Update 2016 :
Assalamualaikum & aluu..
Perasan tak aku jarang update blog April ini?
Perasan tak blog ini macam menghampiri ke arah beauty blog?
So,
9 April yang lepas, aku telah membeli satu produk Hada Labo dengan kawan aku setelah kami buat beribu-ribu research tentang produk lain, antaranya, Simple, Oxy, Cetaphil, Tony Moly, AG2000 & Skin Food. Actually, nampak sangat propa beribu-ribu. Aku juga dah tanya beberapa kawan aku, tentang produk yang diorang pakai. Dan, aku telah memalukan diri dengan bertanya dengan seorang akak senior kat fb apa produk yang dia pakai. Seen tapi tak dapat reply. Oh well.
Jadi, aku dengan kawan aku nekad nak beli Hada Labo ini.
Actually, Hada Labo memang tak ada status Halal, tapi dalam web mereka kata, produk mereka memang bebas from animal extract. Hopefully, semuanya suci. Tapi kalau nanti heboh Hada Labo tak halal, sure, aku tak akan teragak-agak untuk cari pencuci muka lain.
Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash
Bagi aku,
Lepas cuci muka dengan Hada Labo, kulit rasa bersih sangat. Rasa 'clean after effect'. Tak ada rasa muka milky/berminyak lepas guna. Masa mula-mula pakai kulit jadi kering semacam, tapi dah lama-lama dah okay, tak ada kulit kering dah. Actually, lepas pakai pencuci muka kena pakai moisturizer. Hada Labo ada jual lagi satu produk panggil lotion tetapi dia sebenarnya moisturizer/toner.
Tetapi, saya tak beli produk itu sebab entahlah macam risau pakai moisturizer masa ada jerawat AHAHA. K, sebenarnya rasa macam tak cukup duit masatu kahkahkah. Tapi kalau tengok review dalam kebanyakan blog, semua suka dengan lotion itu.
Harga : RM22.90 (exclude GST)
Harga dia berpatutan. Untuk packaging macam ini, rasa tahan 3-4 bulan (bergantung kepada cara seseorang pakai).
Picit banyak ini pun dah cukup untuk satu muka. (even ada lebih)
Hada Labo ada banyak jenis pencuci muka. Gokujyun, Tamagohada, Shirojyun dan ada beberapa lagi (nampak sangat pemalas nak cari). Memula aku dengan kawan aku dah naik pening nak pilih mana satu. Dahlah masa itu kena cepat nak balik. Last-last, kitaorang buat keputusan cari porduk yang tiada ingredients "Paraben".
Ingredients of Hada Labio Deep Clean & Pore Refining Face Wash
Yang best, Hada Labo ini free fragrance, colorant (pewarna), alcohol & mineral oil. Bebas mineral oil okay! Kalau muka berjerawat, elakkan produk yang mengandungi mineral oil.
Okay, berbalik kepada isu "Paraben", ia sebenarnya pengawet untuk produk tahan lama. Tapi tak bagus untuk kesihatan (boleh google). Tak pasti kalau produk yang kitaorang beli ini betul-betul tak ada paraben atau dia tipu atau dia guna bahan lain untuk mengekalkan produk tahan lama. Saya pernah baca Paraben boleh menyebabkan fast-aging, tak pasti dah dibuktikan secara saintifik atau tak.
Yang pasti, kita semua takut dengan perkataan fast-aging itu. Terutamanya perempuan ahahaha.
BEFORE
8 APRIL 2015
AFTER
24 APRIL 2015
Jerawat dan minyak makin berkurang. Jerawat masih belum pulih sepenuhnya. Tapi dah kurang sebab kulit bersih.
Produk yang aku tengah guna.
Dari kiri : Floral mask, Hada Labo, Magic Jelly.
Semua DAEBAK!
Kawan aku yang beli Hada Labo sekali itu, Rai. Mesti dia kembang masa baca ini sebab aku femeskan dia.
Selalu juga nampak Hada Labo ni. Teringin juga nak beli tapi bila tengok harga dia, terus undur diri.
