslim. Bincang dengan keluarga. Research - research dan jangan lupa bertanya.
After all, life is about taking risk.
So,
Jangan cakap akak tak payung! :P
I want to write more, and tell everything. But it won't be fun anymore.
Also related posts during asasi :
Are you ready for your life changing experience?
Hostelnya macam chalet :D
ReplyDeleteNOO! Ahahaha It's not hostel. Itu rumah staf tapi banyak yang kosong. Harap2 takde yang terkeliru kahkahkah XD
DeleteOh, ingatkan hostel dia macam tu. Terkejut juga sebab nampak agak mewah. hahahaha :D
DeleteHello! Nie, nak tanya berkenaan diagnostic test yang akan dijalankan. Soalannya berasaskan apa ye?
ReplyDeleteTerima kasih!
Urm, masa saya dulu ujian diagnostik ada utk math saja. Masuk basic2 masa tahun2 spm. Stkt yg saya igt, ada matrices, dy/dx, integration. Tu je yg sy igt, maaf. Jangan risau, ujian diagnostik bukan carry marks ;)
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjawab! Risau sebenarnya kerana dengar kata ujian tu menentukan kelas! Miss Xyz nie batch 2015/16 kan? Kalau mcm tu, legalah sikit.
DeleteKelas tak menentukan kepandaian pun. Cthlah kan, Hayat 1, hayat 2, hayat 3, hayat 4. Ada je budak stret As kat hayat 4 dan ramai je budak hayat 2 yang dekan.
DeleteDah masuk group fb utk asasi batch 2016/17 belum?
https://www.facebook.com/groups/1712790828994030/
Gelisah tu jelas sebab terkejut pulak dengar mengenai ujian. Pantang kalau tak dapat keputusan yang bagus, itu kata orang tua.
DeleteBelum lagi tapi terima kasih kerana memberitahu. Insyallah, kalau boleh jumpa sewaktu degree nanti, pasti saya akan menegur!
Dont worry! Tahniah dpt asasi unimas! Jgn lupa bljr rajin2 dan jgn lupa ilmu akhirat jgk! Kumpul that carry marks dan skor final. Itu tipsnya :)
ReplyDeleteseronok jugak ye belajar jauh2 camni. hehe tpi kalau sayalah, mesti homesick teruk ni :D anyway, tahniah dah habis asasi! degree nnti kat sini jugak ke?
ReplyDeleteAhaha homesick tu mestila... Tp bila dah sibuk, lupa dh homesick XD
DeleteInsyaAllah, smbung sini jgk kut. Klu tak pun, smbung ipts
adui kalau belajar kat sana homesick kot rasanya... nak guna duit lagi. blajar kat pahang je pun dah homesick inikan lagi jauh mcm ni. respect org yg blaja jauh2 tu
ReplyDeletenak tanya result sains Fizikal normally average bape .. ramai tak yg dpt above 3.0 .. TQ
ReplyDeleteMengikut pengalaman saya, masa sem 1 ada kurg <10 org yg dekan (3.75 ke atas). Selalunya student hayat lagi byk yg dekan tp tak semestinya. Student fizikal ada cara tersendiri, dan student hayat selalunya lebih skema (bak kata lecturer saya).
DeleteStudent hayat / fizikal, sama saje, dua2 kena rajin untuk dapat 3.00 ke atas. Biology banyak kena hafal terms dan fahamkan proses, fizik kena hafal formula dan tahu cara nak apply.
Itu saja kut, saya sndiri student hayat. Dan saya akui, student fizikal byk main sikit. Apapun, itu smua bergantung pada individu tu sendiri. InsyaAllah, nak skor 3.00 ke atas tu tak susah pun ;)
zaman matrik dulu main2.. nasib lepas pointer... masuk u belajar betul2 tapi still sama macm di matrik tp belajar tu lebih sikit, alhamdulillah skrg ok lagi..
ReplyDeletejangan takut untuk gagal.. lepas anda gagal bangun semula baiki apa yang telah anda gagal..
set di minda perkara yang positif dan hadapi cabaran dengan senyum dan sebut alhamdulillah..
