Tuesday, March 3, 2015

Result SPM Saya

Assalamualaikum



          Aku tak tahu di mana hadirnya keberanian ini. Fuhhh.


Malam tadi aku dah berfikir masak-masak. Selama ini, Allah selalu bagi yang terbaik dengan aku. Aku risau kalau aku jadi terlalu meminta-minta padahal bab-bab nak buat ibadah tak adalah aku rajin sangat. Maka, saya nekad, kalau result tak menepati target, saya sedaya-upaya akan cuba tak nak menangis. Tapi memang tak nangis pun, mata berair je. (cuba beralasan) ahaha.



Target aku macam kebanyakan orang lain, straight A's.
Bercita-cita tinggi itu perlu ye? ahaha
"Shoot for the moon, even if you fail, you will land among the stars."


Kisahnya,
aku land on the stars.
Faham apa yang aku cuba sampaikan?






Sebenarnya, sipi-sipi lagi nak capai target. Sobs.


Walaupun apa-apapun, rezeki ini Allah yang beri. Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak sebab dosa yang pernah kita lakukan dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah is the best planner. Yakinlah wahai, sahabat-sahabatku batch 97 sekalian. Yang mana dapat cemerlang, sekali lagi tahniah. Yang mana bersedih sebab tak sampai target, jangan bersedih. Cabaran hidup kita baru bermula kata orang!




Okey, nak tahu ke results?


Kira berapa perkataan 'aku' dalam blog post ni untuk gred A.
Kira berapa perkataan 'saya' dalam blog post ni untuk gred B.
Kira berapa perkataan 'dia' dalam blog post ni untuk gred C.
Kira berapa perkataan 'mereka' dalam blog post ni untuk gred D.

Semua ada 11 subjek.




P/s : Untuk masa akan datang, kalau rajin, post pasal SPM yang lebih detail akan menyusul. Tak janji tau. For calon-calon SPM akan datang, Gunbatte!



23 comments:

  1. is it 9 A's? dah cukup baik dik. indeed, a clever and hardworking student you are. but target ada tu mestilah kecewa sikit kan. no worries. perjalanan masih terlalu panjang lg. do things at your own pace. TAHNIAH! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup 9A, klu akak ada dpn saya, rasa cam nak peluk je ahaha. Thank you for your advice, I will always keep that in mind ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih... Alhamdulillah, haza min fadhli rabbi.
      Tersentak tgk nama hebat Uwais Al-Qarni..

      Delete
    2. aiyork. jgn pengsan pulok tgk nama ni. just nama je yg bercita-cita nk jd mcm dia. padahal diri ni pompuan.

      Delete
  3. Alhamdulillah untuk apa apa pun yang awak dapat. Good job cuz atleast you land among the star hehe. welcome to another tough world! :D and face them with smile okay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sistur. How nice of you, thanks for the soothing advice

      Delete
  4. Tahniah akak! Saya rasa banyak jugak A nya tu.. Alhamdulillah.. Tak apalah tak capai bulan pun, dapat bintang pun berharga tau! Bukan semua orang boleh capai bintang! Hihi.. :D

    ReplyDelete
  5. that's a good results sis! :D alhamdulillah. just few of words before masuk alam kolej/uni nanti. most of us akan tersasar sikit dr jalan yg biasa dia lalu. like, dah biasa perform well kat sekolah, tapi terjatuh di kolej. personally sy rasa macam2 dugaan/ujian bila dah besar ni. mungkin lebih senang cakap, ujian kesenangan dan kelapangan. ye lah, kena jaga diri sendiri, jaga masa sendiri, jaga persahabatan, jaga hubungan dgn keluarga.

    ingat Allah selalu ye. :) insyAllah moga terus berjaya dalam hidup. :D

    hihi salam sayang :D

    ReplyDelete
  6. papepun tahniah :)
    gud luck for your future :)

    betul tu wajib bercita2 tinggi. supaya kalau kita jatuh tak tergolek sangat haha.
    btw suka quote tu itulah yg menggambarkan diri saya sekarang haha

    ReplyDelete
  7. 9A's was a very good achievement already!

    TAHNIAH sbb cemerlang...A tu bukan batu pengukur tahap pandai kita...in the future, akal yang akan bawa kita...SPM hanyalah untuk menentukan course dan tempat blaja anda tapi tidak menentukan sama ada anda berjaya dlm pekerjaan anda.

    ReplyDelete
  8. hai dik :) how many straight A u get, be sure for what u want ya ;) all the best in future ya! :) Nice blog btw ;)

    ReplyDelete
  9. TAHNIAH !!! woah.. gila gempak. ahhhaha... apapapun the real life just begin ... insya Allah, mudah-mudahan dipermudahkan sgala urusan .. :) good luck untuk masa hadapan..

    ReplyDelete
  10. u do a great job already. 9A. wow. :)
    all the best for future. inshaALLAH kalau lakukan semua kerna ALLAH, akan dipermudahkan. :)

    ReplyDelete
  11. Tahniah ya. 9A tu bukan senang nak dapat. Insya Allah akan bertambah cemerlang lagi pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  12. kita sama lah.. 9A jugak.. tahniah awakk..
    http://hootiecyum.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. u did great enough =) insyallah cerah masa depan..
    choose wisely oookay..

    ReplyDelete
  14. Tahniah! Teruskan positif! =)

    Bagi yang tengah kecewa :)

    http://syahmizaludin.blogspot.com/2015/03/hidup-tak-best-perlu-ke-matikan-diri.html

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...