Sunday, March 23, 2014

7 similar faces in the world

Assalamualaikum and houulla holaa!


I heard that there are several theories regarding that we have 7 people that have similar face as we do in the world. But yeah, we never know if that theory is accepted or not. And some people called it doppelganger, but no. We are not discussing about doppelganger. It is completely a different topic.

Hmm, same face? It's kind a make sense.


My friend once said that I looked like her. 
It's so good to be true! HAHAHA. 
Now, now, ada orang perasan pulak. 


So, most of my friends, they said that my sister is like my identical twin.I had a younger sister. My only sister. They claimed that we have the same voice, about the same height and the same face (not really tho). Even if I denied them, there will always be my family members, strangers and 'mak cik jual tepi jalan' also claiming the same thing.


Even there is one boy, my classmate, he once stated, that what if my "secret admirer" mistaken if he thought that my younger sister is me? I laughed at him because the sound of me having a secret admire is just ridiculous. But at some point, he is true. No, not about the secret admirer but some of my friends do actually mistaken my sister as me. Then, they go on mentioning, "patutlah tak pandang masa panggil." "eh, ingatkan Aisyah tadi." bla.. bla..


This is so random. I think that this post have no point at all. So, I have found one out of seven. What about you guys? Ever met one?


p/s : AHAHA, I was so boring during this school holiday so I thought it will be cool if  I post something in English. "Budak ni poyo oh cakap English." Relaks relaks, lain kali kita buat dalam Bahasa Arab pulak. Baru bahasa syurga kan? :p


Jom study!

Friday, March 7, 2014

Membebel sebelum tidur

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara,
Cehh, ayu sungguh bahasa!


Sejak header bertukar jadi harapan untuk dapatkan SPM 11A+, dah makin jarang blog ni berupdate. Patut ke aku tukar header ini supaya aku dapat berblog macam dulu? (acah-acah update blog je, nanti apa pun tak boleh).

Seriuslah, tahun ini jadual aku sangat berisi macam dompet penuh dengan duit syiling sampai dompet terkoyak. Macam itulah, betapa berisinya masa aku. Penuh tak ada ruang kosong untuk blog, *sedih*


Mana taknya, dari Isnin sampai Ahad aku pergi sekolah je. Pak guard pun dah bosan. Asyik muka budak ini je. Orang kata "my second house is my school." Apa agaknya, akan jadi kalau aku dah lepas SPM nanti eh? Mesti aku rinduu sangat nak pergi sekolah.  Bercakap pasal habis SPM ini, results SPM 2013 dikatakan keluar 20 MAC 2014. So, kepada sesiapa di luar sana yang nervous tahap nerves impluses bagai nak meletup, all the best. Doakan yang terbaik! Aku somehow, look forward untuk results senior tahun lepas. Ini semua sebagai semangat dan inspirasi.


Pengetua sekolah baru pun akan datang ke sekolah aku. Katanya, garangnya. Dan, ini pertama kali tau aku bersekolah dapat pengetua lelaki. *shocking*


Sayang seribu kali sayang, aku masih tak dapat nak update blog selalu.
For next entry, tunggukan ya! Ada kejutan. Haa ewah.

P/s : Buat siapa yang tak pernah menggigil, masuklah syarahan spontan. Tajuk diberikan pada waktu itu juga dan hanya ada 2 minit untuk rangka idea. Memang terbaik. Untuk update yang lain, mungkin akan ada tips untuk kawal nervous. In Sha Allah. 


Saturday, February 15, 2014

A promise is made

Assalamualaikum dan ohayo~


Badan aku masih sengal-sengal ini. Sakit lepas habis fun run (merentas desa). Inilah akibatnya, dah lama tak lari, badan jadi shock. Lemak bergantungan pun kini berciciran secara tiba-tiba. Akibatnya, badan jadi sakit-sakit. On the bright side, aku berjaya dapat top 15 Perempuan bawah 18 tahun untuk fun run. Alhamdulillah (sambil urut-urut kaki)


Dan,
Hari itu jugak, last day untuk pengetua sekolah aku. Aku pelik betul, tahun aku nak periksa ada sahaja perubahan. Nanti ada pengetua baharu (cehh tatabahasa jaga itu) datang pula. So, aku pun bersalamanlah dengan pengetua.

"Cikgu, terima kasih cikgu."
Pengetua peluk aku. 

"Janji eh Aisyah, kamu kena dapat straight A's untuk SPM." Pengetua pandang aku. Berharap.

"In Sha Allah. Cikgu jangan lupakan saya." sengih. 

"Tak, saya tak lupakan Aisyah." 

From that day, 
A promise is made. 
Walau apapun janji tetap janji. "A promise is made anyway. Deal with it." 


Pengetua ini, adalah satu-satunya pengetua yang ingat nama aku. Orang putih kata, the one who remembers me by the name. Batch aku ini, dah 3 kali tukar pengetua kat sekolah. Dan semua pengetua itu berpindah tahun semasa aku ada peperiksaan besar, masa PMR dan yang ini SPM. Agak-agak, pengetua baharu ini, tahu nama aku ke? Garang ke? Lelaki ke perempuan?


Persoalan terbesar sekali,
Boleh ke aku tunai janji aku? 


*Buat sesiapa yang tak tahu atau tak sedar atau lupa ada SPM tahun ini. SPM 2014 dicepatkan pada 3 November 2014. Tetapi tarikh bergantung kepada pindaan  Lembaga yang menakutkan iaitu Lembaga Peperiksaan. Boleh rujuk google atau guru-guru yang berkenaan.*

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...