Assalamualaikum & Salam cerios!
Kenapa kena ada MUET?
MUET ini antara syarat kelayakan untuk course degree (undergraduate) untuk masuk university sama ada IPTA atau IPTS. IPTA memang wajib ambik. PM, Datuk Seri Najib telah mewajibkan MUET sebagai syarat kelayakan untuk masuk course degree.
Muet ini ada 3 sesi setahun. Boleh tengok kalendar sini.
> Mac
> Julai
> November
Kenapa kena ada MUET?
MUET ini antara syarat kelayakan untuk course degree (undergraduate) untuk masuk university sama ada IPTA atau IPTS. IPTA memang wajib ambik. PM, Datuk Seri Najib telah mewajibkan MUET sebagai syarat kelayakan untuk masuk course degree.
Muet ini ada 3 sesi setahun. Boleh tengok kalendar sini.
> Mac
> Julai
> November
Requirement Band MUET untuk course degree
Band MUET
Makin tinggi band, makin bagus markah MUET.
Komponen MUET
Selalunya MUET ini dia asingkan 2 hari. 1 hari untuk Speaking test sahaja. 1 hari lagi untuk semua writing test (Listening, Reading, Writing). Jangan risau, nanti kat slip muet akan diberitahu tarikh & masa ujian. Contoh gambar slip muet klik sini. Macam dalam gambar, tempat test (test centre) pun akan diberitau.
Perkara basic perlu ada sebelum ujian MUET
- Print siap-siap slip MUET dari link ini dan kena bawa untuk setiap kali peperiksaan.
- IC dan kad matriks kena bawa juga
- Alat tulis (untuk semua writing test)
Perkara basic lain (I wish somebody told me before I took MUET)
- Kena pakai baju yang sesuai. Kasut bertutup. Laki baju berkolar. Pakaian yang sopan dan sesuai.
- Untuk speaking test, alat tulis pensil, pemadam dan kertas disediakan. Speaking test sahaja!
- Untuk semua komponen writing test (Listening - Reading - Writing), jarak masa dari satu test ke test yang lain tak jauh, jadi pepandailah bawa air masak secukupnya. Biskut ke roti ke untuk makan kalau lapar. Pastikan tidur kena cukup baru dapat jawab power ye tak?
- Pakai jam walaupun anda membencinya. Datang awal sebelum waktu yang dia tulis terutamanya Listening. Lambat datang listening, dia takkan ulang semula rakaman suara untuk kita. Untuk test centre yang jauh, rancang perjalanan supaya tak terlambat.
- Untuk listening test, akan ada kuarantin sebelum masuk bilik yang lain. Gunakan masa ini untuk berkenalan dengan candidate group kita dan bincang untuk task B.
800/1 - Listening
> Boleh tengok format kertas kat buku latihan.
> Basically, dengar dan isikan tempat kosong (tapi tak semudah yang disangka)
> Perlukan banyak latihan
800/2 - Speaking
> Anda akan masuk dalam satu group terdiri daripada 4 orang. (Atau 3 orang kalau tak cukup)
Handphone / sebarang gajet tak boleh digunakan masa kuarantin & masa dalam bilik test speaking.
> Ada 2 task. Task A dengan Task B.
- Task A (Individual)
Kena bercakap selama 2 minit (boleh kurang, tak boleh lebih masa) mengikut topik yang diberi (tak boleh pilih - ikut nasib). 4 orang akan dapat topik/point yang berbeza tapi di bawah tema yang sama.
Contoh soalan : What is the best present you can give to your brother?
Candidate A : Laptop
Candidate B : Money
Candidate C : Car
Candidate D : Holiday trip
Candidate A akan mula dulu. Then, B - C - D. Giliran ikut urutan huruf. Selalunya tak boleh pilih kita nak candidate A ke B ke C atau D. Ikut nasib.
# Anda akan diberi masa untuk membaca soalan dahulu
# Next, akan diberi masa untuk tulis semua point ikut topik yang diberi
# Kena catat apa yang candidate lain cakap untuk bantu diri sendiri untuk task B
# Kertas, pemadam dan pensil disediakan.
# Task A -
Introduction (Kenalkan topik yang diberi)
Point (Sekurang-kurangnya dua point)
Conclusion ("In conclusion, I strongly agree.." - contoh ayat untuk kuatkan hujah)
Pastikan semuanya dalam masa 2 minit. Jangan lebih. Jangan kurang sangat. Cuba optimumkan 2 minit tersebut.
- Task B (Group)
Tiada giliran tertentu. Tentukan siapa yang akan bagi introduction dan siapa yang akan concludekan isi-isi masa dalam bilik kuarantin BUKAN masa dalam bilik speaking baru nak tentukan ye.
# Akan diberi masa untuk tulis points (Boleh guna points orang lain dalam task A)
# Boleh sokong mana-mana point
# Pastikan ada interaksi
# Maksimum masa ialah 10 minit.
800/3 - Reading
# 45 questions
# 90 minutes
# Objective questions (hitamkan kertas OMR - tak semudah yang disangka)
# Kena cuba skor yang ini sebab dia bawa banyak markah
800/4 - Writing
# 2 section. Section A & B.
# Section A ada format tertentu. Report writing essay. (rujuk buku latihan MUET)
# Pastikan patah perkataan (150-200 words ONLY). Jangan lebih dan jangan kurang!
# Section B ada cara tertentu. Section B Extended writing essay. Selalunya argumentative essay.
Introduction
Content - Min 3 Main Point
Conclusion
# (minimum 5 paragraph, 350 words). Pastikan lebih 350 words ya!
Nantikan post akan datang pasal tips-tips nak skor MUET band 3 ke atas. Post ini cuma general info yang semua MUET candidates kena tahu. Tips-tips misteri yang lagi hebak akan diberi dalam post yang lain pulak. InsyaAllah, kalau ada usaha, semuanya akan jadi, BELIEVE IT!
