Monday, August 29, 2011

ye, ye, sah ni entri Raya

Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal yang kita rayakan,
Dengan rasa gembira.

(Lagu ni bersepah kut, haha XD)


Assalamualaikum.. | Wa'alaikummusalam |

Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Lepas ni, dah takde dah pergi terawih solat berhimpit-himpit, takde lagi berbuka beramai-ramai, takde lagi sahur bersama-sama, takde lagi moreh, takde lagi macam-macamlah..

And.. syaitan akan kembali dilepaskan, meggoda manusia.

Aku dah habis exam,memang boleh golek-golek, guling-guling time raya ni. Raya sakan pun aku ada ole-ole homework. Ole-ole paling 'best' kedua selepas duit raya :P

" Baju raya kau tahun ni warna apa? "
Baju raya tahun ni, aku warna hitam. Bukan nak berkabung okeyh.. Cool apa warna hitam.

" Kau balik kampung hari apa? Berapa lama? "
Aku balik first day raya. Empat hari je ;'( Tapi still bersyukurlah kan, dapat balik raya kampung jugak.

" Tahun ni balik mana? "
errm, Perak.

" Nak duit raya boleh? "
Takde duit raya, pelempang pun berguna jugak. haha XD, amboi.. takdelah, sampul je ada.. Nak? Nak?

Soalan atas ni memang random & selalu jugalah kawan aku tanya. So, daripada mengelakkan orang tanya aku lagi, aku bagi jawapan jelah kat atas ni. Yelah, ingat artis je yang boleh bagi kenyataan atas ni kat surat khabar? aku pun boleh lah~


Haritu, bermuka buku, kak Sabella berpantun pantun dengan aku. aku servis balik dengan pantun aku kat sini jelah..

Bagun pagi tak gosok gigi,
Bau busuk gerenti pengsan,
Selamat hari raya Aidilfitri,
Kalau ada salah silap, tolong maafkan.
Pergh, betul ke ni pantun? Muahaha, taramkromoh sajalah!

SELAMAT HARI RAYA!
Untuk semua pembaca blog ini!


Maaf ku pinta dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kakiku yang 'wangi'! Sorry kalau ada terkasar bahasa, tersakitkan hati mana-mana, ter-annoyedkan korang tak semena-mena, merepek tak tentu hala, tergedik-gedik mengada-ngada.

Aku jugak nak mintak maaf sebab guna 'aku' untuk orang yang lebih tua daripada aku. Kalau entri dulu, aku guna 'aku' sebagai 'miss'. Pastu, rasa macam tak selesa, aku tukar guna 'aku'.

Ohh ye, sebelum berpisah, ada sesiapa tak nak bagi aku duit raya? haha XD Hati-hati di jalan raya, hati-hati main mercun di hari raya, kang beraya kat hospital menyesal pulak!

p/s : Aku dapat duit raya awal. Nak tahu siapa tuan puteri yang baik hati kasi aku duit raya? My daddy n my momma pun belum kasi lagi tau.
(Klik sini. Ini bukan iklan nuffnang ke, heartbeat ke, jangan risaulah wey)

p/s/s : Hajatku tercapai, akhirnya Chocolate Cornflakes menjadi! oh yeah. Sedaaapp! delicious! Nak ke? Buat sendiri ye :p

Sorilah, post ni aku tak dapat nak bubuh gambar, ada problem sikitlah. Cadang nak bagi kad raya, tapi kat entri lain jelah kut, InsyaAllah..

11 comments:

  1. aku nak ucapkan selamat raya oteh !



    HHAHAHAHAHAHHAHA.


    (maaf, aku takda tumblr lah)

    ReplyDelete
  2. hik. thanks lah :)
    btw, selamat hari raya!

    ReplyDelete
  3. @muhamad hanif yeah, Slmt Hari rye gak! ;D xde tumblr ek? igtkn ada -.-"

    ReplyDelete
  4. @salwaismail no problemo akk! akk da byk baik hati kat sye, akk promote blog sye, akk pilih sye sbg pemenang, THANKS AKK TUK SEMUA TU ;D

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitry miss Xyz~ maaf zahir batin~ :)

    ReplyDelete
  6. amboi tak senonoh punya pantun . takleh takleh . akak menang okay . hihii

    selamat hari raya dek :))

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  8. awak awak awak..kita nak minta maap kat awak jugak..hahaha


    baju raya kita pon warna hitam ;D

    ReplyDelete
  9. @Sunah Sakura Slmt Hri Rye jgk! :3 duit rye? haha XD

    @sabella mohamad eleh, akk jela yg menang, sye ni memang kalah jela kn :P Slmt Hari Rye akk! :3

    @zorro Slmt Hri Rye jgk! :3

    @Aisyah awak, awak, awak jangan risau sangat ye awak, saya dah lama maapkan awak ye awak, jangan risau tau wak. Ohh ye, Slmt Hari Raya Awak! :3

    Kaler tam tam? Jum sepp awak! XD

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...