Blogwalking sini, jemput singgah baca artikle ini ye
Faktor Trafik Blog Turun site...
that's the thing about unimas - people tanak terima lulusan sana for some unknown reasons hmm
ReplyDeleteMaksudnya apa eh ?
Deletemost likely kena sambung degree kat unimas jugak
Deletewow,,,,, nice entry too! huda dlu masuk asasi UPM, kejap je, dm 2 minggu, tp kenot survive. huhu tahniah berjaya habiskan asasi awaaa
ReplyDeletekami bukan dak matrik. terus wat diploma jer..
ReplyDeletekampus asasi nya di sarawak lah ye? apa beza dgn yg di semenanjung?
ReplyDeletekalau dlm upu kita mohon asasi sains hayat dgn asasi sains fizikal skali..n contohnya kita dpt asasi sains hayat..boleh tak kalau mohon utk tukar ke asasi sains fizikal? mohon pencerahan��
ReplyDeleteBoleh je, dalam minggu awal itu cubalah tanya mana-mana lialson officer atau lecturer (lagi bagus) cara untuk tukar dari hayat ke fizikal. Slalunya hayat ke fizikal tiada masalah. Maaf lambat balas, uhuhu rasa bersalah
DeleteAda tips tak nak dpt pointer 3.0 ke atas? Saya dapat asasi sains hayat, tapi takutlah bila dngr nak sambung degree kat unimas tpi peluang tipis ��
ReplyDeleteAda, ada..
DeleteUtk dapatkan pointer 3.0 ke atas, kena rajin buat tutorial utk math dgn kimia, kena belajar ikut learning objectives, utk bio - boleh buat nota dan buat reflection berdasarkan learning objectives. Math dgn kimia all about latihan. Bio kena fahamkan. Klu boleh revision hari-hari. Buat PBL dengan tekun. Minta kat Allah semoga dipermudahkan. Kalau ada program agama tu jgn kedekut masa dgn Allah utk pergi. Itu smua utk keberkatan masa, InsyaAllah.. (setakat ini itu yg saya igt apa yg saya buat utk dpt 3.5 ke atas).
Baca balik tips ni bila dah masuk asasi, baru akan faham apa yg saya ckpkan ni hehehe
Kalau kite x dpt degree course perubatan... kite msk course ape??
ReplyDeleteboleh masuk course2 lain di unimas kecuali course engineering
DeleteSalam, saya dapt tawaran asasi sains fizikal UNIMAS. Saya nk tanya, exam guna bahasa melayu atau bahasa inggeris??? Dan lecturers sains fizikal mengajar guna bahasa melayu atau bahasa inggeris??
ReplyDeleteOkay, exam dan material (lecture notes) semua dalam English.. Lecturer pun akan prefer speaking, tapi takdelah sampai lecturer tak cakap Melayu langsung.. Hurm, rasa kesian pulak yang belajar kat sekolah in BM tapi kat univ dalam English..
DeleteHmm, interview nanti utk jadi doktor je kan?
ReplyDeletehaah, course doktor je ada interview
DeleteJadual untuk setiap kelas berbeza kh?Ada kelas yg dilaksanakan pada waktu malam tak?
ReplyDeletehaah, setiap jadual kelas berbeza..
DeleteTak ada kelas rasmi yang dibuat waktu malam. Harap dpt menjawab soalan
Tq sbb bls ^^...kalau nak cuci baju tu buat d mana?dn ada dsediakn tmpt mnjemur baju tk bg setiap bilik atau kena jemur kt luar?selalunya org cuci bj pkl brp?haha srry sbb soaln pelik^^,lain pulk yg dirisaukn
DeleteDan selalunya ms pndftrn,apa shj yg prlu dbyr?
DeleteTq sbb bls ^^...kalau nak cuci baju tu buat d mana?dn ada dsediakn tmpt mnjemur baju tk bg setiap bilik atau kena jemur kt luar?selalunya org cuci bj pkl brp?haha srry sbb soaln pelik^^,lain pulk yg dirisaukn
Deleteada tempat cuci baju, kt tingkt bawah. Besar jugak ruangnya. Tmpt jemur pun besar tp kekdg kena berebut (2 blok share tempat sidai baju). Org cuci baju pukul brp tu sukati la nak pukul brp, xde halangan...
