Assalamualaikum & salam ceriaa!
Terlupa sebenarnya nak buat post bulan November.
Baru rancang nak buat setiap bulan buat satu post.
Okay, murobiyyah ini bahasa mudahnya ialah akak usrah / naqibah.
Saya tak pernah pun bagitau memana akak usrah url blog saya (tetiba bahasakan diri saya sebab post untuk akak usrah kan).
Buat akak-akak yang dah memimpin tangan saya selama ini, yang bersama-sama teguhkan saya dalam gerabak yang tak pernah berhenti, terima kasih atas usaha untuk menjinakkan hati yang kebal ni. Ya, Allah jualah yang melembutkan hati tapi usaha akak pun membantu.
Kalau tiba-tiba akak terjumpa blog saya,
Sama ada akak murobiyyah masa lalu saya, semasa, atau masa depan saya (selepas tarikh post ini), saya minta akak ingatkan saya kalau saya tersasar. Kalau-kalau saya lebih pilihkan dunia yang empuk berbanding bersusah-payah untuk akhirat. Kalau-kalau saya tak lagi rasa pentingnya tarbiah sedangkan itu rohani dan jiwa yang setiap manusia perlu ada.
Mungkin juga post ini tidak dibaca oleh murobiyyah saya,
mungkin dibaca oleh pembaca-pembaca yang pertama kali dengar perkataan murobiyyah, janganlah mencemuh. Izinkan saya meminjam satu post dalam beribu-ribu post yang saya mampu tulis bagi orang-orang yang mengingatkan saya tentang tujuan sebenar hidup, sahabat sebenar saya, orang yang tak mahu saya jatuh, orang yang mahu saya lebih hebat daripada dia, orang yang mungkin setiap kali lepas solatnya, didoanya, dititipkan untuk saya.
Terima kasih atas semuanya.
Hanya Allah mampu balas.

Tegakkanlah Islam dalam dirimu
Maka Islam akan tertegak di sekelilingmu.
Macam seronok je join usrah. Semua org nampak baik2 dan selalu ingatkan masing2 pasal agama :)
ReplyDeletekita pon ada join usrah.. moga bertambah iman kita, insyallah
ReplyDelete