Tuesday, March 10, 2015

Hakikat dan Fakta Sistem UPU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


           Mesti ramai yang kemaskini dan ubah UPU banyak kali kan? (Akulah salah sorangnya). Nasib baik sistem UPU kali ini letakkan syarat boleh mengemaskini tidak kira berapa kali. Kalau dulu, rasanya sistem kemaskini maksimum hanya 3 kali.


Aku tahu pasal hakikat/fakta UPU ini berdasarkan aku pergi Karnival IPT dan terdapat booth UPU yang ada kat sana, bagi penerangan. Aku harap, apa yang aku sampaikan adalah betul tapi kalau boleh, dapatkan lagi kepastian daripada orang yang lebih mengetahui.


Tapi, aku yakin ramai yang dah tahu fakta yang aku nak beritahu ni.


1. Tarikh tutup UPU (2014/2015) ialah pada 6 April 2015.






Credit to FB UPU.


2. UPU mengamalkan sistem meritokrasi, lagi tinggi markah merit, lagi tinggi peluang masuk universiti yang dihajati. Merit yang lebih tinggi akan mendahului merit yang lebih rendah. Markah Kokurikulum juga termasuk dalam pengiraan markah merit.



3. UPU ini mengamalkan 'one university one offer', kiranya, dia hanya akan offer satu university dan course untuk kita, kalau kita tolak, kita dah tolak peluang kita untuk masuk IPTA. (hasil bacaan : afterschool.my)



4. UPU akan meneliti pilihan 1 dahulu, kalau tak lepas (markah merit/kelayakan), dia akan pergi ke pilihan 2 dan seterusnya.



5. Untuk program bertemuduga, dia ada bertanda #. Kalau ada tanda #, untuk lepasan SPM, sila letakkan program yang ada tanda # pada pilihan 1-4.

Untuk lepasan STPM/setaraf..


Credit to FB UPU.
Image posted on 5 March 2015.


6. Tolong, tolong check kelayakan minimum sebelum pilih sesuatu course/program dalam pilihan UPU. Setiap universiti ada berlainan syarat kelayakan. Syarat kelayakan yang GAGAL dipenuhi, sistem akan automatic detect dan buang pilihan itu serta merta. Yang akan memilih UPU pada peringkat pertama ialah komputer, selepas itu orang yang diberi tanggungjawab akan meneruskannya. 


Cara melihat syarat kelayakan, klik sini


1. Pilih *Syarat Khas Program*
2. Pilih kategori *SPM/setaraf* atau *STPM/setaraf*




7. Strategi mengisi UPU yang terbaik.. 

Credit to FB UPU.






Diharapkan post ini dapat membantu.
Kalau terdapat mana-mana kesilapan fakta, sila beritahu. Sebab saya cuma lepasan SPM yang tak bekerja di mana-mana bahagian pemilihan UPU. 


Fakta baru akan diupdate (kalau ada). 




Wallahualam.



P/s : Banyak-banyakkan doa supaya dapat universiti dan course yang dikehendaki. Kalau macam saya, saya sendiri apply universiti IPTS sebagai back-up ;)                                                           



21 comments:

  1. dulu takboleh kemaskini banyak kali. maksimum 3kali rasanya. n ada yg kata kalau dulu, pihak upu akan ambik yg layak n first come first serve, n kiranya, kalau kita asyik kemaskini, permohonan kita makin belakang la. entah la betul ke tidak. =..='

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius ke? warghh saya dahlah byk kemaskini. lepas ni pun nak kemaskini yg final uhuhu, doakan yg terbaik

      Delete
  2. pilih kos yg terbaik utk diri sndiri..
    diri sndiri je tau kemmpuan diri..

    all the best dik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuhu, terima kasih... saya kemampuan tak sure sgt tp yg saya tahu minat saya tu, ehehe

      Delete
  3. Replies
    1. glad that I help you, ceh bahasa orang putih plak... welcome.

      Delete
  4. Moga-moga budak lepasan SPM gunakan info ni dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  5. rasa lama sangat dah uruskan UPU ni dulu :D

    ReplyDelete
  6. pastikan kos adik pilih dengan betul tau. solat istikharah bebanyak ! kalau dapat dekat uitm seri iskandar mcam abg, contact akak tau. hehe

    ps: eh, abang ke abang sepupu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, lepas ni buat istikharah... Rasanya tak masuk kut uitm seri iskandar, uhuhu tak minat bangunan...

      Abang

      Delete
    2. haha. tak perlu pun ambik bangunan or arkitek or what else. pening kepala je. hahaha.. tpi zaman sekarang , dengan kos2 sebegitu senang dpt kerja. sbb malaysia nak masuk zaman 2020 right.

      banyak sebenarnya agenda malaysia ni . akak nak cerita pun malas nak buat entri. kalau nak update blog pun kelaut dan mengarut pulak entri yg akak buat tu, haha

      Delete
  7. sy dah pilih kos. hehe. lgi satu... website UPU ni lebih baik guna waktu malam sbb memang pantas gila time tu. or maybe time lepas ambik result tu ramai yang guna website UPU kot.sbb tu slow gila =_=

    ReplyDelete
  8. terkenang2 zaman nervous nak apply uni..
    dah dapat tak pi pulak ahahaha.. mcam2 pengalaman..

    ReplyDelete
  9. wahh.. terrbaiklah.. baru tahu nie (=

    ReplyDelete
  10. skrg website upu slowwwww.. T.T . haha.. insya Allah.. harap-harap dapat course dan u yg betul2 dhajati dan yg terbaik untuk kita.. rezeki ada dimana2. Allah sebaik2 perancang,,
    good luck

    ReplyDelete
  11. Macam mana dengan result muet , main peranan jugak ke dalam pemilihan upu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk degree, rasanya dia main peranan. Sbb setiap course ada requirement muet masing2.

      Delete
  12. Macam mana dengan result muet , main peranan jugak ke dalam pemilihan upu.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...