ReplyDeleteKehkeh, tapi bagi saya harga dia berpatutan. Drpd beli SK2 lagi mahal ehehe
DeleteJerawat musuh negara, hehe. jerawat dkt muka sy ni sekejap ada sekejap takde menyampah betul =_= Pencuci muka saya senyap2 guna kakak punya, hahaha. Sebab dia baru balik dri uni. tapi masih nak cari moisturizer yg sesuai, dah beberapa hari xguna moisturizer sbb moisturizer yg baru ni mmg sengal gila
ReplyDeleteUish, tu penjimatan berganda tu. saya ni xde kakak. Ada adik tp muka flawless. Ahahaha jadi kena sendiri belilah
Deleteaiyark.. tak perasan pulak. maklumlah yg menaip ni pon on off on off.. haha.. btw, kak gee ade jawab pertanyaan miss xyz tentang lagu kat blog kak gee tu.. ^_^
ReplyDeleteAhaha, takpe2, thanks
Deletehado labo bila saya tengok iklan hado labo ini,macam seronok je pakai sebab produk ini berasaskan air saya ada nampak produk ini di pasaraya tapi tak beli lagi :-)
ReplyDeletekalau produk daripada jepun mmng bagus2 kan. teringin nak try tpi kena habiskan pencuci muka yg saya tgh pakai sekarang ni huahuahua
ReplyDeleteteringin sangat nak guna produk hada labo ni.. mahal ( nama pun berkualiti kan ) , nak kumpul duit dulu..hehehe
ReplyDeleteBV pun teringin nak guna produk hada labo. haritu pernah belek2. pastu tengok harga, mahalnya. hahaha. BV guna biore lg dah sekarang. since oxy xsesuai. T^T
ReplyDeleteBaru je beli smlm..tgh try dalam masa 10 hari..biasanya kulit muka sy akan kuar tompok2 merah right after basuh (if x sesuai)..super sensitive & oily..tp smlm guna, xde kuar merah (good sign), SANGAT LEMBUT kulit muka & rs clean & tight..hopefully okay and sbnrnya nak tukar from using Simple (bertahun guna) tp pores besar wpun kulit okay.. TQ awak untuk review produk ni <3
ReplyDeleteAkak Nurul Ain pakai lagi tak hada labo ni? Okay ke muka akak? Ade gambar before and after tak? Sorrylah banyak tanya sbb saya baru nak cuba produk hada labo ni. Pastu banyak feedback positive saya baca dkat blog2 cuma tulah muka ni sensitive juga. Tambah2 skang asyik duk tukar produk sbb tak serasi dan mahal.
ReplyDeleteKlu kulit awak sensitif kan, cari produk muka yg gentle cleanser. Hada labo ni bagi saya agak mengeringkan muka, and kena pakai moisturiser. So cari gentle cleanser lagi better..
DeleteEhehe, menjawab bgi pihak sis @Nurul Ain sbb slalunya org yg komen dh x dtg entry ni lagi dah ;) selalunya la
Saye bru guna produk ni..masalah kulit saye kering tp berjerawat...setakat ini ok kulit jdi lembab jerawat pun dh mulai hilang...
ReplyDeleteguna set hada labo yg mana ye?
ReplyDeleteAssalamulaikum..kalau kulit kering guna hada labo jenis ni jugak ke?
ReplyDeleteSetiap kulit orang jenis lain2, saya jenis kulit kering.. Dan sbnrnya saya pilih jenis ni sebab dia takde tulis paraben dalam ingridient. Klu produk lain hada labo kena check balik, ada tak paraben...
DeleteKulit kering jgn abaikan mosturizer. Tp pilih yg sesuai. ;)
Assalamulaikum..kalau kulit kering guna hada labo jenis ni jugak ke?
ReplyDeleteHada labo ni 1 set die berapa ye
ReplyDeleteApa maksud warna kat tepi dia tu? Saya punya warna oren. Saya beli Mild&Sensitive Skin Face Wash. Bila cek balik kat blog lain, dorg kata warna dia tu lain2.
ReplyDeletehaah, jenis lain..
DeleteBetter than cethaphil?
DeleteAssalamualaikum. Nak tanya sudut yg xad tanda halal tu. Betul ke dalam produk tu ada uri?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya dari sudut xad tanda halal tu. Betul ke dlm produk tu ad uri.
ReplyDeletewallahu'alam.. saya pun dah tak pakai hada labo ni
DeleteMoisturizer yg mana sesuai kalau dgn face wash deep clean ni? 😊
ReplyDeletemoisturizer dia, yg hydrating lotion tu okay jugak.. lagipun lgi safe kan guna same brand
Deletemaaf kalau boleh saya tahu, kenapa berhenti pakai?
ReplyDeletesbb dia mengeringkn kulit saya.. like stripping off my face completely..
DeletePakai skii yg trial set.beli kt shopee murah dan original.inshaallah mmg best.bbaloi ngn kite invest.kesan lmbt tp npk perubahan kulit jd x dull n lmbap je
ReplyDelete