Friday, March 27, 2015

Kisah aku, family dan Cicakman

Assalamualaikum & aluu~



       Aku masih ingat lagi dulu, movie Cicakman 1 yang diulang-ulang banyak kali di televisyen. Aku tak tahu kenapa, tapi setiap kali itu movie itu masih terasa 'lawak'nya ketika itu. Mungkin kata orang, masa kecil kita lagi senang gelak berbanding bila kita dah dewasa.


Masa cicakman 1 aku menyampah Ginger 1 & 2.



Aku teringat ayah aku pernah cakap,
"Orang luar negara buat Spiderman.
Orang kita buat Cicakman."

Dah jadi terbalik kan?



Lepas itu, masa cicakman 2 dah keluar, aku ingat lagi aku dengan satu family semua pergi pawagam semata-mata nak tengok cicakman 2. Ahahaha, maybe sebab masatu GSC masih baru bukak kat kawasan itu. Bila ingat balik, rindu nak sama-sama tengok wayang dengan family. Sebab aku tak ingat kali terakhir tengok wayang dengan family.. uhuhu.


Lagi best kalau masa kecik-kecik, ayah aku ada beli projector.



Pasang projector, pasang air cond. Buatlah gaya apapun masa tengok movie. Tak de orang kisah. Aku macam biasalah, belum movie sempat habis aku dah masuk "movie" lain directornya minda aku sendiri. Untuk yang clueless, maksudnya aku dah diulit mimpi ke langit ketujuh. 



Konklusinya, 
Aku rindu masa aku dengan family. 
Sebab sekarang ini masing-masing busy dengan tugasan masing-masing. 




P/s : Aku sedang mencari rentak untuk masa ini. Baru mulakan bisnes. Bilik yang messy. Tanggungjawab lain ada yang belum selesai (basuh pinggan). Rasanya, kalau aku 5 tahun akan datang bagaimana lah agaknya ye? 



Jujurlah aku tak tengok lagi Cicakman 3. 
Ada jugak rasa nak tengok Zizan ganti Saiful Apek.
And, filem Cicakman 1 & 2 ada pengajaran yang aku belajar.
Apa dia?
Hero pun ada masa jatuhnya. Orang jahat akan selalu dapat balasannya. 
Cliche ke? hmm kay ahaha

12 comments:

  1. Dah lama tak layan movie Melayu. Lagi-lagi Cicakman ni. Nak dah ingat dah macam mana jalan cerita dia.

    ReplyDelete
  2. woah... sweetnya family.. :') sampai ayah awk beli projector... sy rndu nak tgk wayang ramai-ramai ngan family.. :'( rndu nak buat mcm2 dengan family.. :'(

    ReplyDelete
  3. nk tgok cicakman 3 dlm intenet jela. gune tenet freee.. huhuk

    ReplyDelete
  4. sy masa f1 tgk wyg dgn movie. alice in the wonderland :D but pkcik sy kalau x silap kata dia tidur dlm cinema msa tengok cicakman 2. kekeke

    ReplyDelete
  5. 5 tahun akan dtg jadi wanita bekerjaya lah :p saya kalo tgk cicakman, tggu keluar tv je haha

    ReplyDelete
  6. bestnya kalau ada projector. home theater ke. wowowowow. memang tengok movie je kejenye. hehehe.

    takbrapa suka tengok cicakman. hahaha. :D

    ReplyDelete
  7. wahh. cicakman 3 oun choki tak tengok lagi. tunggau mendonlot lah jawabnya. hihihi :)

    ReplyDelete
  8. best tak cerita cicakman ? :-)

    ReplyDelete
  9. cicakman dari awal2 pon xtengok lagi..lg sadiss

    ReplyDelete
  10. dah tgok trailer cicakman 3...mcm best jugak... tengoklah! :D

    ReplyDelete
  11. waaah bestnyaaa lahai kalo cenggitu..
    tapi usually citer mlayu akak x tngk kat cinema.. tnggu je nnt donload.. x support kan ?
    tapi kenotla.. nnt tido dalam hall..

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...