DeletePendftaran eh.. masa batch saya dulu, saya dapat elaun, jadi tak perlu bawa duit apa-apa. Tak pasti pulak untuk batch klini.
Assalamualaikum akak . kan akak kate , batch akak dpt elaun . adakah semua yg dpt? or yg terpilih jer? klu dpt , adakah dpt tiap2 bln or mcm mne ?
ReplyDeletelpas tu kan akak , yg bleh claim tiket flight tu , adakah tiket flight yg terakhir yg dh hbis asasi atau spanjang blajar di unimas tu?
maaf , byk tanye . keliru =='
masa zaman batch akk, semua org dpt. Dengar cerita batch yg 2017/2018 kalini hanya yg terpilih je kan?
DeleteTiket flight tu, duitnya dia kasi sekali je, tu pun masa sem 2 hujung2 kalau x silap. Kalau ada soalan lagi, boleh emailkn nombor tel kamu kat email saya ; aisyahxyz@gmail.com
Nak tgok gmbar dalam satu rumah ada tak hehe
ReplyDeleteShare gmbar dalam bilik dan rumah please
ReplyDeletedia macam bilik2, bukan rumah.. dan laki punya bilik mana saya tahu. Nantikan ye
DeleteHi,nak tnye skit. Klau asrama Kolej Seroja perempuan punye 1 blik brape org? Sy budak batch 2017/2018. TQ :)
ReplyDelete2 org tu minimum.. Boleh pilih roommate.
Deletesalam, kak.. nak tanya sikit. kalau exam mid-sem ngan final exam tu.. usually amik masa betul2 seminggu k mcmna ye ?
ReplyDeletewaalaikumusalam, haah exam selalunya dalam 1 minggu, tp hari yg ada paper exam cuma 3 / 4 hari je
DeleteNak tnye. . Kalau smbung asasi sains hayat bole ambil degree medic ke?
ReplyDeleteitu memang pathwaynya..
ReplyDeletesaya pun dari asasi sains hayat
hi i am spm leaver for this year 2017 nak tanye elaun sekarang masih ada kerjust incase untuk kena buat pinjaman ke tak?
ReplyDeleteelaun dia bagi untuk certain orang based on gaji parents je..
DeleteKak,yg dlm kumpulan tu masa lab session, tutorial & pbl, groupmates ditentukan oleh lecturer ke?
ReplyDeleteKumpulan ko-k tu ditentukan oleh siape pulak?
Kak, kite x blh masak sendiri ke?
semuanya ditentukan lecturer.
DeleteTak boleh masak dalam kolej...
Kak, yg dlm kumpulan tu mase lab session, tutorial & pbl tu ditentukan oleh lecturer ke? Group ko-k pulak ditentukan oleh siape? And then kite x blh masak sendiri ke? Perlu beli dri kafeteria ke?
ReplyDeleteKak, yg dlm kumpulan tu mase lab session, tutorial & pbl tu ditentukan oleh lecturer ke? Group ko-k pulak ditentukan oleh siape? And then kite x blh masak sendiri ke? Perlu beli dri kafeteria ke?
ReplyDeleteHai sis... Nk tnye elaun kena apply ke mcm mana?
ReplyDeleteHi sis.. Nk tnye elaun kena apply ke mcm mana?
ReplyDeletetak pasti.. kalau dah dpt asasi selalunya akan masuk group FB dan akan diterangkan di sana.
DeleteHi sis... Nk tnye elaun kena apply ke mcm mana?
ReplyDeleteAs salam,kaknak tnya kalau dapat tawaran asasi sains fizikal bole tukar kpd asasi sains hayat ke?
ReplyDeleteKalau dpt asasi fizikal bole tukar pd asasi hayat ke?
ReplyDeleteKalau dpt asasi fizikal bole tukar pd asasi hayat ke?
ReplyDeletemungkin boleh, kena tukar masa first week ye. nnt tanya semula dalam group fb / lialson officer MAP asasi ye
DeleteHi. Sya nak tanya ni, kalau ambi asasi sc kt unimas ni then nak sambung degree kat UA lain dpt tak?