Harap entri ini membantu, sorry terpanjang ahaha.
Takut lak nak ambik test muet untuk bulan 11 ni :'(((((
ReplyDeleteJangan takutt! Ia tak seteruk yg disangkaa. Tapi mmg susah lah, i gotta admit. Bila dah habis tu rasa heaven gila tp saya ni jenis pelik sikit. Bila dah habis saya rindu nk muet sbb saya mmg pelik cmni - lambat move on.
Deletesame with me
Deletebila belum ambik makan pun tak selera tapi bila dah ambik ermmm rasa nak ambik lagi.
takutnyaa.. saya taktau bila nak ambil muet T__T masa sem 2 ni banyak buat latihan pasal muet, tapi mmng paling lemah dgn speaking task B kot. sbb gugup tktau nak cakap apa. lastly, bagi point merapu hahahaha T____T
ReplyDeleteanyway, thanks for sharing!
Ahaha, selalunya klu student diploma ambik lmbt2. Tapi klu lambat tkut makin mahal + format makin susah. Task B tu kena praktis dgn kwn, baru best! Set masa sekali
Deletehahah teringat masa zaman amek muet dulu... dah la tak blaja subjek english/muet langsung masa asasi, so redah je muet tu. alhamdulillah ok je... berlatih dgn kawan mmg penting!
ReplyDeleteSrs ke time asasi tak ajar? Uhuhu dahsyat nya sis hebak betul klu camtu.
DeleteYep, berlatih dgn kawan mmg byk membntu ;)
first ambik muet exam bln 3 aritu, especially speaking tu memang nervous sebab aq ni jenis tak pandai public speaking. Tpi kalau korang dah prepare dan korang tau apa yang nak buat, insyaallah tak ada masalah :)
ReplyDeletekalau yaya dibagi duduk smula dalam muet tu. xnak. :'( xsukaaa. hahaha
ReplyDeleteTakutnya nak ambil muet. Dah la kita tak reti BI. Huuuh
ReplyDeleteXYZ dah ambil muet?
InsyaAllah, boleh punya... Klu ikut pemerhatian saya kan, kwn2 saya yg BI dia agak lemah, klu dia rajin, minimum boleh dpt Band 3. Tapi lagi bagus klau target band 4/5, best sikit kan?
ReplyDeleteSaya dh ambik muet, alhamdulillah
belum ambik muet :D
ReplyDeleteplan nak ambik bulan 11 nanti :3
suka bi tapi part speaking nie kureng sikit XD
thanks atas info nie. bagus sangat :)
woaaa. nice entry! sem depan da kene start buat persediaan nak ambik muet , kene bookmark entry ni huhu
ReplyDeletemuet dulu dapat band 3 je sikit lagi nak band 4
ReplyDeletePractice makes perfect kann. Kita biasa biasa je.. Taktau cemana orang lain boleh score bagus sangat ahaha.
ReplyDeleteSama lahh dah xnak .. uwaaaa
ReplyDeleteSalam..sye skrang di asasi sem 2 dan telah wt muet pda sesi nov 2017.sye dpt result muet kurang bagus.bleh x sye amik muet lgi skali utk memperbaiki result sye.klau bleh bila sye bleh amik muet dan perlukah sye mengisi upu utk kemasukan degree.mohon beri penjelasan
ReplyDeleteboleh, tak ada masalah.. Cuba tgk untuk bulan Mac. tapi rasanya dh tutup dah pendftaran muet untuk bulan mac..
Deleteye, kena isi upu untuk masuk degree. Tapi bergntung asasi apa yang awak masuk, klu UITM dgn UM boleh mohon UPU tapi asasi lain, boleh mohon internal upu dalam univ masing2
Tarikh speaking blh tkr ke
ReplyDeletesesi mana yang soalan muet senang eh?
ReplyDeletePaper sy esok omg nk gugur jantung and i cant sleep. Wht should i do hahahaha
ReplyDeletenak tanyaa.. kalau trlepas tarikh speaking boleh amik ke paper2 yg lain?? sbb hritu mohon pindah pusat igtkn tukar pusat je tpi rupanya tukar tarikh skali T.T
ReplyDeleteyang ini kena tanya pihak muet (lembaga peperiksaan). tapi setahu saya semua paper kena ambik
DeleteRambut panjang utk lelaki boleh ke masa test muet ? Sy tak suke potong rambut
ReplyDeleteHi, mana 'Tips-tips misteri yang lagi hebak' seperti yang cik katakan. Saya menunggu in.. (student yang tak amek muet lagi tapi dah amek IELTS)
ReplyDeleteMsa reading, writing kena bawa kamus tak?
DeleteKalau muet writing guna pensil diterima ke
ReplyDeleteBetter guna pen la
DeleteHi Miss Xyz, saya nak tanya berapa soalan. Harap miss reply saya ye. Saya risau.
ReplyDelete1. Cara pakaian perempuan boleh baju berkolar ke atau wajib juga pakai baju kurung?
2. Masa dah sampai ditempat ujian, kat mana kita boleh letak (bag/dompet/telefon) mereka sediakn locker utk kita ke?
3. Boleh bawa kertas kosong utk buat nota sendiri ke atau pihak dorang sediakan kertas kosong utk kita?
Alamak, saya dulu ambik muet bawah univ. Jadi saya tak pasti kalau ujian as orang biasa..but saya cuba jawab
Delete1. Pakai baju formal paling selamat
2. Yang ni saya tak boleh jawab since x ambik kat luar
3. Pihak diorang akan sedialan kertas