Saturday, November 2, 2013

Asyik hujan je, mana pelangi?




"Argh, markah periksa aku teruk" Hentak kepala ke dinding.
"Tak guna punya kawan, tikam belakang!" Masam tak bertegur.
"Kerja keras tapi gaji sikit!" Geram.


Takpun lepas satu masalah, timbul satu lagi masalah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lemas dalam lautan masalah. Sampai satu tahap, rasa fed-up itu menggunung dan kita mula mempersoalkan kenapa-kenapa-kenapa dan kalaulah.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
(Surah Al-Baqarah Ayat 30)



Dalam ayat Al-Quran ini Allah terangkan dengan jelas yang Allah tahu apa yang kamu tak tahu. Kita mungkin kata, "ohh Tuhan tak sayangkan aku, jadi aku punya masalah bertimbun tak pernah selesai. Terabai." Allah bagi ujian untuk kita kembali pada Dia, rayu pertolongan.

Allah tahu kalau kau terlepas sesuatu, terhilang sesuatu, tergagal sesuatu Allah akan gantikan dengan lebih baik.


Jadi,
Pelangi itu mungkin bukan di sini,
Mungkin bukan sekarang,
Tapi nun di sana,
Jangan berhenti,
Jangan mengalah,
Pencipta pelangi,
Akan kirimkan nanti ;) 


(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Surah Al-Baqarah ayat 112)






Pencipta pelangi takkan mungkin mungkir janji, percayalah.

15 comments:

  1. (: semangat lak rasa bila baca entri ni~
    rindu kau beb!~ lama tak nampak~ <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaff! Aku pun dah lama tak dengaq citer pasal hang. Untunglah habis pmr :p

      Delete
  2. aisyah, hows life? ;D
    rindu lah. lamaaa akak tak datang sini. hee. tengah exam ke skrg? all the best ya. fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exam dah habis. Life? Sekarang tengah struggle to find myself back, tengok drama and enjoyy ahaha

      Delete
  3. He Knows The Best for His servant :)
    Be strong dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, itulah hanya Allah tahu apa yang Dia telah tetapkan untuk kita. Have faith.

      Delete
  4. salam..awak betul ke surah al baqarah ayat 2 tue? rasanya ayat 216 ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih beritahu, saya tak perasan. Sebenarnya ayat 30 surah Al-Baqarah. thanks yaa

      Delete
  5. salam... awak.. saya rasa bukan ayat 2 surah al baqarah, tapi ayat 216.

    ReplyDelete
  6. salam.. awak bukan ayat 2 kan? tapi surah al baqarah ayat 216.. btw, nice sgt cara awak tulis. sgt bagus.... keep writing yer...:)

    ReplyDelete
  7. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. :)

    ReplyDelete
  8. nice sharing dear :) bersabarlah menanti pelangi yang dijanjikan-Nya :)

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...