Saturday, December 31, 2016

So.. there goes 2016!

Assalamualaikum & salam cerios!



            Oh my, kalau ikutkan sebenarnya aku malas tau nak update apa-apa. Tapi tadi aku tengok sedih betul post blog tahun ini ada 10 posts je? Like really? Rasa macam banyak padahal sikit. Fuhh, 2016 dah nak pergi dan aku rasa sayang nak lepaskan. Sebab tahun ini, tahun terakhir aku sebagai "teen" ; 19 tahun. Tahun depan dah mula tahun "ty" ; 20.


First of all,
Cliche sangat tapi sebagai seorang blogger, 
Aku nak ucap terima kasih dan minta maaf untuk semua readers / visitors blog ini.
Blog ni punlah yang aku rasa membanggakan sikit kalau nak dibandingkan dengan social medias aku yang lain. 




So, 2016!
AWESOME YEAR ALHAMDULILLAH


⇥➤ASASI 
       
        Zaman asasi bagi aku, zaman yang sangat best. Masa ini sebenarnya, aku tengah cari / tertanya-tanya apa yang sebenarnya aku nak sambung untuk degree. Banyak cita-cita aku develop masa ini. Jadi, aku selalu jugak mohon, solat istikharah apa yang sebenarnya terbaik untuk aku. 


In the end, asasi pun tamat. Sedih jugak ada kawan-kawan dah tak sambung degree tempat yang sama. 


But life goes on...



⇥➤ TAMAT ASASI 

       Time ni cuti panjang dan aku banyak habiskan masa dengan tengok drama. Ada jugak aku pergi interview Pharmacy di UniKL. Jumpa kawan-kawan sekolah. Masa ini aku banyak belajar pasal skin care sebab serius kulit muka aku makin banyak jerawat. Rindu kulit licin.


Wishlist 2017 nak kulit sihat balik boleh?




⇥➤ Sambung degree

         Lepas dah habis bersuka ria, aku sambung balik degree. Dan sekarang makin sikit cutinya. Tapi kita kena redholah ye. Okay, sebenarnya, aku tak pernah beritau lagikan kat blog ini. Sebenarnya, aku sambung dalam bidang perubatan. Masih lagi berusaha nak kenal nama-nama pelik dan InsyaAllah doakan aku terus minat bidang ini. 




⇥➤ Fakta-fakta lain untuk 2016


  1. Aku kena pakai braces lagi 9 bulan! Patutnya aku dah boleh buka tahun ini tapi doktor gigi cakap kedudukan braces kat gigi depan aku tak betul.                                                                                 
  2. Aku sebenarnya join usrah sejak 2015                                                                                                          
  3. Aku ada 3 kucing                                                                                                                                       
  4. Aku selalu ada idea nak tulis blog, last-last tak jadi tulis sebab aku rasa ideanya tak fresh.


Itu jelah kut, 
Aku rasa lega sebab apa yang aku nak tulis kat blog, aku dah luahkan hanya dalam 1 post. Ramai yang selalu tanya pasal braces kat blog ini. Tak kurang jugak pasal JPJ.

InsyaAllah, akan ku cuba meriahkan 2017 dengan post-post yang bermanfaat sikit. 



2016 topik hangat yang aku ingat, Isu Rohigya, Aleppo, Donald Trump, beberapa ulama meninggal, antara yang aku ingat Tuan Guru Harun Din, Olimpik Rio etc.




2017
You may start now!

16 comments:

  1. selamat tahun baru :)

    sudi2 la join contest Nurul ni ye :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  2. haha seriousla ada 10 entry je? nampak sangat lama tak bukak blog xD

    selamat tahun baru btw!

    ReplyDelete
  3. wahhh banyak achievement utk tahun 2016. daebakkk!
    takpe la idea tak fresh, update je. wahahaha :D

    happy new year!! all the best utk tahun baru nie :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuhu I miss 2016 alreadyy D:
      Orait, tula lepas ni nak cuba update je walaupun hampeh

      Delete
  4. hai adikkk. rindu. itu saja.

    oh kos perubatan. farmasi kah? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha kann, lama tak nampak blog memasing :)

      farmasi? wow, takdelah.. saya ambik medic

      Delete
    2. wahhh bakal doktor. tahniahhhh.. *cita2 dulu tak kesampaian T.T*

      Delete
    3. insyaAllah..
      ahaha, tapi takpe, sekarang akk berada di tmpt yang akk paling skillful sekali :)

      Delete
  5. Hi akak. Nak tanya ada course zoology tak kat unimas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, ada.. Under fakulti sains dan teknologi sumber

      Delete
  6. Stumbled across your blog. Selamat Tahun Baru and speaking of '10 post' , tengah fikir banyak ke tak my post last year hahaha anyway, Have a nice day 😊

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...