Sunday, December 15, 2013

Penulis yang berkuasa

Assalamualaikum dan Allô!



Macam chef, pelukis dan mekanik kereta,
Kuasa penulis terletak pada tangan mereka, cara otak mereka mengolah ayat, cara penulis tumpahkan seluruh hati dia pada tulisan itu sendiri. 

Dan ini mengapa penulis itu berkuasa.
Penulis MAMPU mengubah pemikiran kita dan mengubah hati kita.


Sebab itu kalau  jadi penulis, tak kisahlah penulis blog, penulis novel, penulis tak berbayar kat laman web sosial itu sila fikir sebelum muntahkan perkataan-perkataan yang kau akan menyesal di kemudian hari. Mungkin rasa menyesal itu tak singgah di hati sekarang, tapi nun hari pembalasan kelak, masa itu nak 'undo' 'backspace' dah kira tak berguna dah.


Apa yang aku cuba sampaikan, yang suka menjaja gossip liar, ayat kontroversi, guna ayat yang caci maki berjela-jela konon supaya tampak cool, cerita cinta yang melalaikan dan oh tak lupa juga pada penulisan yang boleh mempengaruhi orang lain berbuat jahat. Memang aku tak layak condemn penulisan orang lain, "I am not better myself." tapi tolong.. ubah. Tak kisahlah cara penulisan apa-apapun, tapi pastikan akhir sekali pembaca akan dapat nilai yang baik-baik. (e.g Hlovate)


Ini untuk kebaikan sejagat.


“Tulisan itu, umurnya lebih panjang berbanding kita kerana apa sahaja yang kita tulis di dunia ini akan kembali dibaca di akhirat. Lalu tulis perkara-perkara yang benar, perkara-perkara yang baik. Anggap tulisan kamu itu adalah karangan untuk Allah, kerana ia juga dibaca di hadapan-Nya nanti, juga di hadapan seluruh umat manusia. Jangan nanti kita malu sendiri apabila karangan kita dibaca."

- Bahruddin Bekri. (source)

Bukan ke Rasulullah s.a.w sendiri berpesan, 
Kalau kita tak ada perkara yang baik untuk disampaikan, diam itu lebih baik. Term ini bukan saja boleh diguna pakai masa kita bercakap, tapi memang patut kita apply masa menulis. 


Apa-apa pun, menulislah perkara-perkara yang boleh membawa baik kepada orang lain. Aku sendiri tahu, masih banyak kekurangan aku semasa menulis. Penulis-penulis sekalian, jangan teragak-agak terima komen orang tentang penulisan kita. Positif ke negatif ke maknanya orang itu masih ambil kisah pada kita - nak kita berubah.


Teka-teki hari ini, penulis memang berkuasa kecuali pada satu orang. Siapakah?








Ya, orang yang malas membaca. Heh! 
(Lawak hambar) 


Selamat menulis!
Let the words spread good among people, ya?




12 comments:

  1. aku lah org tu :P hahaha (org yg malas nk membaca)

    yup! apa yg ditulis payah dah... x boleh undo.
    namun kalau ada salah, nasihatkanlah ^^



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, manusia buat silapkan. Normal so kena tegur ;)

      Delete
  2. Saidina Ali berpesan, "Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Attention EVERYBODY! Read the comment above, so true akak thanks for sharing ^^

      Delete
  3. Penulis memang berkuasa tetapi tak mampu menguasai Allah.. :)

    Betul tu akak, kalau menulis tulislah sesuatu yang dapat beri pengajaran kepada orang lain... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, setidak-tidaknya itu cara kita beramal atau bersedekah untuk orang lain, ye dak? Ihihi

      Delete
  4. yea betul2 penulis memang sangat berkuasa. kadang2 boleh mengubah keputusan seseorang tuh. hehe.

    ReplyDelete
  5. mata pena itu lebih tajam berbanding mata pedang.. hhe . terima kasih mengingatkan :)

    ReplyDelete
  6. thanks for the reminder..
    kena fikir dulu sebelum tulis apa2.. :)

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...