Wednesday, July 9, 2014

Braces diary : Pakai braces


Salam Ramadan!

Assalamualaikum dan welkem ke blog gigi beshi.
Hehe.

Inilah warna braces aku yang pertama. 
Black.


            Kalau Orang Kaya Kaya (OKK) selalunya pergi pasang braces kat klinik swasta. Faedahnya, korang boleh buat braces dengan kadar terpantas asalkan korang hulur ching-ching! ($$$) Dan semuanya akan lebih pantas.



            Tapi aku adalah orang sederhana. Ibu dan ayah aku kerja kerajaan (Alhamdulillah untung masih ada kerja) jadi option aku adalah pergi klinik kerajaan. Tapi ingat, pelajar sekolah je boleh apply cara ini kalau rasa-rasa umur dah melebihi title pelajar sekolah, maaflah kena berbalik kepada cara pergi ke klinik swasta. Biasalah, kalau nak murah, mestilah lagi lama tunggu giliran pakai braces.



Appoinment pertama aku masa form 2. Bayangkan dah form 5 baru giliran aku pakai braces. Tapi masa proses menunggu itu, doktor bagi aku pakai retainer. Aneh bukan? Tapi eloklah buat something daripada tak buat apa-apa. Rujuk sini. 



Mula-mula pakai braces memang sakit. Korang hanya boleh makan soft foods like bubur, yogurt and whatnot. Tapi kalau korang jenis typical gagah perkasa macam seorang kawan sekolah aku ini, first day pakai braces boleh makan ayam goreng. Ayam goreng tu tau tak, kulit dahlah keras. Bagi first time pakai braces, even sayur pun dah dianggap keras. Gigi kami umpama bayi. *buat muka comel*



Dan, braces ada berus gigi khas. Nama dia, interdental brush. Nampak tak dia halus berusnya? Fungsinya untuk menyental dan menggelongsorkan segala kekotoran yuks yuks celah-celah antara  braces keluar. Awesome tak?


Actually, sesiapa yang tak pakai braces pun boleh guna Interdental Brush tau. 


Persoalan-persoalan famous tentang braces. Fakta atau Mitos?

1. Taknaklah, pakai braces nanti kena sambar petir.
MITOS. 

2. Magnet mesti melekat kat braces kan?
MITOS.

3. Eiii, braces nanti tak berkarat ke?
MITOS. 

4. Adakah braces akan dikesan oleh pengesan logam di airport?
MITOS. 

5. Adakah pemakai braces akan jadi pelat?
FAKTA.

Tapi tengok juga orang jugalah. Ada yang akan pelat bila sebut huruf-huruf S C X. Macam aku, Alhamdulillah aku tak pelat pun masa pakai braces. Bersyukur sangat sebab masa tu aku masuk bahas tau. Masa itu jugalah aku kena pakai braces. Kalau nak tunda, entah bila lagi aku boleh pakai braces.

For more and source, punch here. 


Akhir sekali,
selalunya kata orang,

6. Orang yang pakai braces ini nampak cute.

FAKTA ATAU MITOS?


Please cakap fakta. Please. Please. 


             

Kadang-kadang aku rasa, pemakai braces ini dah mengalahkan doktor gigi pulak. Kemain nauu, cerita pasal gigi. Macam aku, aku tak nak jadi doktor gigi. Nak jadi optometrist (mata). *gelak malu*
MITOS GIGI BESI, FAKTA GIGI BESI, BRACES, MITOS BRACES, ORTHODONTHICS, INTERDENTAL BRUSH, SWASTA KERAJAAN


*opps, trial dah dekat. Gulp.

31 comments:

  1. Yer dik, comel yang pakai braces. FAKTA tu. Akak sokong nii. hehe

    ReplyDelete
  2. All the best for your trial eh?

