Monday, March 2, 2015

Simptom-simptom Result SPM





Assalamualaikum dan whadupp!



            Setelah aku buat kajian menggunakan google search, berdasarkan entry-entry zaman lama blog lain, aku mendapat simptom menjelang result yang aku alami rupa-rupanya sama macam apa yang aku alami. Hadirnya, blog post ini diharapkan dapat membuktikan yang selama ini kita semua manusia yang berperasaan. Dan, kadang-akdang perasaan kita seolah-olah sama dan boleh difahami!



Simptom-simptom menjelang result.
Tak kisahlah, SPM ke, Universiti ke, Matriks ke, STPM ke, semua lebih kurang je. 

  • Perut anda akan mengalami tandukan gajah dalam perut setiap kali teringat result SPM. Harap jangan tertukar dengan perasaan cinta ye. Kata orang, kalau tengah bercinta perut akan berbunga-bunga. Butterfly in the stomach. Tapi, perasaan ini macam lepas ini giliran kita untuk oral test / interview.

  • Susah nak tidur. Tidur-tidur ayam

  • Banyak berfikir. Macam mana kalau aku hampakan mak ayah aku? Macam mana dengan cita-cita aku lepas ini? Kawan-kawan aku still kawan dengan aku ke lepas ini?

  • Disebabkan banyak berfikir, maka result SPM telah menghantui tidur anda melalui mimpi. Dahlah nak tidur pun susah, tiba-tiba dia datang dalam mimpi. Mungkin sebab itulah namanya, Lembaga Peperiksaan. 

  • Tunggu results lebih mendebarkan daripada mengambil peperiksaan itu sendiri.

  • Results SPM bunyi lebih mendebarkan berbanding results UPSR dan PMR/PT3.

  • Pagi masa hari results, adalah sesuatu yang biasa kalau badan menggigil dan tak boleh duduk diam. Dinasihatkan. banyak-banyak selawat supaya tenangkan hati itu sikit. 

  • Ketika hampir-hampir result SPM, terselit juga rasa menyesal. Tapi, semuanya dah terlambat untuk diputar balik masa. 

  • Ada orang akan mengalami simptom tak lalu makan. Tak berani nak kata semua, sebab ada orang yang melepaskan stress melalui makan makanan dengan banyak. *merujuk kepada diri sendiri*

  • Ada yang dah merancang alasan apa untuk dijawab untuk keputusan SPM. 

  • Kalau aku, aku akan mula mencari blog-blog orang yang bercerita pasal kisah SPM nya yang lalu. Ada yang dah berjaya dah pun sekarang ini walaupun result SPM biasa-biasa je. 




Aku tak tahu kenapa, tapi rasa debar-debar itu dah kurang sikit maybe sebab aku tumpahkan rasa debar itu banyak masa awal februari. Makin lama, rasa debar itu makin pergi. Tapi, tengoklah esok pagi. Menggigil satu badan ahaha. Actually rasa teruja sekali sebab jumpa balik kawan-kawan masa sekolah walaupun sehari cuma. Dear classmates, I miss you guys. 



Oh, dan aku tak faham kenapa ada orang yang kental hatinya check result SPM melalui sms.... 




Apa-apapun results yang akan menanti kita wahai batch 97, 
Doalah supaya kita redha dan bersyukur dengan pemberian Allah. 
Aku tahu result SPM penting,
Tapi jangan jadikan SPM sebagai batu penghalang kita untuk berjaya.

Sebenarnya ayat-ayat atas ini lebih kepada nak tenteramkan hati sendiri






So,
I ask myself,
What's gonna happen after tomorrow.
You and I,
We.
We will never know.




ALL THE BEST FOR BATCH 97'. 



13 comments:

  1. all the best tau. i know how ur feel. hehehe.
    sekarang taknebes lagi. :D

    ReplyDelete
  2. ini sngt menyeramkan. sampai tiap malam dah tidur-tidur ayam.. :'( harap-harap la kputusan tak mngecewakan..

    ReplyDelete
  3. good luck
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2015/03/lawatan-amal-kebajikan.html

    ReplyDelete
  4. chill tau dik. result elok ke tak elok ke, Allah tak tanya result spm tau. Allah tanya apa yang kita buat di hari-hari perjalanan kehidupan sbgai calon spm. :)

    ReplyDelete
  5. hahaha. perut rasa mcm kena tanduk dgn gajah ? :P Saya pon nervous bila fikir result SPM, kata nak terima je apa2 result yg baik, tapi hakikatnya berdebar2 la juga. Tak nak terulang kjadian PMR.


    "Oh, dan aku tak faham kenapa ada orang yang kental hatinya check result SPM melalui sms.... " kekeke. mmg betul. tak silap2 ada juga iPhone yg akan dibaling slepas baca result

    ReplyDelete
  6. masa nak ambik results, rasa macam kalau boleh mengharapkan kereta tu gerak tapi tak sampai sekolah. :) bila tgk org lain, ada yg dah ambik results, ada yg happy, dan tak kurang jugak yg ngalir air mata.

    keep calm ye dik. doa doa doa, results dah ada, doa untuk sentiasa kuat semangat dan tenang utk whatever results yg bakal dapat ye

    ReplyDelete
  7. itu perkara biasa . good luck ya . :) :) :)

    ReplyDelete
  8. gud luck....

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/03/kucing-berwarna-pink.html

    ReplyDelete
  9. itu normal bagi semua manusia apabila melibatkan LULUS/GAGAL atau apa2 jenis keadaan yg menentukan masa depan kita hahaha

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
    Satu perkongsian menarik tentang bimbingan SPM.. Harap dapat singgah ke blog saya JY Write tentang 5 PERKARA BUAT SEMENTARA TUNGGU RESULT SPM

    Yang Benar
    JY Write

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...