Wednesday, June 1, 2011

Anda serabut?

Assalamualaikum & well hello semua..

Okay, start dari hari ini, malam ini, saat ini.. Miss secara officially menggunakan Nuffnang.. Alah, iklan yang sana sini tu.. Miss saja.. tengok ramai blogger dah guna, ape salahnya try kan..

So, kalau korang serabut tengok iklan sana-sini, komen yew... InsyaAllah nanti miss ubah.. 



Thank you for reading~ Lalalala~

Awat pendek sangat?

Hehehe, bukan selalu.. 

Assalamualaikum!  InsyaAllah esok post lagi..


Pizzalicious

Assalamualaikum & hey semua..

Nak citer sikit jela.. short-short suda.. Semalam miss makan Pizza! Mama miss masak.. Sodap.. Tengok ni.. Mesti terliur!

Gambar di bawah menunjukkan semua pizza bukan hak milik Pizza Hut mahupun Dominos. Harap Maklum.



Okay, ni gambar sos yang pekat lagi enak.. Rasa masam & manis yang tak boleh miss lupa.. Arggh, sedapnye.



Pizza yang sudah siap dihias..



Pizza yang tengah dibakar.. Kita bakor je~



Taraa~ Dah siap..
Sorilah kepada kamu-kamu semua ye! Tengok je la ha... kalau nak sangat call 1800-88-2525 (eh, tapi miss tak pasti ni nombor pizza hut ke tak.. try je call.. hahaha XD)


P/s : Alhamdullilah bersyukur kepada Allah miss dapat makan sedap-sedap.. Ohh, perut berbunyi.. nak makan nasi lemak yang mama miss masak jugak kat bawah.. Korang jangan nak jeles je ye.. Kalau nak sikit, komen kat bawah ye!



"Kenapa aku berblog ?"


Assalamualaikum pembuka bicara & aluuu semua..


Yup, miss sekarang ni tengah join [ Segmen Nelly : Kenapa korang buat berblog? ] Ini kali kedua miss join benda-benda camni.. Best pulak rasanya.. Layann..
Tekan pada gambar untuk terjah terma & syarat.. Miss malas nak tulis semua..

So, kenapa miss berblog? Soalan ni nampak je kacang.. Tapi untuk dapatkan jawapan yang TERBAIK memanglah mencabar! Jawapannya.. Jeng, jeng, jeng..

Pengaruh rakan sebaya yang first-first sekali membawa pengaruh besar (weikk) iaitu Sab.. Sab ni dulu takdelah serius sangat bila berblogging.. Tapi sejak miss join, eh bertambah serius pulak.. Senang citer, miss ada geng bila berblogging ni.. Ohh lupa.. Sab tu classmate miss.. Meja kitaorang seberang je.. Boleh dikatakan setiap hari  kitaorang asyik bincang pasal tak lain tak bukan pasal BLOG (Sab, kita hanya di seberang meja! hahaha..)

Miss seorang perempuan yang pemalu tapi ceria.. Mungkin miss akan terserlah keceriaan tu bila miss dah rapat dengan seseorang, baru orang tau yang miss ni ceria.. Camne orang nak peduli & memahami kita? Lagi-lagi orang yang miss tak kenal.. Miss nak kewujudan miss di dunia ini diketahui oleh dunia & mengenali sifat miss yang ceria ni.. Tapi bagaimana? Salah satunya adalah dengan menulis blog.. wink2*

 Miss dapat mengenal sifat & kerenah manusia yang pelbagai.. miss dah kenal ramai orang (but bukan semua orang).. miss dah boleh terima idea & pendapat orang lain.. miss dah semakin matang bila baca cerita diorang sama ada tips, cerita kehidupan & so on.. miss jugak dapat info-info yang baru lagi terkini memandangkan miss tak berapa nak minat sangat baca surat khabar.. Well, macam2 lah miss dah tahu sejak berblogging ni.. Family pun tahu miss ni kaki blogging.. *Kantoi

 Miss dapat menonjolkan kreativiti miss dalam menghias (eceh!) 

 Miss suka blog sebab miss sukalah! Dah jadi macam hobi dah pun... Tak salah berblog tapi jangan asyik nak berblog sampai lupa dunia, lupa makan, lupa solat, lupa tidur, lupa study (eleh cakap orang je keje) & macam-macam penyakit-penyakit "amnesia" yang lain..

Orang bertuah yang di Tag.. (You have been TAGGED!) 
-Ambik Lollipop ni miss kasi free..-

 Sab 

 Cik Purple (balas budi)

 Korang yang berminat! :D

Itu jelah kot.. Panjang lebar aku membebel.. hahahaha.. Jangan marah!

P/s : Doakan aku menang.. InsyaAllah.. 

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...