Sunday, October 25, 2020

I am now final year medical student

Assalamualaikum & salam ceria!


       Lama betul tak update, last update cerita pasal fail posting Orthopaedics. Masa awal-awal MCO itu sebenarnya aku free je masa tapi tak ada idea nak tulis pasal apa. Kalau-kalau ada orang curious camne Unimas medic belajar masa MCO haritu, kitaorang belajar online kelas. Tapi masa bulan August kitaorang start pergi Universiti balik dan belajar clinical (maksudnya kitaorang kena pergi klinik atau hospital untuk tengok pesakit tapi kena pakai face shield). 


So far, walaupun tak dinafikan, jumlah pesakit yang kitaorang tengok kurang daripada sebelum COVID19 tapi basically lecturer kitaorang cuba optimumkan pembelajaran tu sebanyak mungkin. Its not all bad I guess. Certain pembaharuan yang lecturer buat tu sebenarnya lebih bagus aku rasa contohnya doktor jemput pesakit dan kitaorang semua dapat tahu cara nak clerk case dengan lebih baik etc. 


Oh dan sebenarnya, aku baru je minggu lepas habis year 4. Cuti 4 hari then terus masuk year 5. Alasan cuti pendek sebab kitaorang dah banyak "cuti" masa MCO haritu. Nak kejar balik masa dan target graduate on time. Bersyukur sangat-sangat Alhamdulillah aku pass year 4. Year 4 ni nampak macam honeymoon tapi dia punya posting tu banyak betul, sampai ada 10 posting camtu. Tak sanggup aku nak lalui 10 posting semula... (dalam medic kalau fail banyak posting kena repeat the whole year).


Apapun, walaupun dah tak ada reader ke apa ke, aku akan cuba update blog ni setiap kali lepas habis posting year 5 sebagai memori. 


If you are wondering how I get out from my failure phase, I become lazy a lot, I watch drama a lot but that dont help much. But what helped me to fix my mentality is by reading good motivational books. Those "down" days I spent time to read motivational books and certainly that help me alhamdulillah with Allah's will. Hang in there, better days will come. As long as you don't stop paddling. 



15 comments:

  1. sikit lagi nak habis! semoga berjaya, so proud of you!

    ReplyDelete
  2. bukan setakat unimas medic je akak fikir, satu univ semalaysia akak fikir mcm mana la budak medic study. odl ke? tak susah ke? haha

    btw good luck!! nanti share la book apa yg boleh bagi motivation. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni ODL campur pergi hospital (tapi limited masa)

      buku: the road less traveled, switch: how to change things when change is hard, The defining decade

      Delete
  3. congrats and fighting okay . nanti bolehlah jadi doctor 🙈 i really admire org yg ambil meds . i ambil pure bio pun dah stress mcm apa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank uu sopheaa, rajinnya datang baca blog ni ahaha

      Delete
  4. heyyp im #1562 follower :) welcome back in writing

    ReplyDelete
  5. wow cuti 4 hari je. kitorang cuti seminggu lebih pon rasa mcm pendeknya. Seronok dgr kebangkitan awak lepas rasa down. All the best to you ;)

    ReplyDelete
  6. All the best bakal dokter. melihat kesusahan kakak sendiri lalui HOship, tapi kejayaan tak pernah mustahil. InshaAllah.

    ReplyDelete
  7. I tend to watch productivity and study vlogs as a source of motivation - because I don't like to read XD Jealous dengan orang boleh baca buku ni, if I read motivation book, mesti first page dah tidur XD

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...