Friday, June 3, 2011

Tau, buruk..

Assalamualaikum & hello hello semua.. Miss in the house..


Tadi baru je tolong mama masak kari. TERBAEK!

Okay, meh kita reversekan masa kembali..


Pukul 9.00 lebih,
Nak tahu miss buat apa?
Buat bodoh? Eisshh, agak-agaklah.. 
Miss buat kerja ni haa.. 


MENDOODLING..

Doodle Pertama yang miss buat! Tau, tak comel pun macam doodle korangg..

Pastu.. rasa-rasa macam best je..

..
...
....

Buat lagi tapi muslimah punyaa.. (tapi tak boleh nak kalahkan kak Mel Amalina or kak Amar)



Kenapa miss buat doodle? Dah jadi trend.. So, nak try gaklah.. hehehe.. korang pun boleh jugak nak wat doodle.. Tunjukkan kat miss ok? Kalau nak tunjukkan bagi link kat komen.. 


Tata ;D







Thursday, June 2, 2011

Eh siapa Mira Edora tu?

Assalamualaikum & hola semua..

Kisah Aku & Mira Edora

Eh, sape mira edora tu? Korang tak kenal? Apalah itu pun tak kenal..

Meh nak kenalkan,.. ok, Mira Edora tu kakak angkat miss.. Diulang, kakak angkat miss..

Dia baik... Dia pernah kasi baju kurung lama dia (still ok tak koyak rabak ok) kat miss.. Dia kata tu baju kurung kesayangan dia, tapi dia dah tak muat bukan sebab kak Mira gemuk! (Amboi, sapa kata dia gemuk? Meh, nak kasi penyepak free, dah lama tak bagi sepak free ni) Sebab Kak Mira dah tinggi jadi kalau pakai nanti senteng pulak.. Baju kurung tu cantik sangat warna pink pulak tu.. Terharu miss..

Akak Mira Edora ni rupanya cantik & baik.. Bertuah sesiapa yang dapat memikat hati akak angkat saya ni.. Dia kadang-kadang bawa makanan kalau dia datang rumah miss.. Baikkan.. Semua makanan tu semua kak Mira Edora masak.. Ni nak cakap ni.. masakan kak Mira Edora sedapp sangat.. Rasa macam nak minta lagi tapi nanti nampak sangat tak malu.. Adehh~

Cun kan? Cakap cun sekarang! hahaha..

Tapi kan, kak Mira Edora ni garang laa jugak.. Pernah satu hari miss ikut dia pergi shopping..

(Psstt.. kak Mira ni agak shopping holic sikit.. Sori kak Mira...)

Kak Mira ternampak seorang lelaki ni dia masukkan benda.. (kalau tak silap lollipop jenis big foot perisa strawberry, cehh ingat lagi...) yang belum dibayar masuk ke dalam poket dia..  [O.o]

Ni, kes nak curi le tu.. Kak Mira apa lagi, datang kat laki tu pastu marah sebab mencuri lollipop yang belum dibayar.. Miss tengok muka lelaki tu kecut perut tengok kak Mira marah.. Lelaki tu terus minta maaf & letakkan balik lollipop yang dia curi tuh.. Hebat kan? Chaiyookk kak Mira!

Bila ingat balik, lawak jugak.. Ada jugak laki yang nak curi lollipop.. Ish3..

TETTTT..

Masa bercerita dongeng dah tamat..
Best tak??? Hahahaha..


Sebenarnya.. miss join contest ni.. 


Tekan gambar di atas untuk join ok?

Sesiapa yang nak join, cepatt sebelum 30 Jun 2020 2011



Sorry entry terpanjang abad ini..



Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !!

Assalamualaikum & ello semua,

Hari ni kekontangan idea nk tulis post pasal apa.. So, miss join..



Tekan gambar kat atas untuk join..

Syarat-syaratnya miss copy dari sini :-


1. Buat entri yang bertajuk " Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !! "


2. Letakkan header di atas dan link kan ke entri ini



3. Serlahkan kreativiti anda untuk mengolah apa hobi anda

4. Tag 2,3 orang rakan anda

5. Kalau boleh follow la blog ni, dan juga like fan page blog ni (optional)

6. Tinggal link entri anda di ruangan komen

7. Dah siap!



Apa hobi miss ? Kalau dulu orang tanya apa hobi miss time kecik-kecik dulu.. miss akan jawab makan.. (miss tak ingat sebenarnya, pakai main taram je ni) Miss pun keliru apa hobi miss sebenarnya.. Main badminton ke, mandi kolam ke, tengok tv ke, baca novel ke.. Tapi sekarang (bersemangat!) miss dah tahu apa hobi miss yang sebenarnya.. ialah melayari internet.. 

 Kalau dulu first-first bukak facebook.. baru bukak yang lain-lain.. sekarang bukak blogger baru bukak yang lain termasuk facebook.. Waktu facebook sekarang terhad dalam 10 minute sahaja.. Waktu blogger yang control semuanya.. O.o? But not all the time.. Just, masa untuk berblogger lebih banyak daripada ber-facebooking..

Ada faham? Baguslah..


Orang yang miss nak tag:-




Kalau korang free & rajin-rajin belaka, join jela..



TAMAT


Eh, jap belum tamat lagi~ Thank you very very very very very very (berapa manyak very daa) much kepada follower baru & pengomen-pengomen yang baik hati..






Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...