    Nak pakai braces juga, tapi belum mampu lagi nak pergi klinik swasta. Hahahahais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! Risau jugak ni sebab study macam tak gerak apa2 lagi TT^TT

      Takpe takpe, buat satu tabung khas utk bwacess ahaha

      Delete
  3. hahaha, alhamdulillah Allah dah kurniakan akak gigi yang cantique dan sihat.. tak perlu lah nak pakai braces sgt . hehehe

    gud luck trial ! buat yang terbaik ! dan jadi doktor mata.. boleh rawat mata akak yg rabun secara free ni.. ahaks !

    ReplyDelete
  4. Untunglah gigi cantiquuee!

    Tula ni yang risau ni sebab saya ni jenis pemalas skrg ni. Teruk betul.,

    ReplyDelete
  5. haiii nak tanya. macamna nak tau bila bila giliran kita dh smpai? dia call ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia selalunya doktor beritahu masa appoinment. Contohnya masa appoinment tu nanti doktor kata, "okay next appoinment dah boleh pakai fix braces" so dri situlah kita tahu. Hehehe ni ikut pengalaman sndirilah

      Delete
  6. akak pakai braces ni , byar bape ? tringin gak nk pkai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, saya pergi kerajaan.. so percuma. kalau swasta beribu gaklah

      Delete
  7. pernah teringin, tapi mahal sangat kat sini T_T banyak kawan2 yg study kat india pakai braces, murah katanya.

    ReplyDelete
  8. kalau pi kerajaan free ? tak kene byr satu sen ke ? nak email awak boleh ?

    ReplyDelete
  9. kalau pi kerajaan free ? tak payah bayar satu sen ? nak email awak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah free.. pastikan umur bawah 17 tahun, mak/ayah kerja kerajaan sebab nanti kena tunjuk guarantee letter (GL).

      Delete
  10. kalau mak/ayah kerja swasta mcm mana eh ?awak buat kat mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu kerja swasta rasanya takde pilihan lain selain pergi klinik swasta yg ada menawarkn khidmat pakai braces. dia kalau ada salah sorg mak/ayah kerja government pun dah boleh dah..

      Delete
  11. Kalau archwire kerajaan patah..mereka denda tak..atau mereka akan cabut pendakap..tadi pergi apointment,percuma je kene marah kata malaysia miskin lah apa lah...lepas 5hari nie ada apointment..boleh predict tak dia buat apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha klu boleh kena jaga betul2, jgn selalu bgi wire/band putus sebab nnt akan lmbtkan treatment. Saya rasa... Lepas ni dia cuma nak ketatkan wire, wallahualam. Saya bkn dr gigi ehehe

      Delete
  12. Kalau parents kita bukan kerja kerajaan tapi nak pkai makcik kita punya GL boleh ke?

    ReplyDelete
  13. Kalau salah seorang parents kita kerajaan boleh ke?

    ReplyDelete
  14. ni buat kt klinik mana eh? nak no telphone skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik seri kembangan. klu nak no tel cuba check kat google selalunya ada.. ehehe

      Delete
  15. Sis. Let say saya skrg f4. Then sy nk buat braces. Pstu dktor sruh tnggu 3 thun lg. Sy dah 19 tahn. So bole lg ke sy nk buat braces kt klinik krajaan even msa f4 tu sy dah register ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, saya prnh jumpa org yang buat masa form 4 tp pakai masa dah lama habis sekolah. Jangan risau, dan bersabarlah

      Delete
  16. Replies
    1. Cuba tanya pihak klinik kesihatan kerajaan kat bhgn klinik pergigian. Saya rasa mcm x boleh sebab setiap 3 bulan, dia nak govement letter (menunjukkan bukti sbg gov worker) tp better tanya balik dgn org yang lebih tau hehe, sorry

      Delete
  17. hi, kalau parents bkn kerja kerajaan free jugak ker? or nope?

    ReplyDelete
  18. hi, if parents bkn kerja kerajaan free jugak ker? or tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free ke tak saya tak sure, sebab dua-dua parents saya kerja kerajaan.. Mungkin boleh cuba tanya terus kepada Klinik Kesihatan.. maaf ye

      Delete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...