10 Persediaan Sebelum Travel
Pernah tak pergi satu tempat, dan
rasa macam satu nikmat yang tak dapat nak ungkapkan, seolah-olah Allah pilih
kau untuk datang tempat itu? Sebab itu, aku ada simpan angan-angan untuk
banyakkan travel. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Tapi,
1 je, travel needs basic planning. Post ini hadir untuk beritau apa 10 persediaan sebelum travel yang kita kena
fikir awal.
1. Flight
tiket dan perjalanan ke airport
Beli
flight tiket ni, ada skill dia. Kena fikir nak pergi dengan sampai? Nak
mendarat airport mana? Nak tambah luggage tak? Nak meal on board tak? Kalau
kita selalu peka (ceh wah) dengan promo flight murah contohnya Air Asia, kena
pandai book. Tapi book dengan perancangan. Jangan beli tiket flight tapi sekali
time tu tetiba ada exam atau ada kerja. Decide awal, kalau lambat.. harga
murahh melepas deh.
Untuk perjalanan ke airport, fikir
awal-awal nak ke airport naik apa. Kalau kat area KL / Selangor, kita bertuah
ada public transport, contohnya KLIA Express (aku selalu naik sebab takda jem,
mudah dan murah). Kalau nak dapatkan KLIA Express promo, korang boleh beli dekat Traveloka
sebab dia selalu je buat promotion KLIA Express ni. Kalau barang banyak, nak book airport taxi pun boleh book dengan Traveloka.
Korang boleh comparekan dengan airport taxi yang lain. Berbaloi bersusah sikit
untuk plan, asalkan dapat yang kita puas.
2. Insurans
atau takaful
Aku banyak baca post kat group
travelling fb, ramai yang cadangkan ambik insurans. Sebab kita manusia, kita
tak tahu apa akan jadi. Cuba bayangkan tengah-tengah kita travel tu, kita sakit
dan perlukan rawatan secepat mungkin. Mana kita nak dapat duit yang banyak masa
tu? Kalau ada travel takaful ni, kalau apa-apa jadi kita tak perlu risau dah.
Dan make sure cari takaful yang boleh guna guarantee letter bukan yang jenis
pay and claim. Kalau jenis pay and claim tu pun still menyusahkan kita nanti.
3. Kenal
pasti keselamatan tempat
Ini
penting, tak kira travel solo atau group, kita kena pastikan kawasan kita pergi
tu kawasan yang selamat, terutamanya tempat penginapan. Kalau kita tau kawasan
yang kita pergi ada kes ragut, kita kena jaga elok-elok barang peribadi. Paling
pentingg, kawasan penginapan yang selamat, ingat point ni. Jadi survey
betul-betul.
4. International
adapter
Rupa international adapter
Sebelum
kita bertolak ke luar negara terutamanya, better kita prepare satu
international adapter dan bawa 1 extra extension. Ini preparation in case
negara yang kita pergi tu guna plug yang berbeza dengan kita. Kalau bawa
sendiri senang, takdalah susah nak beli baru atau cari kat sana.
Biasalah kan, lepas travel mesti
banyak beli ole-ole. Kalau tak beli pun, back up sahaja beg yang mudah dilipat,
jenis beg galas yang ringan supaya kita boleh guna waktu kat sana nanti atau
untuk letakkan barang lebih dalam beg tu semasa balik. Kan dah jimat kos beli
beg baru tu.
6. Cari penginapan yang memudahkan
Lepas dah beli flight tiket tu, pastikan korang survey
pelbagai jenis penginapan dan kawasannya. Supaya kita boleh membandingkan
setiap satu. Carilah penginapan yang menyediakan pelbagai jenis kemudahan.
Kemudahan dekat sini bukan sahaja kita refer kepada kelengkapan dalamnya, tapi
kemudahan daripada segi accessible tempat. Kalau aim nak guna public transport,
cari yang berdekatan dengan public transport. Kalau nak kurangkan pergerakan
dengan transport, cari penginapan yang berhampiran dengan kawasan tumpuan
pelancong supaya boleh jalan kaki je ke beberapa tempat.
7. Check status penyakit atau
wabak negara yang kita nak pergi
Sekarang tengah bising pasal Wuhan virus, jadi elakkan dari travel
ke negara China buat sementara waktu. Sama macam jemaah haji, sebelum berangkat
kena dapatkan vaksin yang dah ditetapkan. Kalau negara itu ada penyakit yang
dapat elak melalui vaksin, dapatkan vaksin terlebih dahulu sebagai langkah
selamat guys. Kesihatan ini penting sangat-sangat.
8. Check passport atau visa
One of powerful pasport; Malaysian
passport
Sebelum pergi airport, pastikan pasport dan visa masih
valid. Check dulu kita bawa ke tak (termasuk IC) sebelum pergi airport. Simpan
dalam beg galas atau handbag yang tak mudah tercicir. Jangan simpan dalam
luggage bag, nanti susah nak keluarkan. Lain negara lain cara masuknya,
pastikan kita tau serba sedikit pasal itu. Nanti tak pasal-pasal tak dapat
masuk negara lain sebab dia ingatkan kita nak petik epal ahaha.
9. Tukar mata wang
Yang ni dah sedia maklumlah kan, lagi-lagi kalau pergi luar
negara. Kena selalu check bila mata wang negara lain turun, cepat-cepat tukar
duit.
10. Simcard
Bila dah pergi oversea, kena check sama ada kita boleh pakai
simcard sama atau tak. Internet mana lagi murah. Penting adanya internet supaya
kita boleh google tempat-tempat yang kita nak pergi, nak translate
bahasa-bahasa yang pendek yang kita tak faham.
Apapun, selamat bercuti!
Rajin-rajin baca tips / iternerary orang lain yang selalu
travel. Sekurang-kurangnya mental kita dah sedikit bersedia apa yang kita akan
hadapi walaupun pengalaman kita tentunya akan berbeza daripada orang lain.
#masihberimpianuntuktravel