Saturday, January 25, 2020

Ortholonglah Saya

Assalamualaikum & Salam ceriaa


       Arghh, aku rasa 24 jam aku macam tak cukup. Sekarang ini aku tengah Orthopaedics posting, iaitu posting yang belajar pasal tulang. Bila masuk ortho ni, makin banyak soalan aku:

"kenapalah aku ambik medic" 

"nanti dah habis HO, aku nak sambung jadi doktor lagi ke tak eh"

Orthopaedics posting menghantui

Inilah masalahnya kalau basic anatomy tak kuat. 
Jadi, adik-adik yang fikir nak ambil medic tu, pikir baik-baik. Sanggup tak nak bersusah payah 5-6 tahun untuk study, dan lepas habis belajar, seumur hidup kena duduk hospital lama-lama (kalau kerja hospital la). 

Ortho ni scary sebab setiap batch yang lalui ortho mesti failing rates dia belas-belas. Aku ada cuti seminggu ni kalau ikutkan boleh balik, tapi sebab risau otak kosong sangat, aku terpaksa lupakan niat nak balik rumah tu. Kat rumah study ke laut China Selatan.


Bercakap pasal China ni, 


Sekarang tengah rancak isu Wuhan virus. Hati-hati, kes dalam Malaysia pun dah ada sekarang ini. Lagi-lagi tengah CNY pulak tu. Kalau kat tempat crowded pakai mask yang 3 ply (3 lapis) tu & selalulah cuci tangan dengan 7 steps tu. Peringatan untuk diri sendiri jugak. Semoga Allah melindungi kita semua kecuali orang-orang yang benarkan pelancong dari China masuk dengan mudah tanpa kawalan ketat time-time gini, you know who.



6 comments:

  1. Kalau dah lulus banyak exam tu maknanya mampu dah bergelar doktor tu sedikit hari lagi InSyaAllah semoga dipermudahkan.

    Semoga rakyat Malaysia yang tidak berdaya dilindungiNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah, komen ni sgt memberi smgt, terima kasihh

      Delete
  2. saya selalu adore dgn budak medic sebab tempoh belajar diorang lama, belajar pulak smpai sakit kepala. salutee!

    semoga dipermudahkan semuanya!

    ReplyDelete
  3. couldn't make any preparations bcause it's not safe to travel these days.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...