ReplyDeleteerm boleh mohon UM / USM tapi chances sgt rendah.
DeleteUA lain tak dapat sebab tak boleh mohon upu
Kak tumpang tanya , untuk asasi sains hayat kemudian nak sambung degree , ada course apa ek ? Sebab ada yang kata tak ada course medic
ReplyDeleteada course medic ye di Unimas, dapat ke tak saja..
Deleteada juga beberapa course lain untuk sains hayat, mungkin boleh buat research mendalam hehe
ada course medic ye di Unimas, dapat ke tak saja..
Deleteada juga beberapa course lain untuk sains hayat, mungkin boleh buat research mendalam hehe
I got B for biology in spm .So agak agak saya boleh survive tak kalau dpt asasi sains hayat kt unimas .I want but I'm scared 😢Please reply me ,because I need motivation hehehhehe
ReplyDeleteWell, actually I think you can actually do it. Just imagine that foundation is the next phase that you actually want to improve yourself, even better than school. I personally thinks that asasi is my zaman kebangkitan semula selepas sedikit kejatuhan masa SPM ahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Saya nak tnya .. Bila kita dh habis asasi tu .. Nnti degree tu self sponsored ke kita boleh mintak scholarship ataupun boleh apply ptptn saja? Thankyou
ReplyDeletedegree tu boleh self sponsored atau boleh mohon ptptn atau boleh mohon scholarship, either one, ikut preferences ;)
DeleteHi sya rasa seram sikit pasal 60 org je yg dterima utk medic tu... So kalau gagal 'tergolong' dalam golongan bernasib baik tu apa yg boleh dbuat? Mksud saya mcm apa programme degree yg boleh menjadi pilihan mrk.. Saya tgh keliru skrg whether to choose fizikal or hayat manalah tau nnti ada nasib dapat masuk unimas.. Saya minat bio n sgt kurg suka dgn fizik tp lpas baca situasi tu rasa risau tu dtg
ReplyDeleteada byk lagi program yang sains hayat boleh pilih especially dari fakulti sains & teknologi sumber, dari FPSK sendiri (nursing), atau kos-kos yang bukan sains. Tapi saya faham, ianya bergantung pada minat. Pilih Unimas memang ada risiko sendiri kalau betul2 nak ambik medic. Kawan saya dia sanggup ambik medic kat mesir, IPTS untuk sambung medic. Apapun, pilihan di tangan anda.
DeleteAssalam .. saya nk tnya klau result spm Bio B Chem C Phy C+ Addmath B Bi A- Math&Sej A dan subjek slain B + (ambil 9 subj btw) .. layak ke apply untuk msuk sains fizikal di UNIMAS?
ReplyDeletecuba tengok syarat kelayakan jugak? saya tak pasti syarat terbaru mcm mana. Nak selamat, mohon matriks jugak. Tapi mohon jugak unimas asasi utk cuba.
Deletekalau ambik asasi sains hayat unimas, boleh sambung degree farmasi tak? boleh sambung degree farmasi kt universiti lain ke?
ReplyDeletelepas habis asasi sains hayat kt unimas? nk ambik degree farmasi boleh ke? stay kt unimas or mohon uni lain utk degree farmasi?
ReplyDeleteklu nak ambik farmasi, sy cadangkan awal2 masuk matriks atau asasi lain yang boleh ke degree yg ada farmasi. Kalau masuk asasi unimas, nak dpt IPTA lain sgt susah kecuali klu nk masuk ipts then x ada masalah
DeleteAssalam kak..sy dpt unimas asasi sains hayat..kalau psl bilik kn..sebilik brpae org ye and selesa tak dlm bilik tu..😅😅
ReplyDeleteberapa limit dalam satu bilik
ReplyDeleteKalau bukan pelajar aliran sains (yang ada bio, kimia, addmath), tak dapat masuk asasi sains hayat sebab itu kriterianya
ReplyDeleteTapi jangan risau, kalau berminat dengan pengurusan sumber manusia atau HR, boleh sambung STPM atau diploma. Kemudian, sambung lagi degree in HR.